Thursday, July 7, 2011

IBNU ARABI di dakwa sebagai kafir

Ajaran Ibnu Arabi yang sangat menyimpang dari Islam itu banyak mempengaruhi ummat Islam.

point pertama kerana syair-syair bahkan kata-kata yang didakwa sebagai Hadits (padahal palsu) dibuat dengan ungkapan yang mudah dihafal dan sedap didengar. point yang lain, kerana ummat Islam merasa perlu menghormati Nabi SAW sedemikian rupa, sedangkan syair-syair dan adat yang disebarkan justru banyak yang berbau ajaran tasawwuf model Ibnu Arabi.

Jauhnya kesesatan aqidah akibat tersebarnya fahaman Ibnu Arabi itu bukan hanya melanda ummat Islam awam, namun sampai kepada orang yang disebut cendekiawan Muslim. Hingga seorang DR Nurcholish Madjid ketua Yayasan Wakaf Paramadina di Jakarta pernah mengemukakan pendapat Ibnu Arabi, hingga mendapat bantahan keras dari ummat Islam.

Dr. Nurcholish Majid menjawab pertanyaan pada Pengajian "Paramadina" di Kebayoran Baru tanggal 23 Januari 1987. Pertanyaan Lukman berbunyi: "Salahkah Iblis, kerana dia tidak mahu sujud kepada Adam, ketika Allah menyuruhnya. Bukankah sujud hanya boleh kepada Allah?"

Dr Nurchalish Madjid, yang memimpin pengajian itu, menjawab --secara sambil lewa-- dengan satu kutipan dari pendapat Ibnu Arabi, dari salah satu majalah yang terbit di Damascus, Syria bahawa:

"Iblis kelak akan masuk syurga, bahkan di tempat yang tertinggi kerana dia tidak mahu sujud kecuali kepada Allah saja, dan inilah tauhid yang murni."

DR Nurchalish Madjid tidak memberi sebarang komen, setuju atau tidaknya dia sendiri, dengan ucapan Ibnu Arabi itu, tidak pula diterangkannya, siapa Ibnu Arabi itu. (Yayasan Islam Al-Qalam Ma'had Ad-Diraasaatil Islamiyyah Jakarta, Jawaban Tuntas untuk Dr Nurchalish Madjid tentang Ibnu Arabi dan Syaitan Masuk Syurga, 1407H, hal 1).

Ibnu Arabi dan pokok-pokok ajaran sesatnya

Ibnu Arabi, nama lengkapnya Abu Bakar Muhammad ibn Ali Muhyiddin Al-Hatimi at-Thai al-Andalusi, dikenali dengan Ibnu Arabi (bukan Ibnul Arabi seorang ahli tafsir). Ibnu Arabi ini dianggap sebagai tokoh tasawwuf falsafi, lahir di Murcia Spanyol, 17 Ramadhan 560 H/ 28 Julai 1165M, dan mati di Damaskus, Rabi'uts Tsani 638H/ Oktober 1240M.

Inti ajarannya didasarkan atas teori wihdatul wujud (menyatunya makhluk dengan Tuhan) yang menghasilkan wihdatul adyan (kesatuan agama, tauhid mahupun syirik) sebagai hasil dari gabungan teori-teori al-ittihad (manunggal, melebur jadi satu antara si sufi dan Tuhan) dengan mengadakan al-ittishal atau emanation. Atau sebagai hasil dari gabungan pemikiran tentang teori Nur Muhammadi (yang pertama kali diciptakan adalah Nur Muhammad, kemudian dari Nur Muhammad itu diciptakan makhluk-makhluk lain) dari Al-Khaliq dengan pemikiran Al-Aqlu al-awwal (akal pertama) --seperti telah diterangkan pada bab Nur Muhammad atau Hakikat Muhammad tersebut di atas--. Ibnu Arabi banyak dipengaruhi oleh falsafah Masehi atau Nasrani.

Berikut ini ringkasan pandangan Ibnu Arabi yang nyata-nyata bertentangan dengan Islam, diringkas oleh Yayasan Islam Al-Qalam, satu induk dengan LPPI (Lembaga Pengkajian dan Pengembangan Islam)

Pandangan Ibnu Arabi berkisar pada:

- Berusaha menghancurkan/ membatalkan agama dari dasarnya.

- Semua orang berada pada As-Shirath Al-Mustaqim (jalan lurus).

- Wa'ied (janji) dari Allah tidak ada sama sekali.

- Khatim al-Awliya' (penutup para wali) lebih tinggi daripada Khatim Al-Anbiya' (penutup para nabi), kerana wilayah (kewalian) lebih tinggi daripada Nubuwwah (kenabian).

Ibnu Arabi banyak mengarang buku untuk menyiarkan ajaran-ajaran dan pendapatnya. Bukunya yang paling terkenal adalah al-Futuhat al-Makkiyyah dan Fushul Al-Hukm.

Sorotan tajam terhadap pendapat Ibnu Arabi telah dilakukan oleh para ulama dan dituangkan dalam tulisan yang cukup mudah diketahui tentang penyelewengan yang disebarkan Ibnu Arabi itu. Di antara pendapat dari Ibnu Arabi dan pengikut-pengikutnya adalah:

- Wali lebih tinggi dari nabi (Masra' At-Tasawwuf, 22).

- Untuk sampai kepada Allah, tidak perlu mengikuti ajaran para nabi (syara'), (Masra' At-Tasawwuf, 20).

- Semua ini adalah Allah, tidak ada nabi/rasul atau malaikat. Allah adalah manusia besar. ( Fushush Al-Hukm, 48, Masra' At-Tasawwuf, 38).

- Tidak sah khilafah kecuali kepada insan kamil.

- Allah memerlukan pertolongan makhluk. (Fushush Al-Hukm, 58-59).

- Nabi Nuh as. termasuk orang kafir (Masra' at-Tasawwuf, 46-47).

- Da'wah kepada Allah adalah tipu daya. (Fushush Al-Hukm, 772/Masra' At-tasawwuf, 66).

- Al-haq adalah al-khalq/ makhluq (Masra' At-Tasawwuf, 62).

- Hukum alam adalah Allah itu sendiri. (Masra' At-Tasawwuf, 70).

- Hamba adalah Tuhan. (Fushush Al-Hukm, 92-93; Masra' at-Tasawwuf, 75).

- Neraka adalah surga itu sendiri. (Fushush Al-Hukm, 93-94).

- Al-Quran mempunyai dua erti, zahir dan batin.

- Dalam anggapan Ibnu Arabi, dia berkumpul dengan para nabi.

- Perbuatan hamba adalah perbuatan Allah itu sendiri. (Fushush Al-Hukm, 143).

- Ad-dhal (orang yang sesat) adalah al-muhtadi (orang yang mendapat petunjuk), al-kafir adalah al-mu'min. (Masra' at-Tasawwuf, 108).

- Hawa nafsu adalah tuhan terbesar.

- Fir'aun adalah mukmin dan terbebas dari siksa neraka. (Fushush Al-Hukm, 181; Masra' At-Tasawwuf, 111).

- Wanita adalah tuhan. (Fushush Al-Hukm, 216; Masra' at-tasawwuf, 143).

- Hakikat ketuhanan tampak jelas dan utuh pada nabi-nabi as.

- Fir'aun adalah tuhan Musa. (Fushush Al-Hukm, 209; Masra' at-Tasawwuf, 122).

Setelah mengemukakan pendapat-pendapat Ibnu Arabi tersebut, yayasan Al-Qalam yang membantah Dr Nurchalish Madjid melalui risalah kecil itu memberi komen: "Demikianlah pendapat-pendapat Ibnu Arabi dan pengikut-pengikutnya yang kacau bilau, dan jelas bertentangan dengan Al-Quran dan As-Sunnah, bertebaran dalam kitab-kitab yang mereka tulis." (Jawaban Tuntas untuk Dr Nurchalish Madjid, hal 4).

Semua pendapat yang kacau bilau dari Ibnu Arabi itu, menurut Yayasan Al-Qalam, tampak jelas pada tulisan-tulisan atau syair-syair yang tercantum dalam kitab-kitab yang ditulis oleh Ibnu Arabi dan pengikut-pengikutnya antara lain Ibnu Faridh.

Menurut pengakuan Ibnu Arabi, kitab Futuhat al-Makiyyah adalah Imla' langsung dari Allah SWT kepadanya. Sementara itu Kitab Fushul Al-Hukm karangan Ibnu Arabi pula adalah pemberian langsung dari Rasulullah saw. kepadanya. (Ensyclopedi Britanica: 12/33). Padahal, jarak waktunya sangat jauh. Rasulullah saw. wafat abad ke tujuh Masehi, sedang Ibnu Arabi hidup pada abad ke 13 Masehi.

Banyak ulama yang mengkafirkan Ibnu Arabi

Selanjutnya, risalah Jawapan Tuntas untuk Dr Nurchalish Madjid menjelaskan: Kerana pendapat-pendapat Ibnu Arabi (yang bertentangan dengan Islam) ini, maka banyak ulama yang mengkufurkan atau mengilhadkannya atau menghukumi murtad, walaupun ada sebahagian kecil yang menerima pendapatnya bahkan menyiarkannya.

Disebutkan dalam senarai, ada 37 ulama yang mengkafirkan atau memurtadkan Ibnu Arabi.

Di antara ulama yang yang menghukumi Ibnu Arabi menjadi kafir, mulhid atau murtad adalah:

1. Ibnu Sayyid An-Nas (wafat 734H).
2. Ibnu Daqieq Al- 'Ied (w 702H).
3. Ibnu Taimiyyah (w 728H).
4. Ibnu Al-Qayyim Al-Jauzi (w 751H).
5. Qadhi 'Iyyadh (w 744H).
6. Al-'Iraqi (w 826H).
7. Ibnu hajar Al-'Asqalani (w 852H).
8. Alauddin al-Bukhari.
9. Abu Zur'ah.
10. Al-Udhd (w 757H).
11. Al-Jurjani (w 814H).
12. At-Taftazani (w 792H).
13. Muhammad ibnu Ali bin Yaqub (w 814H).
14. Abi Hayyan (w 654H).
15. Taqiyuddin As-Subqi
16. Isa Ibnu Mas'ud Az-Zawawi (w 743H).
17. Ali Ibnu Yaqub Al-Bakri
18. Al-Baalisi (w 829H).
19. Ibnu Nuqas (w 763H).
20. Ibnu Hisyam (w 761H).
21. Syamsuddin Ibnu Muhammad Al-Aizari.
22. Lisanuddin Ibnul Khatib (w 766H).
23. Muhammad Ibnu Ahmad al-Bishati.
24. Ibnu Khayyath (w 811H).
25. Ismail Ibn Abi Bakri Al-Muqri (w 875H).
26. Izzuddin Ibn Abdissalam (w 660H).
27. Ibrahim Ibnu daud Al-'Amidi (w 797H).
28. Abu Bakar Ibnu 'Ashim Al-Kinani.
29. Sulaiman Ibnu Yusuf Al-Yusufi (w 739H).
30. Ali Ibnu Abdillah Al-Ardabili (w 746H).
31. Musa Ibnu Muhammad Al-Anshari (w 803H).
32. Burhanuddin Al-Biqa'i (w 858H).
33. Ibnu Khaldun (w 808H).
34. An-Nawawi (w 676H).
35. Az-Zahabi (w 748H).
36. Al-Bulqini (w 805H).
37. Al-Maushili.

Dari nama mereka di atas ini, jelas mereka adalah merupakan imam-imam dunia dan merupakan tauladan dari ummat Islam, dan mereka ini merupakan tokoh-tokoh ulama dari segala cabang ilmu islamy . (Jawaban Tuntas untuk Dr Nurcholish Madjid, hal 6).

Cukup jelas, sejumlah ulama bertaraf dunia telah mengkafirkan Ibnu Arabi kerana pendapat-pendapatnya dalam buku-bukunya bertentangan dengan aqidah Islam. Sayang sekali, ummat Islam masih banyak yang aqidahnya tercemar oleh fahaman sufi falsafah model Ibnu Arabi. Hingga ketika penulis menjelaskan masalah sesatnya fahaman Nur Muhammadi kepada jama'ah masjid dalam pengajian, ternyata mereka bermuka merah sambil ada yang berkata bahawa banyak orang yang mempercayai Nur Muhammad memang ciptaan awal makhluk. Kemudian mereka baru dapat memahami, bila ungkapan Hadits palsu Laulaaka laulaaka lama khalaqtul aflaak, (seandainya bukan kerana kamu (muhammad), seandainya bukan kerana kamu (Muhammad), pasti aku tidak menciptakan seluruh alam); itu ertinya Allah terikat dengan makhluk. Itu aqidah yang salah. Kerana Allah tidak terikat oleh siapapun. Dia Maha Mutlak, tidak terikat.


islamic media info 2008 ibnuisa files


banksufi.blogspot.com

Artikel berkaitan:

5 comments:

Assalamualaikum !!
Maaf sodara Jangan langsung fonis dulu ibnu arabi itu seorang sufi yang sesat , ingat ibnu arobi itu seorang ulama' sejauh saya melihat ucapannya itu memang benar hanya saja anda tidak memahami apa yang ibnu arabi katakan , dia seorang ulama , yg saya lihat bahasa2 dia itu itelektual dan juga dari bahasa pembicaraannya itu ber MANTIQ dan Berbalaghoh , karna ilmu mantiq adalah bapanya semua ilmu maka dari itu bila anda belum mengerti tentang ilmu MANTIQ janganlah seperti seekor kambing yg bodoh ketika dihadapannya ada emas , bukan rumput . Meskipun ada ulama' yang menghukumi dia itu kafir yah itulah yg dinamakan perbedaan pendapat ulama , dan mereka juga sudah mengerti dan juga mempunyai fatwa2 sendiri
Sekian wassalam wr.wb

Orang bersumbu pendek, mengutip salah satu tokoh indonesia dan ia pun tidak memastikan perkataanya. Langsung mengatakan kafir, padahal ulama dan setiap ulama memiliki kelebihan dan pandangan sendiri, jauh dari pemikiran kita.Yang paling aneh membawa ulama lain untuk memperkuat stigma. Kalau anda belajar agama, anda tidak akan berkata kata orang tapi menyelidiki dan mencari pemahaman. Orang kafir disebut kafir tidak aneh, tapi orang muslim apalagi ulama disebut kafir, anda siapa?


Apabila beliau kafir kenapa beliau menjadi ulama?

Berhati-hatilah terhadap buruk sangka. Sesungguhnya buruk sangka adalah ucapan yang paling bodoh. (HR. Bukhari).

beli satu dapat dua

Post a Comment