Wednesday, July 6, 2011

Keyakinan Bahawa Nur Muhammad adalah Makhluq Pertama

Keyakinan Bahawa Nur Muhammad adalah Makhluq Pertama
Pada artikel di sebuah blog dengan tajuk : Nur Muhammad Menurut Al-qur’an & Hadits
Pada bahagian tersebut dinyatakan suatu kalimah yang dianggap sebagai hadits :
Daripada Ka’ab al-Ahbar: " Tatkala Allah ta’ala berkehendak untuk menciptakan Nabi Muhammad s.a.w., Dia memerintahkan Jibril a.s. untuk membawakan segenggam tanah putih yang merupakan tanah tempat Junjungan Nabi s.a.w. dimakamkan nanti. Maka diulilah tanah tersebut dengan air Tasniim (air syurga) lalu dicelupkan ke dalam sungai-sungai syurga. Setelah itu, dibawakan dia berkeliling ke serata langit dan bumi. Para malaikat pun mengenali Junjungan Nabi s.a.w. dan keutamaan baginda sebelum mereka mengenali Nabi Adam a.s. Ketika nur Junjungan Nabi s.a.w. kelihatan di kening dahi Nabi Adam a.s., dikatakan kepadanya: "Wahai Adam, inilah sayyid (penghulu) keturunanmu daripada para anbiya’ dan mursalin.
Tatkala Siti Hawa mengandungkan Nabi Syits berpindahlah Nur Muhammad tersebut kepada Siti Hawa. Siti Hawa yang biasanya melahirkan anak kembar setiap kali hamil, tetapi pada hamilnya ini dia hanya melahirkan seorang anak sahaja iaitu Nabi Syits kerana kemuliaan Junjungan Nabi s.a.w. Maka sentiasalah berpindah-pindah Nur Muhammad daripada seorang yang suci kepada orang suci yang lain sehinggalah baginda dilahirkan.

Sekilas penulis blog mengesankan hadits itu adalah shahih, namun tidak dijelaskan diriwayatkan dalam kitab apa dengan sanad yang bagaimana. Setelah kita kaji lagi, sebenarnya hadits itu adalah maudlu'' (palsu), tidak ada asalnya.Sebagaimana dijelaskan oleh Imam as-Suyuthy ( seorang 'alim yang sebenarnya dijadikan role model oleh mereka juga) dalam kitab al-Haawi fil Fatwa juz 1 hal 325 : ' Hadits tersebut tidak memiliki sanad yang dapat dijadikan sandaran' . Di dalam kitab Kasyful Khofa'' hanya diisyaratkan bahawa hadits tersebut diriwayatkan oleh Abdurrozzaq, namun jika ditelusuri, hadits tersebut tidak ditemukan dalam kitab-kitab yang disusun Abdurrozzaq, baik di dalam kitab Mushonnaf-nya, al-Jaami', atau Tafsir.
Justru hadits tersebut bertentangan dengan hadits shohih yang lainnya yang menunjukkan bahawa yang diciptakan Allah pertama kali adalah al-Qolam (pena) bukan Nur Muhammad, sebagaimana disebutkan dalam hadits :
إِنَّ أَوَّلَ مَا خَلَقَ اللَّهُ الْقَلَمَ فَقَالَ لَهُ اكْتُبْ قَالَ رَبِّ وَمَاذَا أَكْتُبُ قَالَ اكْتُبْ مَقَادِيرَ كُلِّ شَيْءٍ حَتَّى تَقُومَ السَّاعَةُ

" Sesungguhnya yang pertama Allah ciptakan adalah pena. Kemudian Allah berfirman padanya : 'Tulislah!' Pena bertanya : 'Apa yang aku tulis wahai Tuhanku?'. Allah menyatakan : Tulislah taqdir segala sesuatu sampai hari kiamat " (H.R Abu Dawud, atTirmidzi, dan Ahmad dari Ubadah bin As-Shoomit).

Sesungguhnya yang tercipta dari 'nur' (cahaya) adalah Malaikat, bukan manusia. Sebagaimana disebutkan dalam hadits :
خُلِقَتْ الْمَلَائِكَةُ مِنْ نُورٍ وَخُلِقَ الْجَانُّ مِنْ مَارِجٍ مِنْ نَارٍ وَخُلِقَ آدَمُ مِمَّا وُصِفَ لَكُمْ
" Malaikat diciptakan dari nuur (cahaya) dan Jin diciptakan dari nyala api dan Adam diciptakan dari apa yang disifatkan pada kalian "(H.R Muslim dari 'Aisyah).


Artikel berkaitan:

0 comments:

Post a Comment