Saturday, July 2, 2011

kenyataan ULAMA-ULAMA SUNNAH TERHADAP TABLIGHI NISHAB

Syaikh Al-Allamah Al-Muhaddits Muhammad Nashrudin Al-Albani Rahimahullah- dalam fatawa Al-Imarotiyah hal. 30 ketika ditanya tentang jamaah tabligh, beliau memberikan jawapan : Da'wah Jamaah Tabligh adalah sufi masa kini (shufiyyah ashriyyah) yang tidak berpijak kepada Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya


Fatwa terakhir Samahatusy-Syaikh Muhammad bin Ibrahim alu Syaikh Rahimahullah- : Saya jelaskan bahawa jamiyyah ini (jamaah tabligh) adalah jam'iyah yang tidak kebaikan padanya. Sebab itu jamiyah ini adalah bidah lagi sesat menyesatkan. (fatawa Syaikh Ibrahim, hal. 405 tanggal 29/1/82 H)


Fatwa terakhir Al-Allamah Samahatusy-Syaikh Abdullah bin Abdul Aziz bin Baaz Rahimahullah-, ketika beliau ditanya mengenai jamaah tabligh, beliau menjawab : Jamaah Tabligh dari India yang sudah dikenal ini terdapat khurafat, bidah dan syirik pada mereka (Fatwa terakhir Syaikh bin Bazz dikutip dari kaset Taqib Samahatusy-Syaikh Abdul Aziz bin Bazz ala Nadwah.)


Syaikh Hammud bin Abdullah At-Tuwaijiri Rahimahullah- ketika ditanya tentang jamaah tabligh, beliau menjawab secara terperinci dalam Al-Qoul Al-Baligh fi ar-Roddi ala jamaatit tabligh yang intinya adalah : Saya katakan bahawa jamaah tabligh itu kelompok yang sesat lagi bidah. Mereka tidaklah mengikuti jalan yang telah ditempuh Rasulullah dan sahabatnya, juga para tabiin. Akan tetapi mereka mengikuti keadaan shufiyyah yang bid'ah


Syaikh Ali Hasan ketika ditanya mengenai kebaikan jamaah tabligh kerana banyaknya pemuda yang masuk islam melalui dawah mereka, menjawab : Perkataan itu benar namun kurang! Benar jamaah tabligh mendawahi banyak manusia dimana menghasilkan orang yang dahulunya berandalan sekarang bertaubat, tetapi sebagaimana pendapat ulama, bahawasanya hidayah itu ada dua, yakni hidayah ila thariq (ke jalan) dan hidayah fi thariq (di jalan). Ya.. memang jamaah tabligh ini mendakwahi manusia ila thariq, tapi mereka tidak berdakwah fi thariq. Bagaimana tidak !!! aqidah mereka saja hancur!!! Mereka mengatakan dalam kitab mereka yang masyhur tablighi nishab yang penuh dengan khurafat serta penyimpangan-penyimpangan (kaset muhadharah Syaikh Ali berjudul Manhaj as-Salaf).


Fatawa Lajnah Al-fatawa fi idaratil Buhuts al-ilmiyyah wal ifta wad da'wah wal irsyad, menyatakan : Jamaah Tabligh sangat berlebihan dalam hal-hal negatif dan generalisasi terhadap suatu masalah. Jamaah tabligh tidak jelas mengikuti apa yang telah dilakukan oleh Rasulullah dalam berdakwah sampai dengan perincian prinsip-prinsip syariat islam dan cabang-cabang hukumnya (dinukil oleh Ust. Falih Nafi dalam kitabnya Ad-Diinun-Nashiihah hal 17-18)

Artikel berkaitan:


0 comments:

Post a Comment