Showing posts with label tokoh sufi. Show all posts
Showing posts with label tokoh sufi. Show all posts

Thursday, July 7, 2011

IBNU ARABI di dakwa sebagai kafir

Ajaran Ibnu Arabi yang sangat menyimpang dari Islam itu banyak mempengaruhi ummat Islam.

point pertama kerana syair-syair bahkan kata-kata yang didakwa sebagai Hadits (padahal palsu) dibuat dengan ungkapan yang mudah dihafal dan sedap didengar. point yang lain, kerana ummat Islam merasa perlu menghormati Nabi SAW sedemikian rupa, sedangkan syair-syair dan adat yang disebarkan justru banyak yang berbau ajaran tasawwuf model Ibnu Arabi.

Jauhnya kesesatan aqidah akibat tersebarnya fahaman Ibnu Arabi itu bukan hanya melanda ummat Islam awam, namun sampai kepada orang yang disebut cendekiawan Muslim. Hingga seorang DR Nurcholish Madjid ketua Yayasan Wakaf Paramadina di Jakarta pernah mengemukakan pendapat Ibnu Arabi, hingga mendapat bantahan keras dari ummat Islam.

Dr. Nurcholish Majid menjawab pertanyaan pada Pengajian "Paramadina" di Kebayoran Baru tanggal 23 Januari 1987. Pertanyaan Lukman berbunyi: "Salahkah Iblis, kerana dia tidak mahu sujud kepada Adam, ketika Allah menyuruhnya. Bukankah sujud hanya boleh kepada Allah?"

Dr Nurchalish Madjid, yang memimpin pengajian itu, menjawab --secara sambil lewa-- dengan satu kutipan dari pendapat Ibnu Arabi, dari salah satu majalah yang terbit di Damascus, Syria bahawa:

"Iblis kelak akan masuk syurga, bahkan di tempat yang tertinggi kerana dia tidak mahu sujud kecuali kepada Allah saja, dan inilah tauhid yang murni."

DR Nurchalish Madjid tidak memberi sebarang komen, setuju atau tidaknya dia sendiri, dengan ucapan Ibnu Arabi itu, tidak pula diterangkannya, siapa Ibnu Arabi itu. (Yayasan Islam Al-Qalam Ma'had Ad-Diraasaatil Islamiyyah Jakarta, Jawaban Tuntas untuk Dr Nurchalish Madjid tentang Ibnu Arabi dan Syaitan Masuk Syurga, 1407H, hal 1).

Ibnu Arabi dan pokok-pokok ajaran sesatnya

Ibnu Arabi, nama lengkapnya Abu Bakar Muhammad ibn Ali Muhyiddin Al-Hatimi at-Thai al-Andalusi, dikenali dengan Ibnu Arabi (bukan Ibnul Arabi seorang ahli tafsir). Ibnu Arabi ini dianggap sebagai tokoh tasawwuf falsafi, lahir di Murcia Spanyol, 17 Ramadhan 560 H/ 28 Julai 1165M, dan mati di Damaskus, Rabi'uts Tsani 638H/ Oktober 1240M.

Inti ajarannya didasarkan atas teori wihdatul wujud (menyatunya makhluk dengan Tuhan) yang menghasilkan wihdatul adyan (kesatuan agama, tauhid mahupun syirik) sebagai hasil dari gabungan teori-teori al-ittihad (manunggal, melebur jadi satu antara si sufi dan Tuhan) dengan mengadakan al-ittishal atau emanation. Atau sebagai hasil dari gabungan pemikiran tentang teori Nur Muhammadi (yang pertama kali diciptakan adalah Nur Muhammad, kemudian dari Nur Muhammad itu diciptakan makhluk-makhluk lain) dari Al-Khaliq dengan pemikiran Al-Aqlu al-awwal (akal pertama) --seperti telah diterangkan pada bab Nur Muhammad atau Hakikat Muhammad tersebut di atas--. Ibnu Arabi banyak dipengaruhi oleh falsafah Masehi atau Nasrani.

Berikut ini ringkasan pandangan Ibnu Arabi yang nyata-nyata bertentangan dengan Islam, diringkas oleh Yayasan Islam Al-Qalam, satu induk dengan LPPI (Lembaga Pengkajian dan Pengembangan Islam)

Pandangan Ibnu Arabi berkisar pada:

- Berusaha menghancurkan/ membatalkan agama dari dasarnya.

- Semua orang berada pada As-Shirath Al-Mustaqim (jalan lurus).

- Wa'ied (janji) dari Allah tidak ada sama sekali.

- Khatim al-Awliya' (penutup para wali) lebih tinggi daripada Khatim Al-Anbiya' (penutup para nabi), kerana wilayah (kewalian) lebih tinggi daripada Nubuwwah (kenabian).

Ibnu Arabi banyak mengarang buku untuk menyiarkan ajaran-ajaran dan pendapatnya. Bukunya yang paling terkenal adalah al-Futuhat al-Makkiyyah dan Fushul Al-Hukm.

Sorotan tajam terhadap pendapat Ibnu Arabi telah dilakukan oleh para ulama dan dituangkan dalam tulisan yang cukup mudah diketahui tentang penyelewengan yang disebarkan Ibnu Arabi itu. Di antara pendapat dari Ibnu Arabi dan pengikut-pengikutnya adalah:

- Wali lebih tinggi dari nabi (Masra' At-Tasawwuf, 22).

- Untuk sampai kepada Allah, tidak perlu mengikuti ajaran para nabi (syara'), (Masra' At-Tasawwuf, 20).

- Semua ini adalah Allah, tidak ada nabi/rasul atau malaikat. Allah adalah manusia besar. ( Fushush Al-Hukm, 48, Masra' At-Tasawwuf, 38).

- Tidak sah khilafah kecuali kepada insan kamil.

- Allah memerlukan pertolongan makhluk. (Fushush Al-Hukm, 58-59).

- Nabi Nuh as. termasuk orang kafir (Masra' at-Tasawwuf, 46-47).

- Da'wah kepada Allah adalah tipu daya. (Fushush Al-Hukm, 772/Masra' At-tasawwuf, 66).

- Al-haq adalah al-khalq/ makhluq (Masra' At-Tasawwuf, 62).

- Hukum alam adalah Allah itu sendiri. (Masra' At-Tasawwuf, 70).

- Hamba adalah Tuhan. (Fushush Al-Hukm, 92-93; Masra' at-Tasawwuf, 75).

- Neraka adalah surga itu sendiri. (Fushush Al-Hukm, 93-94).

- Al-Quran mempunyai dua erti, zahir dan batin.

- Dalam anggapan Ibnu Arabi, dia berkumpul dengan para nabi.

- Perbuatan hamba adalah perbuatan Allah itu sendiri. (Fushush Al-Hukm, 143).

- Ad-dhal (orang yang sesat) adalah al-muhtadi (orang yang mendapat petunjuk), al-kafir adalah al-mu'min. (Masra' at-Tasawwuf, 108).

- Hawa nafsu adalah tuhan terbesar.

- Fir'aun adalah mukmin dan terbebas dari siksa neraka. (Fushush Al-Hukm, 181; Masra' At-Tasawwuf, 111).

- Wanita adalah tuhan. (Fushush Al-Hukm, 216; Masra' at-tasawwuf, 143).

- Hakikat ketuhanan tampak jelas dan utuh pada nabi-nabi as.

- Fir'aun adalah tuhan Musa. (Fushush Al-Hukm, 209; Masra' at-Tasawwuf, 122).

Setelah mengemukakan pendapat-pendapat Ibnu Arabi tersebut, yayasan Al-Qalam yang membantah Dr Nurchalish Madjid melalui risalah kecil itu memberi komen: "Demikianlah pendapat-pendapat Ibnu Arabi dan pengikut-pengikutnya yang kacau bilau, dan jelas bertentangan dengan Al-Quran dan As-Sunnah, bertebaran dalam kitab-kitab yang mereka tulis." (Jawaban Tuntas untuk Dr Nurchalish Madjid, hal 4).

Semua pendapat yang kacau bilau dari Ibnu Arabi itu, menurut Yayasan Al-Qalam, tampak jelas pada tulisan-tulisan atau syair-syair yang tercantum dalam kitab-kitab yang ditulis oleh Ibnu Arabi dan pengikut-pengikutnya antara lain Ibnu Faridh.

Menurut pengakuan Ibnu Arabi, kitab Futuhat al-Makiyyah adalah Imla' langsung dari Allah SWT kepadanya. Sementara itu Kitab Fushul Al-Hukm karangan Ibnu Arabi pula adalah pemberian langsung dari Rasulullah saw. kepadanya. (Ensyclopedi Britanica: 12/33). Padahal, jarak waktunya sangat jauh. Rasulullah saw. wafat abad ke tujuh Masehi, sedang Ibnu Arabi hidup pada abad ke 13 Masehi.

Banyak ulama yang mengkafirkan Ibnu Arabi

Selanjutnya, risalah Jawapan Tuntas untuk Dr Nurchalish Madjid menjelaskan: Kerana pendapat-pendapat Ibnu Arabi (yang bertentangan dengan Islam) ini, maka banyak ulama yang mengkufurkan atau mengilhadkannya atau menghukumi murtad, walaupun ada sebahagian kecil yang menerima pendapatnya bahkan menyiarkannya.

Disebutkan dalam senarai, ada 37 ulama yang mengkafirkan atau memurtadkan Ibnu Arabi.

Di antara ulama yang yang menghukumi Ibnu Arabi menjadi kafir, mulhid atau murtad adalah:

1. Ibnu Sayyid An-Nas (wafat 734H).
2. Ibnu Daqieq Al- 'Ied (w 702H).
3. Ibnu Taimiyyah (w 728H).
4. Ibnu Al-Qayyim Al-Jauzi (w 751H).
5. Qadhi 'Iyyadh (w 744H).
6. Al-'Iraqi (w 826H).
7. Ibnu hajar Al-'Asqalani (w 852H).
8. Alauddin al-Bukhari.
9. Abu Zur'ah.
10. Al-Udhd (w 757H).
11. Al-Jurjani (w 814H).
12. At-Taftazani (w 792H).
13. Muhammad ibnu Ali bin Yaqub (w 814H).
14. Abi Hayyan (w 654H).
15. Taqiyuddin As-Subqi
16. Isa Ibnu Mas'ud Az-Zawawi (w 743H).
17. Ali Ibnu Yaqub Al-Bakri
18. Al-Baalisi (w 829H).
19. Ibnu Nuqas (w 763H).
20. Ibnu Hisyam (w 761H).
21. Syamsuddin Ibnu Muhammad Al-Aizari.
22. Lisanuddin Ibnul Khatib (w 766H).
23. Muhammad Ibnu Ahmad al-Bishati.
24. Ibnu Khayyath (w 811H).
25. Ismail Ibn Abi Bakri Al-Muqri (w 875H).
26. Izzuddin Ibn Abdissalam (w 660H).
27. Ibrahim Ibnu daud Al-'Amidi (w 797H).
28. Abu Bakar Ibnu 'Ashim Al-Kinani.
29. Sulaiman Ibnu Yusuf Al-Yusufi (w 739H).
30. Ali Ibnu Abdillah Al-Ardabili (w 746H).
31. Musa Ibnu Muhammad Al-Anshari (w 803H).
32. Burhanuddin Al-Biqa'i (w 858H).
33. Ibnu Khaldun (w 808H).
34. An-Nawawi (w 676H).
35. Az-Zahabi (w 748H).
36. Al-Bulqini (w 805H).
37. Al-Maushili.

Dari nama mereka di atas ini, jelas mereka adalah merupakan imam-imam dunia dan merupakan tauladan dari ummat Islam, dan mereka ini merupakan tokoh-tokoh ulama dari segala cabang ilmu islamy . (Jawaban Tuntas untuk Dr Nurcholish Madjid, hal 6).

Cukup jelas, sejumlah ulama bertaraf dunia telah mengkafirkan Ibnu Arabi kerana pendapat-pendapatnya dalam buku-bukunya bertentangan dengan aqidah Islam. Sayang sekali, ummat Islam masih banyak yang aqidahnya tercemar oleh fahaman sufi falsafah model Ibnu Arabi. Hingga ketika penulis menjelaskan masalah sesatnya fahaman Nur Muhammadi kepada jama'ah masjid dalam pengajian, ternyata mereka bermuka merah sambil ada yang berkata bahawa banyak orang yang mempercayai Nur Muhammad memang ciptaan awal makhluk. Kemudian mereka baru dapat memahami, bila ungkapan Hadits palsu Laulaaka laulaaka lama khalaqtul aflaak, (seandainya bukan kerana kamu (muhammad), seandainya bukan kerana kamu (Muhammad), pasti aku tidak menciptakan seluruh alam); itu ertinya Allah terikat dengan makhluk. Itu aqidah yang salah. Kerana Allah tidak terikat oleh siapapun. Dia Maha Mutlak, tidak terikat.


islamic media info 2008 ibnuisa files


banksufi.blogspot.com

Artikel berkaitan:

Wednesday, July 6, 2011

Al-Hallaj

Fahaman Hulul, fahaman yang menyatakan, bahawa Tuhan telah memilih tubuh-tubuh manusia tertentu sebagai tempat-Nya, setelah sifat-sifat kemanusiaan dalam tubuh tersebut dihilangkan. Fahaman Hulul dalam tasawwuf ditimbulkan oleh Husein Ibnu Manshur al-Hallaj (lahir di Parsi tahun 858M) yang mengajarkan bahawa: Allah memiliki dua (2) sifat dasar , iaitu sifat ke-Tuhan-an (lahuut) dan sifat kemanusiaan (Nasuut). Hal tersebut dilihat dari teori kejadian makhluk-Nya, sebagai berikut: Sebelum Tuhan menciptakan makhluk, Ia hanya melihat diriNya sendiri. Dalam kesendirian-Nya itu, terjadilah dialog antara Tuhan dengan diriNya.

Dialog yang dalam, tidak terdapat dalam kata-kata ataupun huruf-huruf. Yang dilihat Allah hanya kemuliaan dan ketinggianNya dan Allah pun cinta pada zatNya sendiri. Cinta yang tidak dapat disifatkan dan cinta inilah yang menjadi sebab wujud dan sebab dari yang banyak dan Ia-pun mengeluarkan dari yang tiada, bentuk (copy) diri-Nya, yang mempunyai segala sifat dan namaNya, dan

bentuk (copy) tersebut adalah Adam, dan seterusnya. Setelah Adam tercipta dengan cara-Nya, maka Ia sangat mencintai dan memuliakannya di syurga dan sebagai khalif di bumiNya. (Drs Shodiq SE, Kamus Istilah Agama, CV Sienttarama Jakarta, cetakan kedua, 1988, hal 122-123).

Kemudian akibat pendapatnya yang mengandungi kemusyrikan itu maka Al-Hallaj yang lahir di Fars, Parsi (Iran) 244H/ 858M ini dihukum bunuh pada tanggal 24 Zulqa'dah tahun 309H/ 26 Maret 922M, di Baghdad di bawah kekhalifahan Abbasiyah, khalifah ke-18 dari 37 khalifah, Al-Muqtadir bi 'l-lah (Ja'far Abu 'l-Fadhl, yang berkuasa pada tahun 295-320H/ 908-932M. Selain Al-Hallaj dituduh membawa fahaham yang menyesatkan (paham hulul), ia juga dituduh mempunyai hubungan dengan Syi'ah Qaramitah, suatu kelompok Syi'ah garis keras yang dipimpin oleh Hamdan bin Qarmat yang menentang pemerintahan Dinasti Abbasiyah sejak abad ke-10 sampai abad ke-11. (lihat Ensiklopedia Islam, Kafrawi Ridwan dkk ed, PT Ichtiar Baru van Hoeve Jakarta, cet V, 1999, huruf H, hal 74-75).

Sumber lain menyebutkan, Abu Mughits Al-Husein bin Mansur Al-Hallaj (244-309H) dilahirkan di Persia, seorang cucu dari penganut Zoroaster, dibesarkan di Irak. Tokoh inilah yang terkenal dengan "Hululiyin" (para penganut faham panteisme) dan "Ittihadiyyin" (para penganut bersatunya manusia dengan Tuhanham ). Ia dituduh kafir, dibunuh dan disalib karena 4 perkara yang sabitkan kepadanya:

1. Kerana berhubungan dengan orang-orang Qaramithah (Syi'ah ekstrim).
2. Kerana ucapannya: "Aku adalah Tuhan Yang Haq."
3. Kerana pengikutnya meyakini akan ketuhanan dirinya.
4. Kerana pendapatnya tentang haji, bahawa haji ke Baitullah tidak termasuk suatu kewajiban yang harus dilaksanakan.

Tentang kepribadiannya, banyak hal-hal yang tidak jelas. Pertama sikapnya yang sangat keras kepala, membangkang, dan ekstrim. Ia mengarang buku "Al-Thawwasin", yang diteliti dan diterbitkan kembali oleh Louis Massignon (seorang orientalis).

(Lembaga Pengkajian dan Penelitian WAMI, Al-Mausu'ah al-Muyassarah fil Adyan wal Madzaahib al Mu'ashirah, diterjemahkan A Najiyulloh menjadi Gerakan Keagamaan dan Pemikiran, Akar Ideologis dan Penyebarannya, Al-Ishlahi Press, Cet I, 1995, jilid II, hal. 259).

Ulama yang hidup pada masa itu di antaranya At-Thabari ahli tarikh/ sejarah (w 923M/ tidak menemui disalibnya Al-Hallaj 932M). Al-Asy'ari (260-324H) ahli ilmu kalam yang pernah berfaham Mu'tazilah selama sekitar 40 tahun, kemudian berubah ke fahaman yang kini disebut Asy'ariyyah atau Asya'irah, dan kemudian merujuk ke Manhaj (jalan) Salaf (sahabat, tabi'ien dan tabi'it tabi'in) dengan menyusun Kitab Al-Ibanah, kitab Tauhid yang Manhajnya Salaf. Namun para pengikutnya kini merujuknya bukan kepada fahaman dan kitab-kitab beliau yang berakidah Salaf itu, tapi pengikutnya kini merujuk kepada fahamannya yang berdekatan dengan faham Maturidiyah. Beliau wafat tahun 935M, bererti masih hidup selama 3 tahun setelah disalibnya Al-Hallaj 932M. Sedang Junaid Al-Baghdadi, mufassir shufi pertama, meninggal tahun 910M, saat itu Al-Hallaj baru berumur 2 atau 3 tahun, yang kemudian ketika umur 25 tahun Al-Hallaj dibunuh dan disalib di jambatan Baghdad lantaran fahamannya yang dinilai sangat membahayakan Islam.


islamic media.ibnu isafiles


banksufi.blogspot

Artikel berkaitan:

Abu Yazid al-Bustami

fahaman ittihad pertama kali dikemukakan oleh shufi Abu Yazid al-Bustami (meninggal di Bistam, Iran, 261H/ 874M).

Pada suatu waktu dalam pengembaraannya, setelah solat subuh Yazid al-Bustami berkata kepada orang-orang yang mengikutinya: Innii ana Allah laa ilaaha illaa ana fa'budnii (Sesungguhnya aku ini adalah Allah, tiada Tuhan melainkan aku, maka sembahlah aku)." Mendengar kata-kata itu, orang-orang yang menyertainya mengatakan bahwa al-Bustami telah gila.

Menurut pandangan para shufi, ketika mengucapkan kata-kata itu, al-Bustami sedang berada dalam keadaan ittihad, suatu maqam (tingkatan) tertinggi dalam fahaman tasawwuf.

Dalam keadaan ittihad, seorang shufi sering mengucapkan kata-kata yang aneh, seakan-akan ia mengaku sebagai Tuhan, seperti yang diucapkan al-Bustami di atas (Sesungguhnya aku ini Allah, tiada Tuhan melainkan aku, maka sembahlah aku). Al-Bustami juga pernah mengucapkan kata-kata: Subhani subhani, ma a'dhama sya'ni (Maha Suci aku, Maha Suci aku, alangkah Maha Agungnya aku).

Al-Bustami juga berkata: Laisa fi al-jubbah illa Allah (tidak ada di dalam jubah ini kecuali Allah).

Kata-kata seperti itu disebut syathahat (perkataan --aneh-aneh-- yang keluar dari mulut seorang sufi ketika ittihad, menyatu dengan Tuhan). Dalam pandangan sufi, kata-kata itu bukan keluar dari seorang sufi tetapi kata-kata Allah SWT melalui lisan seorang sufi tetapi sedang dalam keadaan ittihad. Bukan Zat Allah SWT yang berbicara, tetapi aspek Allah SWT yang ada pada diri shufi itulah yang sedang berbicara. (lihat Ensiklopedia Islam, huruf I, halaman 286-287).

Betapa jauhnya kepercayaan sufi itu dari Islam. Allah SWT disamakan dengan jin atau syaitan yang masuk ke diri manusia hingga manusianya menjadi kerasukan (ke-jin-an/majnun), dan kata-katanya meracau, hanya saja dinamakan syathahat iaitu kata-katanya meracau namun justru dianggap telah sampai pada tingkatan (maqom) tertinggi --yang mereka dakwakan-- yakni ittihad, menyatu dengan Tuhan. Na'udzubillaahi min dzaalik, dari aqidah yang amat sesat itu.

tasawuf belitan iblis h.hartono ahmad jaiz

islamic media info ibnuisafiles

banksufi.blogspot.com

Artikel berkaitan:

al ghazali - kitab Ihya` ‘Ulumiddin

nama sebenarnya ialah abu hamad muhammad bin muhammad bin ahmad ghazali at-tusi, beliau lahir pada tahun 450hijrah di bandar tus khurasan (iran)

gelaran al ghazali sempena nama tempat kelahirannya ghazalah, beliau juga di gelar al ghazali kerana mengambil gelaran bapanya yang berkerja sebagai pemintal bulu kambing, selain di gelar al ghazali, beliau juga di kenal dengan nama abu ahmad

antara kitabnya yg paling terkenal ialah kitab ihya ulumudin

Mengurai Kesesatan Ihya` 'Ulumiddin



Tak banyak yang tahu, Ihya` ‘Ulumiddin, kitab yang banyak menjadi pujaan orang ramai, merupakan salah satu gudang kemungkaran. Kajian berikut memang tidak memaparkannya secara keseluruhan. Namun cukuplah menjadi peringatan bagi kita semua agar tidak lagi menggeluti buku itu terlebih lagi mengagungkannya.

Ahlus Sunnah Wal Jamaah merupakan suatu umat yang sentiasa berupaya untuk komitmen di atas kemurnian agama, serta bersikap tegas terhadap segala bentuk penyimpangan atau usaha segolongan orang yang akan dan ingin mengaburkan As-Sunnah.
Rasulullah saw bersabda:

وَإِنَّمَا أَخَافُ عَلَى أُمَّتِي اْلأَئِمَّةَ الْمُضِلِّيْنَ

“Yang paling aku takutkan menimpa umatku ialah imam-imam yang menyesat-kan.” (HR. Abu Dawud, 4/4252 dan dishahihkan Asy-Syaikh Al-Albani dalam Ash-Shahihah, jilid 4 no. 1586)
Abdurrahman bin Abu Hatim Ar-Razi berkata: “Aku mendengar bapakku dan Abu Zur’ah, keduanya memerintahkan untuk memboikot ahlul bid’ah. Keduanya sangat keras terhadap mereka, dan mengingkari pemahaman kitab (Al-Qur`an) dengan akal semata tanpa bersandar dengan atsar (hadits), melarang duduk bersama ahlul kalam (kaum falsafah), dan melihat kitab-kitab ahlul kalam.” (Syarh Ushul I’tiqad Ahlis Sunnah wal Jama’ah, hal. 322)
Ibnu Mas’ud berkata: “Kalian akan mendapati segolongan kaum yang menyangka bahawa mereka menyeru kepada Kitabullah, namun hakikatnya mereka telah melemparkannya ke belakang punggung-punggung mereka.” (Al-Ibanah, 1/322)

Mengingati hal ini, akan kami paparkan secara ringkas tentang kitab Ihya` ‘Ulumiddin yang selalu dibanggakan segolongan orang. Bahkan dianggap sebagai literatur yang sarat dengan bimbingan aqidah dan akhlak!

Berikut beberapa kesalahan yang terdapat dalam kitab Ihya` ‘Ulumiddin dan bantahannya secara global.

1. Dalam pembahasan sifat-sifat Allah SWT, Al-Ghazali terkadang melakukan penakwilan ayat-ayat yang berkenaan dengan sifat-sifat Allah SWT.
Ahlus Sunnah Wal Jamaah selalu meyakini bahawa sifat-sifat Allah tidak boleh disamakan dengan sifat makhluk, tidak boleh ditanyakan tentang bagaimana keadaannya, tidak boleh menakwilkan dengan sesuatu yang keluar dari makna zhahir sebagaimana yang telah diyakini salafus shalih, dan tidak boleh pula mengingkarinya. (lihat Fathur Rabbil Bariyyah bi Talkhisil Hamawiyyah, hal. 27-28)

Asy-Syaikh Muhammad bin Abdil Wahab Al-Wushabi hafizhahullah berkata: “Tauhid asma wash shifat adalah mengesakan Allah SWT pada apa yang telah Dia namakan diri-Nya sendiri dengannya atau dengan apa yang telah dinamakan Rasulullah SAW, dan mengesakan Allah SWT pada apa yang Dia sifatkan terhadap diri-Nya atau yang telah Rasulullah SAW sifatkan untuk-Nya, tanpa mempertanyakan bagaimana (kaifiyah), atau menyerupakannya dengan makhluk, memalingkan maknanya, dan mengingkarinya. (Al-Qaulul Mufid fi Adillatit Tauhid, hal. 81)

Sebagai contoh, Al-Ghazali telah menakwilkan makna istiwa` (ertinya naik di atas ‘Arsy) dengan istaula (menguasai). (lihat Ihya` ‘Ulumiddin, jilid 1 sub pembahasan Aqidah)
Hal ini telah menyelisihi Al-Qur`an, As-Sunnah, dan ijma’ para salafush shalih.
Allah SWT berfirman:

سَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ اْلأَعْلَى

“Sucikan Rabbmu yang Maha Tinggi.” (Al-A’la: 1)

إِنَّ اللهَ كَانَ عَلِيًّا كَبِيْرًا

“Sesungguhnya Allah itu Maha Tinggi dan Maha Besar.” (An-Nisa`: 34)

الرَّحْمنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى

“Ar-Rahman ber-istiwa` di atas ‘Arsy-Nya.” (Thaha: 5)
Rasulullah n bersabda:

لَمَّا قَضَى اللهُ الْخَلْقَ كَتَبَ فِيْ كِتَابِهِ فَهُوَ عِنْدَهُ فَوْقَ الْعَرْشِ

“Ketika Allah menentukan ketentuan makhluk, maka Dia tulis dalam Kitab-Nya yang ada di sisi-Nya, di atas ‘Arsy...” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

Al-Imam Al-Qurthubi berkata: “Tidak ada satupun salafush shalih yang mengingkari bahawa Allah SWT benar-benar ber-istiwa` di atas Arsy-Nya. Yang tidak mereka ketahui adalah bagaimana cara ber-istiwa`. Dan sungguh hal itu tidaklah diketahui hakikatnya.” (Muhammad bin ‘Utsman bin Abi Syaibah wa Kitabuhu Al-’Arsy, hal. 187)

2. Al-Ghazali berkata tentang ilmu kalam: “Dia merupakan penjaga aqidah masyarakat awam dan yang melindungi dari berbagai kerancuan para ahli bid’ah. Dan perumpamaan ahli ilmu kalam adalah seperti penjaga jalan bagi para jamaah haji.” (Ihya` ‘Ulumiddin, 1/22)

Aqidah yang bersih akan selalu terbangun di atas asas yang benar berlandaskan Al-Qur`an dan As-Sunnah dengan pemahaman salaful ummah. Adapun ilmu kalam adalah belenggu yang menjadikan orang terlena dengan akal, sehingga akan menjauh dari hakikat kemurnian aqidah.
Allah SWT berfirman:

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِيْ رَسُوُلِ اللهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللهَ وَالْيَوْمَ اْلآخِرَ وَذَكَرَ اللهَ كَثِيْرًا

“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu, bagi mereka yang mengharap Allah dan hari kiamat, dan dia banyak mengingat Allah.” (Al-Ahzab: 21)

Asy-Syaikh As-Sa’di : “Contoh yang baik adalah Rasulullah SAW. Orang yang mengambil suri teladan darinya bererti telah menempuh suatu jalan yang akan menyampaikan kepada kemuliaan Allah SWT. Inilah jalan yang lurus.”
Al-Imam Al-Barbahari : “Ketahuilah –semoga Allah SWT merahmatimu–, sungguh tidaklah muncul kezindiqan, kekufuran, keraguan, bid’ah, kesesatan, dan kebingungan dalam agama kecuali akibat ilmu kalam, ahli ilmu kalam, debat, berbantahan, dan perselisihan.” (Syarhus Sunnah, hal. 93)

Ibnu Rajab berkata: “Mengikuti bebelan ahli ilmu kalam dan filsafah merupakan kerosakan yang nyata. Tak sedikit pun orang yang cuba menyelami perkara itu akhirnya berlumuran dengan berbagai kotorannya, sebagaimana ucapan Al-Imam Ahmad: ‘Tidaklah orang yang melihat ilmu kalam kecuali akan terpengaruh dengan Jahmiyyah’. Beliau dan para ulama salaf lainnya selalu memperingatkan dari ahli ilmu kalam walaupun (ahli ilmu kalam itu) berniat membela As-Sunnah.” (Fadhlu ‘Ilmis Salaf ‘alal Khalaf, hal. 43)

Abdurrahman Muhammad Sa’id Dimasyqiyah berkata: “Ilmu kalam –yang telah disepakati Al-Imam Malik, Abu Hani-fah, Ahmad, dan Asy-Syafi’i sebagai suatu yang bid’ah– tidak akan mungkin menjadi penjaga aqidah dari berbagai bid’ah. Kerana ilmu kalam itu sendiri adalah bid’ah.” (Abu Hamid Al-Ghazali ‘Aqida-uhu wa Tashawwufuhu hal. 9)
Sungguh malang nasib pengagum ilmu kalam. Na’udzubillahi min dzalika (Kita berlindung kepada Allah SWT dari hal itu).

3. Al-Ghazali membahagi ilmu menjadi dua bahagian:
a. Ilmu zhahir: ilmu muamalah.
b. Ilmu batin: ilmu kasyaf. (Ihya` ‘Ulumiddin, 1/19-21)

Keyakinan bahawa ilmu kasyaf merupa-kan puncak ilmu merupakan hal yang umum di kalangan para Sufi! Kasyaf menurut keyakinan Sufi adalah tersingkapnya hijab di hadapan para wali Sufi, sehingga dia mampu melihat dan mengetahui sesuatu yang ghaib tanpa melalui indera perasa. Namun ilmu kasyaf adalah ilmu yang terilhamkan dalam hati. (Ash-Shufiyah wa Ta‘atstsu-ruha bin Nashraniyyah wal Yahudiyyah, hal. 114)
Sungguh menakutkan keadaan mereka. Bukankah Allah SWT telah berfirman:

قُلْ لاَ يَعْلَمُ مَنْ فِي السَّمَوَاتِ وَاْلأَرْضِ الْغَيْبَ إِلاَّ اللهُ
“Katakanlah: 'Tidak ada siapapun yang ada di langit dan di bumi yang mengetahui suatu yang ghaib selain Allah.'” (An-Naml: 65)

عَالِمُ الْغَيْبِ فَلاَ يُظْهِرُ عَلَى غَيْبِهِ أَحَدًا. إِلاَّ مَنِ ارْتَضَى مِنْ رَسُوْلٍ فَإِنَّهُ يَسْلُكُ مِنْ بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ رَصَدًا
“(Dialah) Yang Maha Mengetahui perkara ghaib dan tidak menampakkannya kepada siapapun, kecuali kepada utusan-Nya yang telah Dia ridhai. Sesungguhnya Dia memberikan penjagaan (dengan para malaikat) dari depan dan belakangnya.” (Al-Jin: 26-27)

Ibnu Katsir berkata: “Sesungguhnya Dia mengetahui yang ghaib dan yang nyata. Dan sungguh tidak ada makhluk-Nya yang dapat mengetahui ilmu-Nya kecuali yang Allah SWT beritahukan kepadanya.” (Tafsir Ibnu Katsir, 4/462)



Rasulullah SAW bersabda:

خَمْسٌ لاَ يَعْلَمُهُنَّ إِلاَّ اللهُ تَعَالَى
“Ada lima perkara yang tidak diketahui kecuali oleh Allah.”
Kemudian beliau membaca ayat:

إِنَّ اللهَ عِنْدَهُ عِلْمُ السَّاعَةِ وَيُنَزِّلُ الْغَيْثَ وَيَعْلَمُ مَا فِي اْلأَرْحَامِ وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ مَاذَا تَكْسِبُ غَدًا وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوْتُ إِنَّ اللهَ عَلِيْمٌ خَبِيْرٌ
“Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat; dan Dia-lah Yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya esok. Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (Luqman: 34) [HR. Ahmad, 5/353. Dihasankan Asy-Syaikh Muqbil v dalam Shahihul Jami’, 6/361]
Ibnu Hajar berkata: “Ilmu ghaib merupakan sifat khusus bagi Allah . Dan segala perkara ghaib yang Nabi kabarkan merupakan sesuatu yang dikabarkan Allah kepadanya. Dan tidaklah beliau mengetahui dari dirinya sendiri.” (Fathul Bari, 9/203)

Adanya keyakinan kasyaf merupakan usaha penghinaan kepada Allah SWT.

4. Penafsiran ayat secara ilmu batin dan keluar dari kaedah-kaedah salaf. Sebagai contoh Al-Ghazali menafsirkan firman Allah SWT:

وَاجْنُبْنِي وَبَنِيَّ أَنْ نَعْبُدَ اْلأَصْنَامَ
“Dan jauhkan aku serta keturunanku dari penyembahan terhadap berhala.” (Ibrahim: 35)
Al-Ghazali menyatakan bahawa yang dimaksud berhala adalah dua batu, iaitu emas dan perak! (Ihya` ‘Ulumiddin, 3/235)

Cara seperti ini merupakan tipudaya syaitan, kerana hanya akan menjadikan seseorang keluar dan menyeleweng dari pemahaman salafush shalih.
Allah berfirman:

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّوْنَ اللهَ فَاتَّبِعُوْنِي يُحْبِبْكُمُ اللهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوْبَكُمْ وَاللهُ غَفُوْرٌ رَحِيْمٌ
“Katakanlah, jika kalian benar-benar mencintai Allah, maka ikutilah aku, nescaya Allah akan mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Ali ‘Imran: 31)

وَمَنْ يُشَاقِقِ الرَّسُوْلَ مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُ الْهُدَى وَيَتَّبِعْ غَيْرَ سَبِيْلِ الْمُؤْمِنِيْنَ نُوَلِّهِ مَا تَوَلَّى وَنُصْلِهِ جَهَنَّمَ وَسَاءَتْ مَصِيْرًا
“Dan barangsiapa menentang Rasul setelah jelas kebenaran baginya dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mukmin, maka Kami biarkan ia bergelumang terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu dan Kami jadikan ia di Jahannam. Dan Jahannam adalah seburuk-buruk tempat kembali.” (An-Nisa`: 115)

Ilmu batin menurut Shufiyyah adalah rahsia-rahsia ilmu yang ganjil, dan hanya diketahui oleh orang-orang Sufi yang berbicara dengan lisan yang abadi. (Majmu’ Fatawa, 13/231)
Keadaan ini menyerupai orang-orang bathiniyyah Qaramithah yang menafsirkan Al-Qur`an secara ilmu batin, seperti solat bererti doa, puasa bererti menahan rahsia, haji bermakna safar dan berkunjung kepada guru serta para syaikh. (Majmu’ Fatawa, 13/236)

5. Al-Ghazali terpengaruh dengan suluk orang-orang Cina dan kependetaan dalam Nasrani. (Ihya` ‘Ulumiddin, 3/334)
Ia berkata: “usaha para wali dalam penyucian, pencerahan, kebersihan, dan keindahan jiwa sehingga suatu kebenaran menjadi gemerlap, nampak dan bersinar sebagaimana dilakukan orang-orang Cina. Dan demikianlah usaha kaum cendekiawan dan ulama untuk meraih dan menghiasi ilmu, sehingga terpatri indah dalam hati sebagaimana yang dilakukan orang-orang Romawi.” (Ihya` ‘Ulumiddin, 3/24)


Bahkan hubungan manis antara Sufiyyah dengan Nasrani dinyatakan Ibrahim bin Adham. Ia berkata: “Aku mempelajari ma’rifat dari seorang pendeta bernama Sam’an dan aku pernah masuk ke dalam tempat ibadahnya.” (Talbis Iblis, hal. 137)

Abdurrahman Al-Badawi berkata: “Sungguh, kalangan Sufiyyah dari kaum Muslimin menganggap tidak mengapa untuk mendengarkan pelajaran-pelajaran para pendeta dan perihal olah batin mereka kerana terdapatnya faedah, walaupun hal itu datang dari Nasrani. (Ash-Shufiyyah wa Ta`atstsuruha bin Nashraniyyah wal Yahudiyyah, hal. 64)
Anggapan seperti ini sangatlah naif, dan hanya akan melumpuhkan serta menelanjangi seseorang dari al-wala` wal-bara`. Allah SWT berfirman:

وَلاَ تَكُوْنُوا كَالَّذِيْنَ نَسُوا اللهَ فَأَنْسَاهُمْ أَنْفُسَهُمْ أُولَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُوْنَ
“Dan janganlah kalian seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada diri mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik.” (Al-Hasyr: 19)

ثُمَّ جَعَلْنَاكَ عَلَى شَرِيْعَةٍ مِنَ اْلأَمْرِ فَاتَّبِعْهَا وَلاَ تَتَّبِعْ أَهْوَاءَ الَّذِيْنَ لاَ يَعْلَمُوْنَ
“Kemudian kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat dari urusan itu, maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui.” (Al-Jatsiyah: 18)


Rasulullah saw bersabda:

لَتَتْبِعُنَّ سَنَنَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ ...
“Benar-benar kalian akan mengikuti kebiasaan orang-orang yang sebelum kalian…” (HR. Al-Bukhari no. 3456 dan Muslim no. 2669)

مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ
“Barangsiapa menyerupai suatu kaum maka ia termasuk mereka.” (HR. Abu Dawud, 2/74. Dan dihasankan Asy-Syaikh Al-Albani dalam Adabuz Zifaf hal. 116)

Bahkan Rasulullah n dengan jelas menyatakan:

“Tidak ada kependetaan dalam Islam.” (Dishahihkan Asy-Syaikh Al-Albani dalam Ash-Shahihah, 4/7)
Sungguh perilaku Shufiyyah merupakan virus pluralisme yang akan selalu berputar seperti bola liar dengan kemerdekaan berfikir tanpa batas (freedom of thinking is every-thing).

6. Menurut Al-Ghazali, martabat kenabian boleh diraih seorang Sufi dari segi turunnya ilham Ilahi di dalam hatinya. (Ihya`, 3/18-19)
Menurut para Sufi, ilham adalah pancaran ilmu kepada para syaikh dan wali dari Allah SWT, yang tercurahkan dalam hati, yang boleh didapatkan baik saat terjaga ataupun tidur, sehingga terbukalah rahsia ilmu yang ada di Lauhul Mahfuzh. Hal ini terkadang mereka namakan ilmu laduni, yang tidak akan berakhir seperti berhentinya wahyu kepada para nabi. (Ash-Shufiyah wa Ta`atstsuruha bin Nashraniyyah wal Yahudiyyah, hal. 114-115)

Bahkan Al-Ghazali berkata: “Sesunguhnya hati, di hadapannya siap tebentang hakikat sesuatu yang haq dalam semua urusan. Bahkan tercurahkan segala bentuk yang rahsia dan tersingkap dengan mata hati, menjadikan apa yang tertulis di Lauhul Mahfuzh terpampang, sehingga dapat diketahui apa yang akan terjadi.”

Kemudian beliau menambahkan: “Berbagai urusan tersingkap bagi para nabi dan wali. Dan suatu cahaya tertuang dalam hati mereka yang didapatkan tanpa belajar, mengkaji, menulis, dan buku-buku, yang diraih dengan zuhud di dunia. (Ihya` ‘Ulumiddin, 3/18-19)

Beliau juga berkata: “Sesungguhnya ilmu-ilmu yang didapatkan para nabi dan wali itu melalui pintu batin atau melalui hati, dan melalui pintu yang terbuka dari alam malakut/ Lauhul Mahfuzh.” (Ihya` ‘Ulu-middin, 3/20)
Abdurrahman Muhammad Sa’id Dimasyqiyah berkata: “Perkataan Al-Gha-zali tentang kenabian merupakan kepanjangan tangan Ibnu Sina yang menganggap bahawa para nabi memiliki tiga kekuatan: kekuatan kesucian, kekuatan khayalan, kekuatan perasaan dan batin.” (Abu Hamid Al-Ghazali ‘Aqidatuhu wa Tashaw-wufuhu hal. 35)


Abdurrahman Muhammad Sa’id Dimasyqiyah menukilkan ucapan Al-Ghazali dalam kitab Al-Jawahirul Ghali: “Tidak ada perbezaan sedikitpun antara wahyu dan ilham, bahkan dalam kehadiran malaikat yang memberikan faedah ilmu. Sesungguhnya ilmu didapatkan dalam hati kita dengan perantara para malaikat.” (Abu Hamid Al-Ghazali ‘Aqidatuhu wa Tashawwufuhu hal. 38)
Ibnu Taimiyyah berkata: “Sesung-guhnya yang terkandung dalam ucapan mereka adalah bahawa berita-berita dari Rasulullah saw tidaklah berfaedah sedikitpun dalam sisi ilmiah. Bahkan hal yang seperti itu boleh diraih oleh setiap orang dengan musyahadah, nur, dan kasyaf.” (Dar`u Ta’arudhil ‘Aql wan Naql, 5/347)

Al-Ghazali bahkan menghina para fuqaha dengan ucapannya: “Para fuqaha hanyalah sekadar ulama dunia dan tugas mereka tidak lebih dari itu.” (Ihya` ‘Ulumiddin, 1/18)
Ibnul Jauzi berkata: “Kebenciannya kepada para fuqaha merupakan kezindiqan terbesar. Kerana para fuqaha selalu menghadirkan fatwa-fatwa tentang kesesatan dan kefasikan mereka. Dan sungguh al-haq itu berat sebagaimana beratnya zakat.” (Talbis Iblis hal. 374)
Abdurrahman Muhammad Sa’id Dimasyqiyyah berkata: “Fiqih merupakan suatu upaya untuk menentukan sesuatu yang zhahir dan yang batin. Allah SWT berfirman:

وَلَكِنَّ الْمُنَافِقِيْنَ لاَ يَفْقَهُوْنَ
“Akan tetapi orang-orang munafiq tidaklah memahami.” (Al-Munafiqun: 7)
Jikalau hati-hati mereka bersih dan tercermin dalam zhahir-zhahirnya, sungguh mereka adalah orang yang memahami. Ingatlah pemimpin para fuqaha, Ibnu ‘Abbas yang didoakan oleh Nabi saw: ‘Ya Allah, fahamkanlah dia dalam urusan agama’.” (Abu Hamid Al-Ghazali ‘Aqida-tuhu wa Tashawwufuhu hal. 45)


Perilaku Sufiyyah merupakan pintu kesombongan, kecongkakan dan sikap ekstrim dalam memposisikan diri mereka. Mereka telah melupakan Rasulullah sebagai seorang nabi yang membawa kesempurnaan syariat dan akhlak yang mulia. Allah berfirman:

الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِيْنَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيْتُ لَكُمُ اْلإِسْلاَمَ دِيْنًا

“Hari ini telah Aku sempurnakan agama kalian dan telah Aku sempurnakan kepada kalian nikmat-Ku dan telah Aku ridhai Islam sebagai agama bagi kalian.” (Al-Ma`idah: 3)

لَقَدْ مَنَّ اللهُ عَلَى الْمُؤْمِنِيْنَ إِذْ بَعَثَ فِيْهِمْ رَسُوْلاً مِنْ أَنْفُسِهِمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِهِ وَيُزَكِّيْهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ
“Sungguh Allah telah memberi kurnia kepada orang-orang yang beriman ketika Allah mengutus di antara mereka seorang Rasul dari golongan mereka sendiri yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah, membersihkan jiwa mereka dan mengajarkan kepada mereka Al-Kitab dan Al-Hikmah.” (Ali ‘Imran: 164)

7. Tentang ajaran wihdatul wujud, Al-Ghazali berkata menyebutkan tingkatan orang-orang shiddiqin: “Mereka adalah segolongan kaum yang melihat Allah SWT dalam keesaan-Nya. Dengan-Nya, mereka melihat segala sesuatu. Dan tidaklah mereka melihat dalam dua tempat selain dari-Nya, dan tidaklah mereka memerhatikan alam wujud selain Dia. Inilah memerhatikan dengan pandangan tauhid. Hal ini mengajarkan kepadamu bahawa yang bersyukur adalah yang disyukuri. Dan dia adalah yang mencintai dan yang dicintai2. Inilah pandangan seseorang yang mengetahui bahawa tidaklah ada di alam yang wujud ini melainkan Dia.” (Ihya` ‘Ulumiddin, 4/86)

Bahkan terdapat keterikatan yang kuat antara Al-Ghazali dan Al-Hallaj yang meyakini aqidah wihdatul wujud, bahkan sebagai puncak dari tauhid. (Ihya` ‘Ulumiddin, 4/247)

Ibnu Taimiyyah berkata membantah keyakinan yang rosak ini: “Para salaf mengkafirkan Jahmiyah kerana perkataan mereka bahawa Allah berada di semua tempat. Di antara bentuk pengingkaran para salaf adalah: Bagaimana mungkin Allah berada di perut, di tempat-tempat kotor, di tempat-tempat sunyi? Maha Tinggi Allah dari perkara tersebut! Lalu bagaimanakah dengan mereka yang menjadikan perut, tempat-tempat kotor, tempat-tempat sunyi, barang-barang najis, dan kotoran-kotoran sebagai sebahagian dari Dzat-Nya?” (Majmu’ Fatawa, 2/126)
Ahlus Sunnah meyakini bahawa Allah ber-istiwa` di atas ‘Arsy dan Allah tidak memerlukan ‘Arsy. Dan Allah tidaklah serupa dengan makhluk dalam segala sifat-Nya.
Allah berfirman:

الرَّحْمنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى
“Ar-Rahman ber-istiwa` di atas ‘Arsy.” (Thaha: 5)

إِنَّ رَبَّكُمُ اللهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَوَاتِ وَاْلأَرْضَ فِيْ سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ
“Sesungguhnya Rabb kalian telah menciptakan langit dan bumi dalam enam hari kemudian ber-istiwa` di atas Arsy.” (Yunus: 3)

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْبَصِيْرُ
“Tidaklah Allah serupa dengan apapun dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Asy-Syura: 11)

8. Ajaran khalwat atau menyendiri dan menyepi, dan kesalahan dalam memahami ‘uzlah. Al-Ghazali berkata: “Dalam ‘uzlah (menyingkir dan menjauhi umat), adalah jalan keluar (kedamaian). Adapun dalam beramar ma’ruf dan nahi mungkar akan meninggalkan perselisihan dan membangkitkan kedengkian hati. Dan siapapun yang mencuba beramar ma’ruf nescaya kebanyakannya akan menyesal.” (Ihya` ‘Ulumiddin, 2/228)
Bahkan dengan khalwat akan tersingkap kehadiran Rabb dan nampak baginya Al-Haq. (Ihya` ‘Ulumiddin, 3/78)

Syarat-syarat khalwat menurut kaum Sufi:
 Meminta bantuan dengan roh para syaikh, dengan perantara gurunya.
 Menyibukkan diri dengan dzikir sehingga nampak Allah SWT baginya.
 Bertempat di ruangan yang gelap dan jauh dari suara serta gerakan manusia.
 Tidak berbicara.
 Tidak memikirkan kandungan makna Al-Qur`an dan hadits, kerana akan menyibukkan dari dzikir yang sebenarnya.
 Tidak boleh masuk dan keluar dari tempat khalwat kecuali dengan izin dari syaikhnya.
 Selalu mengikat hati dengan mengingat syaikh. (Ash-Shufiyah wa Ta‘atstsuruha bin Nashraniyyah wal Yahudiyyah, hal. 186)

Ini merupakan amalan-amalan yang akan menguburkan nilai-nilai agama yang suci, akibat salah memahami ‘uzlah dan seakan meniru gaya kependetaan.

Makna ‘uzlah bukanlah khalwat ala Shufiyyah yang rancu. Maknanya adalah menjauhi suatu fitnah agar tidak menimpanya, baik itu di dalam rumah ataupun di suatu tempat, yang apabila telah hilang fitnah tersebut maka dia kembali melakukan amar ma’ruf nahi mungkar, berdakwah, dan berjihad di jalan-Nya. (lihat Ash-Shufiyyah wa Ta`atstsuruha bin Nashraniyyah wal Yahudiyyah, hal. 188)
Suatu fitnah harus dihadapi dengan ilmu dan bimbingan yang benar, bukan dengan sikap emosional atau mengekor pola-pola orang kafir. (baca kitab Al-Qaulul Hasan fi Ma’rifatil Fitan)

9. Al-Ghazali lebih mengutamakan as-sama’ (mendengarkan nasyid dan dendang kerohanian) daripada membaca Al-Qur`an. Setelah menceritakan keutamaan as-sama’, beliau berkata: “Dan apabila hati telah terbakar (mabuk) dalam kecintaan kepada Allah SWT, maka untaian bait syair yang aneh akan lebih membangkitkan sesuatu yang tidak dapat dibangkitkan dengan membaca Al-Qur`an.” (Ihya` ‘Ulumiddin, 2/301)
Keganjilan kaum Sufi ini merupakan sesuatu yang tidak pernah dilakukan para shahabat. Ibnu Taimiyyah berkata: “Berkumpul untuk mendengarkan dendangan-dendangan rohani baik yang diiringi tepuk tangan, dawai, ataupun rebana, merupakan sesuatu yang tidak pernah dilakukan para shahabat, baik Ahlush Shuffah atau yang lainnya. Demikian pula para tabi’in (tidak pernah melakukannya).” (Majmu’ Fatawa, 11/57)

Al-Imam Asy-Syafi’i berkata: “Tidaklah aku tinggalkan Baghdad kecuali telah muncul at-taghbir (dendang kerohanian) yang dibuat orang-orang zindiq, yang hanya menghalangi manusia dari Al-Qur`an. Dan Yazid bin Harun berkata: “Tidaklah melakukan at-taghbir kecuali orang fasiq.” (Majmu’ Fatawa, 11/569)


Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah berkata: “Orang yang membiasakan mencari semangat dengan as-sama’ niscaya tidak akan lembut dan senang hatinya dengan Al-Qur`an. Dan dia tidak akan mendapatkan apapun saat mendengarkan Al-Qur`an sebagaimana ketika mendengarkan bait-bait syair. Bahkan apabila mendengarkan Al-Qur`an, dia akan mendengarkan dengan hati dan lisan yang lalai.” (Majmu’ Fatawa, 11/568)

Orang-orang Sufi telah melupakan firman Allah SWT:

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُوْنَ الَّذِيْنَ إِذَا ذُكِرَ اللهُ وَجِلَتْ قُلُوْبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيْمَانًا وَعَلَى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُوْنَ
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah apabila diingatkan tentang Allah maka hati-hati mereka bergetar, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya maka bertambahlah keimanan mereka.” (Al-Anfal: 2)

أَلاَ بِذِكْرِ اللهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوْبُ
“Ketahuilah bahawa dengan mengingat Allah hati akan tenang.” (Ar-Ra’d: 28)

10. Kesalahan yang fatal dalam memahami makna tawakkal, sehingga menghilangkan sebab yang harus ditempuh. Al-Ghazali berkata: “Telah diceritakan dari Banan Al-Hammal: ‘Suatu hari saya dalam perjalanan pulang dari Mesir, dan saya membawa bekal keperluanku. Datanglah kepadaku seorang wanita dan menasihatiku: ‘Wahai Banan, engkau adalah tukang pembawa yang selalu membawa bekal di punggungmu dan engkau menyangka bahawa Dia tidak memberimu rizki?’ Banan berkata: ‘Maka aku buang bekalku’.” (Ihya` ‘Ulumiddin, 4/271)
Hal ini sangatlah berseberangan dengan bimbingan Al-Qur`an dan As-Sunnah. Allah berfirman:

وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَى
“Hendaknya kalian mengambil bekal, dan sebaik-baik bekal adalah takwa.” (Al-Baqarah: 197)
Asy-Syaikh As-Sa’di berkata: “Allah SWT memerintahkan untuk membawa bekal bagi safar yang mubarak (diberkahi) ini (yakni haji). Sesungguhnya persiapan bekal akan mencukupinya dan boleh mencegah dari harta orang lain, tidak mengemis dan meminta bantuan. Bahkan dengan memperbanyak bekal akan dapat menolong para musafir.” Kemudian beliau berkata: “Adapun bekal yang hakiki yang akan terus bermanfaat di dunia dan di akhirat adalah bekal takwa, inilah bekal untuk menuju rumah abadi.” (Taisirul Karimirrahman hal. 74)
Al-Ghazali berkata: “Barangsiapa menyimpan persediaan makanan untuk 40 hari atau kurang dari itu, maka akan terharamkan dari al-maqam al-mahmud (kedudukan terpuji) yang dijanjikan kepada orang yang bertawakkal di akhirat kelak.” (Ihya` ‘Ulumiddin, 4/276)

Al-’Iraqi berkata setelah menyebutkan hadits bahawa Rasulullah SAW mempersiapkan makanan untuk keluarganya selama satu tahun yang diriwayatkan Al-Imam Al-Bukhari: “Apakah Rasulullah telah keluar dari tingkatan orang-orang yang bertawakkal, sebagaimana yang diterangkan Al-Ghazali dalam manhajnya yang rosak dalam masalah tawakkal?” (Abu Hamid Al-Ghazali ‘Aqidatuhu wa Tashawwufuhu hal. 79)
Bahkan ketika orang-orang Nasrani menyerbu negeri Baghdad, ia lebih memilih untuk berkhalwat daripada berjihad. (Abu Hamid Al-Ghazali ‘Aqidatuhu wa Tashawwufuhu hal. 89)

11. Menjauhi suatu yang fitrah, bahkan yang diperintahkan Rasulullah saw, seperti nikah.
Al-Ghazali berkata: “Barangsiapa menikah maka sungguh dia telah cenderung kepada dunia.” (Ihya` ‘Ulumiddin, 3/101)
Hal ini sangat menyelisihi sabda Rasulullah saw:

تَزَوَّجُوا فَإِنِّي مُكَاثِرٌ بِكُمُ اْلأُمَمَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، وَلاَ تَكُوْنُوا كَرَهْبَانِيَّةِ النَّصَارَى
“Menikahlah kalian, sesungguhnya aku berbangga dengan banyaknya umat dari kalian, dan janganlah kalian meniru kependetaan Nasrani.” (Dishahihkan oleh Asy-Syaikh Al-Albani dalam Silsilah Ash-Shahihah, 4/385, hadits no. 1782. Beliau mengatakan hadits ini diriwayatkan Al-Baihaqi dalam As-Sunan Al-Kubra, 7/78)

Peringatan Ulama Salaf terhadap Kitab Ihya` ‘Ulumiddin3

Asy-Syaikh Abdul Lathif bin Abdur-rahman Alusy Syaikh berkata: “Di dalam kitab Ihya`, beliau (yakni Al-Ghazali) menulis dengan metode falsafah dan ilmu kalam dalam banyak pembahasan yang berkaitan dengan permasalahan ketuhanan dan teologi, serta membingkai falsafah dengan syariat. Ibnu Taimiyyah berkata: ‘Namun Abu Hamid telah memasuki ruang lingkup ilmu falsafah dalam banyak hal, yang Ibnu ‘Aqil menyatakan ilmu falsafah sebagai bahagian dari zindiq’.

Ibnul ‘Arabi, murid Al-Ghazali mengatakan: “Guru kami Abu Hamid telah masuk dalam cengkeraman ilmu falsafah, dan beliau ingin melepaskannya namun tidak berjaya.”4
Abu ‘Ali Ash-Shadafi berkata: “Syaikh Abu Hamid terkenal dengan berbagai berita buruk dan memiliki karya yang besar. Beliau sangat ekstrim dalam tarekat Shufiyyah dan mencurahkan waktunya untuk membela madzhabnya, bahkan menjadi penyeru dalam Shufiyyah. Beliau mengarang berbagai tulisan yang terkenal dalam hal ini dan membahasnya dalam berbagai tempat, sehingga mengakibatkan umat berburuk sangka kepadanya. Sungguh Allah Yang Maha Tahu rahsianya. Dan penguasa di tempat kami di negeri Maghrib –berdasarkan fatwa para ulama– telah memerintahkan untuk membakar dan menjauhi karyanya.”

Adz-Dzahabi berkata: “Karyanya ini penuh dengan musibah yang sungguh sangat tidak menyenangkan.”

Ahmad bin Shalih Al-Jaili: “(Al-Ghazali adalah) seorang yang fatwa-fatwanya terbangun dari sesuatu yang tidak jelas. Di dalamnya banyak riwayat-riwayat yang dicampuradukkan antara sesuatu yang tsabit/jelas dengan yang tidak tsabit. Demikian pula apa yang dia nisbatkan kepada para ulama salaf, tidak mungkin untuk dibenarkan semuanya. Ia juga menyebutkan berbagai kejadian-kejadian para wali dan renungan-renungan para wali sehingga mengagungkan posisi mereka. Ia mencampurkan sesuatu yang manfaat dan yang berbahaya.”
Abu Bakr Ath-Thurthusi berkata: “Abu Hamid telah memenuhi kitab Ihya` dengan berbagai kedustaan atas nama Rasulullah saw. Dan tidaklah ada di atas bumi yang lebih banyak kedustaan darinya, sangat kuat keterikatannya dengan falsafah dan risalah Ikhwanush Shafa, iaitu segolongan orang yang menganggap bahawa kenabian adalah sesuatu yang dapat diraih manusia biasa dan mu’jizat hanyalah halusinasi dan khayalan.”
Semoga Allah selalu menjaga kita dari tipu daya, kesesatan dan makar syaitan.
Wallahu a’lam.


sumber:
1 Musyahadah menurut kalangan Sufi adalah melihat kehadiran Allah SWT yang kemudian memberikan/membuka rahsia-rahsia-Nya kepada hamba-Nya.
2 Maksudnya dia telah bersatu dengan Allah, sehingga tidak lagi terpisah antara dia dengan Allah.
3 Diambil dari kitab At-Tahdzirul Mubin min Kitab Ihya` ‘Ulumiddin karya Asy-Syaikh Abdul Lathif bin Abdurrahman Alusy Syaikh
4 Tentang akhir kehidupan Al-Ghazali, Ibnu Taimiyyah mengatakan: “...Oleh kerana itu, menjadi jelas baginya (Al-Ghazali) di akhir hayatnya bahawa jalan tasawuf tidaklah menyampaikan kepada tujuannya. Kemudian ia mencari petunjuk melalui hadits-hadits Nabi saw. Mulailah ia menyibukkan diri dengan Shahih Al-Bukhari dan Shahih Muslim. Dan ia meninggal di tengah kesibukannya itu, dalam keadaannya yang paling baik. Beliau juga membenci apa yang terdapat dalam bukunya berupa perkara-perkara semacam itu, iaitu perkara yang diingkari oleh orang-orang.” (‘Aqidah Asfahaniyyah, hal. 108)

Al-Ustadz Abu 'Utsman 'Ali,


banksufi,blogspot via email

Artikel berkaitan:

Hasan Al Banna - bos ikhwanul muslim

Mursyid umum Ikhwanul Muslim pertama, Hasan Al Banna adalah pengikut tarekat sufi Al Hashaafiyyah Asy Syaadzaliyyah yang menganut fahaman kebatinan dan Wihdatul Wujud (fahaman yang meyakini bersatunya wujud Allah Subhanahu wa Taala dengan wujud makhluk, maha suci Allah Subhanahu wa Taala dari keyakinan kotor ini). Berkata Hasan Al Banna dalam kitabnya Mudzakkiraatud Dawati wad Daaiyah (hal. 27):
Aku menyertai para pengikut tarekat Al Hashaafiyyah di Damanhuur, dan aku selalu menghadiri Al Hadhrah (acara berkumpulnya orang-orang tarekat untuk menari-nari dan menyanyi) di masjid At Taubah pada setiap malam dan (ketika) sayyid Abdul Wahhab (pemberi ijazah keanggotaan pada tarekat Al Hashaafiyyah) datang aku pun menerima tarekat Al Hashaafiyyah Asy Syaadzaliyyah darinya, dan dia menyampaikan kepadaku gerakan-gerakan dan amalan-amalan tarekat ini.


Bahkan dia termasuk pendiri yayasan sufiyah Al Hashaafiyyah, sebagaimana yang diceritakannya sendiri dalam kitabnya tersebut (hal. 28). Dalam kitab Hasan Al Banna Biaqlaami Talaamidzatihi wa Muaashiriihi (hal. 70-71) Jabir Rizq menukil ucapan Abdurrahman Al Banna (saudara kandung Hasan Al Banna) tentang sebuah majlis zikir tarekat Al Hashaafiyyah yang dihadiri Hasan Al Banna, yang pada waktu itu dilantunkan sebuah nasyid yang isinya mengandung keyakinan Wihdatul Wujud (fahaman yang meyakini bersatunya wujud Allah Subhanahu wa Taala dengan wujud makhluk, maha suci Allah Subhanahu wa Taala dari keyakinan kotor tu). Kemudian pada kitab yang sama (hal. 71-72) sebuah nasyid yang berisi keyakinan bahawa Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam hadir bersama mereka dalam acara peringatan maulid Nabi shallallahu alaihi wa sallam yang mereka adakan


hasan al bana melakukan perjalanan jauh untuk menziarahi kuburan orang-orang yang dianggap wali, sebagaimana yang dia sebutkan sendiri dalam kitabnya Mudzakkiraatud dawati wad daaiyah (hal. 33).

Hasan Al Banna mengingkari keluarnya Imam Al Mahdy di akhir zaman, padahal hadits-hadits yang menunjukkan keluarnya Al Mahdy adalah hadits-hadits yang shahih dan jumlahnya banyak sekali, bahkan mencapai darajat mutawatir. Dalam kitab Haditsuts Tsulaatsa li Hasan Al Banna (hal. 108, cet. maktabatul Quran), penyusun Ahmad Isa Aasyuur, Hasan Al Banna berkata:
Termasuk nasib baik, kami tidak melihat dalam Sunnah yang shahih hadits yang menetapkan (keluarnya) Al Mahdy, hadits-hadits yang menunjukkan hal ini berkisar antara hadits lemah atau palsu.

Walaupun Hasan al-Banna telah menulis di dalam Usul Isyrin Prinsip no. 14 dengan menyatakan:

“Menziarahi kubur adalah suatu perkara yang disyariatkan dengan contoh yang diajarkan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam. Akan tetapi, meminta pertolongan kepada mayat di dalam kubur siapapun mereka, berdoa kepadanya, meminta pertolongan kepadanya, bernazar untuknya, membina bangunan di atasnya, menutupi kelambu, menerangi dengan lampu, mengusapnya untuk mendapat berkah, bersumpah dengan selain Allah dan segala sesuatu yang serupa dengannya adalah bid’ah yang wajib diperangi. Usahlah mencari-cari cara untuk membolehkan berbagai perilaku itu demi menutup fitnah yang lebih besar lagi”.

Tulisan dan kenyataan di atas, seolah-olah tidak bermakna kerana semasa hidupnya Hasan al-Banna masih membiarkan (tidak mengkoreksi) semua tulisan-tulisannya yang memuliakan amalan yang bid’ah seperti amalan kuburi, perayaan maulid, zikir jama’i, wirid-wirid kesufian yang mengandungi unsur kesyirikan dan sebagainya. Termasuklah tulisan-tulisan yang mahu diterbitkan semula atau yang telah dicetak berulang kali didapati masih mengandungi unsur-unsur yang bertentangan dengan akidah sahihah. Walaupun Hasan al-Banna dan para tokoh dalam jamaahnya tahu tentang tulisan-tulisan tersebut dipenuhi dengan amalan kuburi, syirik dan berbagai-bagai bid’ah, ianya masih terus diulang cetak, diterbitkan dan dipasarkan sehingga kehari ini. Kalau benar mereka amanah, ikhlas dan jujur, mengapa semuanya itu tidak dikoreksi, dikomentar atau diharamkan? Begitu juga jika benar Hasan al-Banna dan para tokoh yang diulamakan di dalam jamaahnya menyedari hakikat tersebut menyalahi sunnah, mengapa para tokoh Ikhwanul Muslimin berbangga-bangga dengan hasil pena Hasan al-Banna yang tidak pernah dikoreksi oleh mereka? Malah Hasan al-Banna semasa hidupnya masih terus merayakan majlis-majlis yang dipenuhi dengan bid’ah dan kesyirikan seperti perayaan maulid, majlis-majlis haul antaranya perayaan di kubur Syaidah Fatimah dan sebagainya. Didapati beliau semasa hidupnya dan juga para tokoh serta mereka-mereka yang sefahaman dengan beliau masih menyampaikan ceramah di majlis-majlis bid’ah sebagaimana syeikhnya (Hasan al-Banna).

Disepanjang hidupnya tidak ada satupun bukti yang ditemui, sama ada melalui ucapan atau tulisan yang dipaparkan oleh Hasan al-Banna bahawa beliau telah bertaubat dari amalan dan keyakinannya tentang sufi/tasawuf dan kuburi. Tidak syak lagi bahawa beliau tidak pernah menentang akidah kuburiyah yang bid’ah yang jelas membawa kepada kesyirikan.
[1] Keyakinan sebegini adalah bid’ah dan wajib ditinggalkan kerana Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda:

كُلُّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ وَكُلُّ ضَلاَلَةٍ فِى النَّارِ.

“Setiap bid’ah itu sesat dan setiap yang sesat itu di neraka”.

Apakah menurut syara ada dalil yang membolehkan manusia yang hidup atau yang sudah mati boleh mengampunkan dosa-dosa orang lain, sama ada yang telah berlalu atau yang akan datang? Sedangkan amalan meminta pengampunan kepada orang mati tidak pernah dilakukan oleh para Salaf as-Soleh. Ketahuilah generasi Salaf tetap berpegang kepada pesanan dan kaedah yang global!:

لَوْ كَانَ خَيْرًا لَسَبَقُوْانَا إِلَيْهِ.

“Jika sekiranya perbuatan itu baik pasti mereka (para Salaf) telah mendahului kita mengerjakannya”.

Bukankah keyakinan bertawassul, beristighasah dan meminta pengampunan kepada manusia yang telah mati meyerupai keyakinan agama Yahudi, Nasara dan keyakinan orang-orang jahiliyah? Orang-orang jahiliyah terutamanya meminta keberkatan dan pertolongan kepada Latta, Uzza dan Manata yang juga diamalkan oleh Hasan al-Banna dan para pengikutnya sebagaimana yang terdapat di dalam rangkap syair Hasan al-Banna. Inilah akidah bid’ah yang terdapat di dalam tariqat tasawuf Hasan al-Banna. Fahamilah bahawa antara tujuan utama para nabi dan rasul diutus demi untuk menghapuskan keyakinan seperti ini. Begitu juga, Allah telah menjelaskan melalui firmanNya bahawa tiada siapa yang boleh mengampunkan dosa kecuali Dia. Allah ‘Azza wa-Jalla berfirman:

وَمَنْ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ اللهُ.

“Dan siapakah yang dapat mengampunkan segala dosa jika tidak selain Allah?”.
[2]
Hasan al-Banna di dalam fatwanya telah mewajibkan perayaan maulid Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam, beliau berfatwa:

“Menghidupkan perayaan maulid Rasulullah menjadi kewajipan semua orang sama ada Islam atau bukan Islam kerana majlis ini dipenuhi dengan berkat. Rasul kita sallallahu ‘alaihi wa-sallam diutus bukan untuk kaum muslimin sahaja, tetapi baginda juga diutus sebagai rahmat untuk sekalian alam, jin dan manusia”.
[3]

Hasan al-Banna membolehkan seseorang berdoa atau bertawassul (berperantaraan) kepada kuburan, menyeru roh wali yang dikeramatkan, berperantara dengan orang yang telah mati terutamanya berperantaraan dengan para syeikh-syeikh sufi yang dianggap sebagai orang suci. Hasan al-Banna tidak pernah menarik semula (tidak pernah membatalkan) atau memansuhkan fatwa-fatwanya, antara fatwa beliau:

“Berdoa apabila disertai dengan bertawassul kepada Allah dengan makhlukNya (yang telah mati), maka yang demikian adalah furu’iyah dalam tata cara berdoa, bukan termasuk dalam masalah akidah”.
[4]

Subhanallah, astaghfirullah! Bukankah perbuatan memuliakan orang-orang soleh dengan cara berdoa dan bertawassul (berperantaraan) kepada orang soleh tersebut yang telah mati termasuk amalan jahiliyah yang berkait dengan akidah? Ia berkonsekuensi kepada syirik akbar (syirik besar) dan membatalkan tauhid seseorang kepada Allah.

Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab rahimahullah memberikan bab khusus tentang hal ini di dalam kitabnya (Kitab at-Tauhid) pada bab:

“Penyebab Kekafiran Bani Adam Dan Terkeluarnya Mereka Dari Agama Adalah Kerana Ghulu Terhadap Orang-Orang Soleh”.
[5]

Para nabi dan rasul diutus oleh Allah ‘Azza wa-Jalla demi untuk menghapuskan keyakinan atau akidah syirik seperti ini, kerana ia menyerupai perbuatan dan iktikad para penyembah berhala, golongan kaum kafirin Yahudi, Nasrani dan Majusi. Inilah ciri-ciri khusus orang-orang jahiliyah beribadah sebagaimana yang diceritakan di dalam al-Quran dan hadis-hadis sahih, iaitu menyeru, mengambil berkat, meminta syafaat dan berperantaraan orang-orang soleh yang telah mati. Ia benar-benar menyangkut persoalan akidah dan bukan persoalan furu’iyah kerana dengan jelas Allah ‘Azza wa-Jalla telah menegaskan dengan firmanNya:

وَمَنْ يَدْعُ مَعَ اللهِ إِلَهًا آخَرَ لاَ بُرهَانَ لَهُ بِهِ فَإِنَّمَا حِسَابُهُ عِنْدَ رِبِّهِ إِِنَّهُ لاَ يُفْلِحُ الكَافِرُوْنَ.

“Barangsiapa menyeru tuhan lain di samping Allah, sedangkan tidak ada dalil baginya tentang itu maka sesungguhnya perhitungannya di sisi Tuhannya. Sesungguhnya orang-orang kafir itu tidak akan mendapat kejayaan”.
[6]

وَلاَ تَدْعُ مِنْ دُوْنِ اللهِ مَا لاَ يَنْفَعُكَ وَلاَ يَضُرُّكَ فَإِنْ فَعَلْتَ فَإِنَّكَ إِذًا مِّنَ الظَّالِمِيْنَ

“Dan janganlah kamu seru apa yang tidak memberi manfaat dan tidak pula memberi mudarat kepada selain Allah sebab apabila kamu melakukan sedemikian itu maka sesungguhnya kamu kalau begitu termasuk orang-orang yang zalim (syirik)”.
[7]

Segala seruan atau berdoa dengan permohonan pada hal-hal yang ghaib adalah termasuk persoalan ibadah, kerana segala persoalan yang ghaib hanya Allah yang mengurus, menentukan dan mengetahuinya, oleh itu tidak boleh menyeru selain kepada Allah ‘Azza wa-Jalla dalam hal-hal ibadah ghaibiyah.

Tidak dihalalkan berdoa kecuali hanya kepada Allah sahaja atau nama-namaNya yang husna. Hanya Dialah yang paling berhak diibadahi tanpa disekutukan dengan yang lain kerana nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda:

اَلدُّعَاءُ هُوَ الْعِبَادَة

“Doa itu adalah ibadah”
[8]

Bagaimana Hasan al-Banna, Yusuf al-Qaradhawi dan Sa’id Hawa yang jelas mereka memperjuangkan sufiyah dan kuburiyah diangkat sebagai tokoh penyumbang kepada kebangkitan tajdid (pembaharuan)?

Ada kalangan yang mempertahankan Hasan al-Banna yang beralasan dengan kenyataan Yusuf al-Qaradhawi bahawa di Mesir justeru Hasan al-Banna dan pengikutnya dituduh sebagai Wahhabi – Salafi, yang mengingkari kaum sufi dalam banyak perkara seperti pemikiran-pemikiran dan zikir-zikir yang dianggap bid’ah dan sesat.
[9]

Kononnya Hasan al-Banna setelah beliau tidak menemukan Islam yang dicarinya dari tasawuf maka beralih kepada urusan dakwah dan jihad. Sebenarnya andaian ini tidak boleh dijadikan hujah untuk menafikan bahawa Hasan al-Banna bukan seorang sufi, kerana penafian ini bukan datangnya dari Hasan al-Banna, malah dalam banyak hal telah menjadi bukti dan kenyataan bahawa beliau masih mengamalkan amalan-amalan kesufian, bukan sekadar simpatisan (muhibbun) sebagaimana yang dijadikan alasan oleh pengekor Ikhwanul Muslimin termasuk yang ada di Malaysia (Mohd. Asri) yang melampau ghulunya. Malah Hasan al-Banna mempertahankan kesufiannya sehingga ke akhir hayatnya sebagaimana yang dijelaskan oleh Abul Hasan an-Nadwi rahimahullah:

بَلْ إِلَى آخِرِ حَيَاتِهِ كَمَا يَقُوْلُ الشَيْخُ أَبُوْ الْحَسَن النَّدْوِي فِىْ كِتَابِهِ "التفسير السياسي للإسلام".

“Malah (Hasan al-Banna masih dalam kesufian) sehinggalah keakhir hayatnya, sebagaimana yang dikatakan oleh Syeikh Abul Hasan an-Nadwi di dalam kitabnya (Tafsir as-Siasi Lil Islam)”.
[10]

Ketahuilah bahawa matlamat dan tujuan Hasan al-Banna mendirikan pertubuhan Ikhwanul Muslimin semata-mata untuk merealisasikan tariqat kesufian sebagaimana pengikrarannya!:

دعوة سلفية وطريقة سنية وحقيقة صوفية.

“Dakwah salafiyah, jalan sunnah dan hakikat (kenyataannya) adalah sufiyah”.
[11]

Hasan al-Banna semoga Allah merahmati dan mengampuninya tidak pernah mengajak sesiapapun bertaqlid buta kepadanya, tidak meminta agar pengikutnya mengangkat beliau secara yang berlebih-lebihan (ghulu). Oleh itu janganlah menjadi orang yang tumpul akal dan dangkal fikiran dalam memahami istilah antara tajdid dan tabdi’ serta mujaddid dan mubtadi’ kerana Hasan al-Banna tidak meminta semuanya itu.

Ada pula pengekor dan pemuja Ikhwanul Muslimin merayu supaya pengkritik Hasan al-Banna bersikap seimbang (tawazun/muwazanah), pertengahan (tawassuth) dan menutup segala kesalahan Hasan al-Banna kerana beliau telah banyak membuat kebaikan agar berlaku adil.

Masalahnya, apakah dalam persoalan akidah dibenarkan bermuwazanah dan bertawassuth? Sedangkan jika istilah ini dirujukkan ke dalam bab akidah dan jarh wa-ta’dil, maka ia adalah suatu yang jelas bid’ahnya. Orang yang telah dijarh (dicela dan dibuktikan) batil akidahnya pula tidak boleh dita’dil (tidak boleh diberi pujian dan tidak boleh disembunyaikan kemungkarannya) selagi tidak ada bukti menunjukkan bahawa dia telah bertaubat. “Moga-moga Hasan al-Banna rahimahullah telah bertaubat”.

Walau bagaimanapun, kita sewajarnya sentiasa bersopan santun, beretika dan berbaik sangka apabila menyentuh setiap yang dianggap negatif yang di utarakan oleh para pemimpin Ikhwanul Muslimin, kerana mereka tidak maksum. Hendaknya niat mulia untuk menyedarkan umat tentang kekurangan dan kesilapan individu dalam jamaah ini dilakukan dengan penuh keikhlasan (terutamanya terhadap mereka yang telah pulang ke rahmatullah), janganlah pula sampai menjadi celaan, pengaiban atau penghinaan terhadap mereka yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.

[1] . Lihat: Fikru at-Takfir Qadiman wa-Hadisan, Raja as-Suhaimi.
[2] . Ali Imran 135.
[3] . Lihat; Qafilah al-Ikhwan al-Muslimun 1/48 Abbas as-Sisi.
[4] . Lihat: Usul Isyrin, Perkara ke l5 Hasan al-Banna. Nazarat Fi Risalah at-
Ta’lim. Hlm.177 Muhammad Abdullah al-Khatib & Muhammad Abdul Hamid.
[5] . Lihat: Fathul Majid. Hlm. 260.
[6] . al-Mukminun 117.
[7] . Yunus 106.
[8] . H/R Tirmizi.
[9] . Lihat: Yusuf al-Qaradhawi 70 tahun al-Ikhwan al-Muslimin. Hlm. 312.
[10]. Hakikatu ad-Dakwah Ilallahi Ta’ala. Hlm. 86 Saied bin Abdulrahman al-Husin.
[11]. Lihat: Muzakkirat ad-Dakwah wad-Daiyah. Hlm. 10. Hasan al-Banna.




Pendapat Ustadz 'Abdullah Taslim Mengenai Ikhwani
dan pendapat ustaz rasul dahri dalam buku: "ikhwanul muslim atau ikhwanul muflisin"
islamic media ibnuisa files

Muhammad Ilyas bin Muhammad Isma'il- Jamaah Tabligh

Jamaah Tabligh didirikan oleh seorang sufi dari tarekat Jisytiyyah yang berakidah Maturidiyyah dan bermadzhab fiqih Hanafi. Ia bernama Muhammad Ilyas bin Muhammad Isma'il Al-Hanafi Ad-Diyubandi Al-Jisyti Al-Kandahlawi kemudian Ad-Dihlawi. Al-Kandahlawi merupakan nisbat dari Kandahlah, sebuah desa yang terletak di daerah Sahranfur. Sementara Ad-Dihlawi dinisbatkan kepada Dihli (New Delhi), ibukota India. Di tempat dan negara inilah, markas gerakan Jamaah Tabligh berada. Adapun Ad-Diyubandi adalah nisbat dari Diyuband, iaitu madrasah terbesar bagi penganut madzhab Hanafi di semenanjung India. Sedangkan Al-Jisyti dinisbatkan kepada tarekat Al-Jisytiyah, yang didirikan oleh Mu’inuddin Al-Jisyti.
Muhammad Ilyas sendiri dilahirkan pada tahun 1303 H dengan nama asli Akhtar Ilyas. Ia meninggal pada tanggal 11 Rajab 1363 H. (Bis Bri Musliman, hal.583, Sawanih Muhammad Yusuf, hal. 144-146, dinukil dari Jama’atut Tabligh Mafahim Yajibu An Tushahhah, hal. 2).

Latar Belakang Berdirinya Jamaah Tabligh

Asy-Syaikh Saifurrahman bin Ahmad Ad-Dihlawi mengatakan, ”Ketika Muhammad Ilyas melihat majoriti orang Meiwat (suku-suku yang tinggal di dekat Delhi, India) jauh dari ajaran Islam, berbaur dengan orang-orang Majusi para penyembah berhala Hindu, bahkan bernama dengan nama-nama mereka, serta tidak ada lagi keislaman yang tersisa kecuali hanya nama dan keturunan, kemudian kebodohan yang kian merata, tergeraklah hati Muhammad Ilyas. Pergilah ia ke Syaikhnya dan Syaikh tarekatnya, seperti Rasyid Ahmad Al-Kanhuhi dan Asyraf Ali At-Tahanawi untuk membicarakan permasalahan ini. Dan ia pun akhirnya mendirikan gerakan tabligh di India, atas perintah dan arahan dari para syaikhnya tersebut.” (Nazhrah 'Abirah I’tibariyyah Haulal Jama'ah At-Tablighiyyah, hal. 7-8, dinukil dari kitab Jama'atut Tabligh Aqa’iduha Wa Ta’rifuha, karya Sayyid Thaliburrahman, hal. 19)
Merupakan suatu hal yang ma’ruf di kalangan tablighiyyin (para pengikut jamah tabligh) bahwasanya Muhammad Ilyas mendapatkan tugas dakwah tabligh ini setelah kepergiannya ke makam Rasulullah (Jama’atut Tabligh Mafahim Yajibu An Tushahhah, hal. 3).


Artikel berkaitan: