Sunday, July 3, 2011

kasyaf

fahaman Tasawuf, kasyf (tersingkapnya hijab, hingga seorang sufi dapat mengetahui hal ghaib), juga bertentangan dengan ayat Al Qur'an.

Padahal Nabi SAW sendiri tidak mengetahui hal yang ghaib, bahkan dengan jelas menegaskan bahawa Nabi SAW tidak tahu apa yang diperbuat Allah SWT untuk Nabi SAW sendiri esok (lihat dalam Bab Aqidah). Allah SWT berfirman:

"Katakanlah ! Tidak ada yang dapat mengetahui perkara yang ghaib dilangit dan di bumi kecuali Allah ." (An-Naml:65)

Ada sebahagian perwakilan yang datang kepada Nabi SAW, mereka menganggap bahawa Nabi SAW termasuk orang yang mengaku dapat melihat perkara ghaib, maka mereka menyembunyikan sesuatu didalam (genggaman) tangan mereka untuk beliau. Dan mereka berkata kepada beliau," Kabarkanlah kepada kami, apa dia (yang ada dalam gemgaman kami ini) ? Lalu beliau menjawab kepada mereka dalam keadaan berteriak, Aku bukan seorang dukun. Sesungguhnya dukun dan perdukunan serta dukun-dukun itu didalam neraka." ( Diriwayatkan Abu Daud: 286 ).

Banyak tarekat tasawuf yang terlalu memuja pemimpinnya dengan berbagai karomah yang tidak masuk akal. ada yg mendakwa gurunya mampu menjamakkan dirinya shingga 70.000 pisahan badan banyaknya. Akibatnya ramai yang belajar tasawuf hanya kerana mencari karomah/kesaktian gurunya.

Diantaranya sufi ada yang menganggap bahawa Rasulullah SAW tidak sampai pada darjad dan keadaan mereka (orang-orang sufi). Dan Nabi SAW (dianggap) jahil (bodoh) terhadap ilmu tokoh-tokoh tasawuf seperti perkataan Busthami," Kami telah masuk lautan, sedang para nabi berdiri ditepinya." Abu Bakar Jabir Al-Jazairi, pengarang kitab Ila At-Tashawwuf ya`Ibadallaah menisbatkan perkataan tersebut kepada At-Tijani (penubuh tarekat At-Tijaniyah).


Artikel berkaitan:

0 comments:

Post a Comment