Thursday, February 18, 2016

Majlis fatwa malaysia halalkan kenduri arwah???

Sungguh tidak disangka majlis fatwa kebangsaan telah menghalalkan kenduri arwah yang jelas dan terangnya merupakan perkara bidaah yang keji lagi hina itu, di posting yang selanjutnya  nanti akan kami berikan jawapan kepada peminat peminat kenduri arwah supaya anda semua kembali ke pangkal jalan Berikut ini adalah screenshot dari laman sesawang efatwa:     
 

Mazhab syafie bukan sufi

  Konon, sebahagian besar muslim Indonesia dan Malaysia bermazhab syafie. Penggunaan istilah mazhab ini “hendak” menyiratkan bahawa sebahagian besar umat Islam Indonesia dan malaysia berakidah dan berfikih sebagaimana yang difahami serta dipraktikkan Al-Imam Asy-syafie    Al-Imam syafie  sendiri adalah salah satu ulama besar yang dikenal gigih membela As-Sunnah serta menentang segala bentuk penyelisihan terhadap As-Sunnah.   Namun, apa yang beliau kukuhi tersebut ternyata malah sulit ditemukan di kalangan orang-orang yang mengaku-ngaku bermazhab syafie saat ini. Jangankan soal akidah, dalam hal fikih pun banyak yang tidak selari dengan pengakuan mereka terhadap mazhab syafie.   Selama ini, orang-orang yang paling bersemangat mengaku bermadzhab syafie justru merupakan orang-orang yang gigih melakukan bid’ah dan memberantas As-Sunnah, sebuah praktik yang tidak ditemukan pada diri Al-Imam Asy-syafie . Oleh itu, dilihat dari akidah dan amaliahnya, mereka tidaklah bermadzhab syafie. Hakikatnya mereka adalah sufi.   Mereka kuat dipengaruhi fahaman Asy’ariyah, yang menyimpang dalam memahami nama dan sifat Allah Swt. Dan ada juga diantara mereka yang lekat dengan ibadah-ibadah di kuburan dan beragam bentuk kesyirikan lainnya. Menjadikan mimpi-mimpi para syaikhnya layaknya dalil syariat. Memaknai karamah dengan tidak semestinya, meyakini adanya tahapan syariat-ma’rifat-hakikat dalam Islam, dan sebagainya dari keyakinan-keyakinan batil yang mereka kukuhi.   Dalam hal amaliah,. Mereka lebih suka mengamalkan bacaan zikir yang bid’ah kemudian meninggalkan zikir-zikir yang diajarkan Rasulullah Saw. Mereka suka bersalawat dengan salawat yang mengandung kesyirikan berbanding yang disyariatkan. Bahkan mereka pun cendrung dengan ritual-ritual berbau Hindu berbanding yang dari Islam.   Kala mereka ”diusik”, dinasihati bahawa akidah dan praktik ibadah tersebut tidak ada tuntunannya dari Rasulullah Saw , atau kerana mengandung kesyirikan, fanatisme butalah yang muncul. Tanpa segan, para penganut sufi tersebut akan menampilkan hadis-hadis lemah dan palsu untuk membenarkan amalan mereka. Tentu saja, cara beragama demikian, yang mengedepankan hawa nafsu berbanding dalil syariat, yang menonjolkan taklid berbanding sikap ilmiah, tidak pernah dicontohkan ulama besar sehebat Al-Imam Asy-Syafie,   Namun demikian kajian dalam majalah ini akan lebih menyoroti perkara akidah. Kerana dalam hal amaliah (praktik ibadah), mereka sangatlah mudah dipatahkan dengan dalil. Biasanya jika sudah kehabisan dalil (argumen), para penganut sufi akan memunculkan istilah WAHABI. OLEH SEBAB membabi buta –buah dari kebodohan mereka dalam memahami Islam, semua pihak yang “menegur”nya dianggap mengusik atau bertentangan dengan mereka akan dicop WAHABI. Lebih-lebih lagi terhadap dakwah yang mengajak kepada kemurnian Islam, yang menggemakan tauhid dan As-Sunnah, sebagaimana diusung Asy-Syaikh Muhammad bin Abdul Wahab .   Maklum saja, orang-orang sufi, dari zaman dahulu hingga sekarang, demikian lekat dengan praktik-praktik kesyirikan dan kebid’ahan. Oleh itu jika ada yang menyerukan antikesyirikan, memerangi bid’ah, dan memberantas kemaksiatan, bersiaplah mendapat cemohan dari mereka.     Oleh kerana itu, jika kita mahu menelaah lebih dalam madzhab syafie, tentu akan menemukan pebezaan yang teramat jauh dengan ajaran sufi. Tak cuma jauh panggang dari api, namun boleh diibaratkan minyak dan air, kerana sufi sangatlah bertentangan dengan Sunnah Rasulullah saw yang didakwahkan Al-Imam Asy-Syafie. Majalah asysyariah