Saturday, July 2, 2011

TABLIGHI NISHAB BERISI KHUFARAT, HIKAYAT DAN DONGENG

TABLIGHI NISHAB BERISI KHUFARAT, HIKAYAT DAN DONGENG

Muhammad Zakaria al-Kandahlawy ,semoga Allah mengampuninya- di dalam bukunya Tablighi Nishab terlalu banyak khurafat, bid'ah, mitos dan hikayat-hikayat yang memekakkan telinga dan jauh dari kodrat dan tidak dapat dibenarkan akal sihat.

Rujukan yang dipegangnya tak dapat dipercayai dan dia mengutip sumber dari pengarang yang tidak mendapatkan legitimasi para ulama. Diantara kisah-kisah tersebut adalah : 1. Dalam Fadhailul Haj, hal 137-138, akhir bab IX, hikayat ke-13


Dikutip dari As-Suyuthi dalam kitab Al-Hawi bahawa Said Ahmad Ar-Rifa I berziarah ke makam Nabi setelah haji pada tahun 555 H. Ia melagukan dua bait syair sebagai berikut :


Dalam hal yang jauh, rohku kulepaskan.

Bumi menerima dariku, kerana ia wakilku

Inilah kerajaan khayalan yang aku hadiri

Maka hulurkan tangan kananmu agar terengkuh oleh bibirku


Lalu tangan nabi yang diberkahi keluar dari makamnya yang mulia dan Ar-Rifai pun mencium tangannya.


Penulis menambahkan dalam kitab Al-Bunyan Al-Masyid, ada 90 ribu orang yang menyaksikan hal itu. Mereka adalah peziarah makam Nabi. Diantara peziarah itu adalah Syaikh Abdul Qodir Jailani.

(Tablighi Anishab, bab Fadhailul Haj, hal 137-138, akhir bab IX, hikayat 13)


2. Dalam Fadhailul Haj, hal 133

Syaikh Abu Khair Al-Aqtha berkata, Aku merasa lapar kerana selama 5 hari aku belum makan. Lalu aku berziarah dan tertidur setelah aku membaca salawat kepada Nabi di sisi makamnya. Aku bermimpi Nabi datang bersama Syaikhani dan Ali Radhiallahu anhu. Kemudian beliau memberi aku sepotong roti. Aku makan roti itu setengahnya, ketika aku terbangun, aku melihat setengah roti sisanya masih ada di tanganku. (Tablighi Nishab, bab Fadhailul Haj, hal 133)


3. Dalam Fadahilul hajj, hal 141

Syaikh Syamsuddin, ketua Khadamul haram An-Nabawi berkata : Satu jamaah dari Aleppo menyuap gabenor Madinnah agar mereka dizinkan membongkar makam Syaikhani dan mengambil jasad keduanya. Maka ketika itu datanglah 40 orang lelaki membawa cangkul pada malam harinya. Keempat puluh orang itu iba-tiba saja hilang di telan bumi. Setelah itu gabenor Madinah berkata, Janganlah kau sebarkan hal ini, atau aku akan memenggal kepalamu. (Tablighi Nishab, bab Fadhailul Haj, hal 141)


4. Dalam Fadhailul Haj, hal 87)

Syaikh Zakaria berkata, Dinukil dari beberapa Syaikh, bahawa seorang Syaikh yang tinggal di negeri Khurasan lebih dekat ke Kabah kerana ia selalu bersentuhan dengan kabah dibandingkan orang-orang yang selalu berthawaf di kabah. Bahkan terkadang kabah datang mengunjunginya. (Tablighi Nishab, bab Fadhailul Haj, hal 87)


5. Dalam Fadhailush Shadaqah, hal. 588. dikisahkan : Syaikh Zakaria mengerjakan solat sebanyak 1000 rakaat dengan berdiri. Apabila ia merasa lelah, maka ia solat dengan duduk sebanyak 1000 rakaat. (Tablighi Nishab, bab Fadhailush Shadaqah, hal 588)


6. Dalam Fadhailul Quran, hal. 15. Diceritakan : bahawa Ibnu Katib mengkhatamkan Al-Quran setiap hari sebanyak 8 kali.


7. Dalam Fadhailul Haj, hal. 218. Diceritakan : bahawa Nabi Khidr mengerjakan solat subuh di mekkah dan duduk di rukun syami sampai terbit matahari, kemudian solat zuhur di Madinah, solat asar di Baitul Maqdis dan Sholat Maghrib dan Isya di Al-Iskandari.


8. Dalam Fadhailush Shadaqah hal. 588. Diceritakan : bahawa Abu Muhammad Al Jurairi melaksanaknan Itikaf di Makkah selama setahun penuh, tidak tidur tidak pula bersandar di dinding atau tiang.


9. Dalam Fadhailul Hajj, hal 135

Seseorang bertanya kepada Nabi Khidir, apakah kamu melihat seseorang yang lebih mulia daripada dirimu? menjawab Nabi Khidir, Pada suatu ketika aku berada di dalam masjid Muhammad (di madinah). Pada waktu itu Imam Abdurrazaq sedang mengajari jamaah tentang hadits nabi, maka aku melihat seorang pemuda duduk sendiri di sudut masjid sambil meletakkan kepalanya di atas kedua lututnya. Aku bertanya padanya, mengapa kau tidak mengikuti majlis Abdurrazaq dan mendengarkan hadits-hadits nabawi, ia menjawab, Di sana jamaah mendengarkan pengajian dari Abdurrarzaq, namun di sini ada seorang sendirian mendengarkan pelajaran Abdurrazaq tanpa ada orang lain. Kemudian Nabi Khidr berkata, Jika benar demikian maka katakanlah siapakah aku ini? Ia menjawab Kamu adalah nabi Khidr. Nabi Khidr berkata. dengan demikian aku mengetahui bahawa ada sebahagian wali Allah yang tidak aku ketahui disebabkan ketinggian darjatnya. (Tablighi Nishab, bab Fadhailul Hajj, hal 135)


Banyak lagi hikayat-hikayat lainnya di samping dongeng-dongeng di atas, yang mana di dalam buku ini banyak sekali berselerak di dalamnya mitos, kebatilan, khurafat dan bid'ah. Apakah gerangan yang diinginkan pengarang buku ini dengan memuat segala malapetaka ini? Bagiamana boleh Jamaah Tabligh menerima sesuatu yang rasanya pahit ini? Bagiamanakah sikap ulama mereka terhadap bahaya sufistik ini? Apakah ada yang boleh menjawab? Hanya Allah lah tempat mengadu!!!


Artikel berkaitan:

0 comments:

Post a Comment