Monday, October 28, 2013

kisah debat ZAMIHAN al ghari vs dr MAZA , ZAMIHAN KECUT

 

          Pasti ramai di antara anda terutamanya mereka2 yang taksub dan gatal kerongkong serta gatal tangan dan sakit mental nak ubahsuai agama kecewa dengan pahlawan anda iaitu zamihan al ghari, yang menjadikan jenama ASWAJA (ahli SAMSENG wal JAMIHAN) sebagai jenama iklan puak2 zamihan,  pasti sungguh anda tidak menyangka zamihan al ghari adalah seorang pengecut, , sekian lama zamihan menggunakan Teknik untuk mempengaruhi pihak2 tertentu ,melontarkan fitnah pumpang2 bagaikan harimau aswaja samseng mengkafirkan dan mengelarkan ulama2 ustaz2 yang tidak connect dengan kepala otaknya itu dengan gelaran WAHABI/teroris/kafir /anjing/bahalol dan sebagainya akhirnya secara rasminya zamihan mengibarkan bendera mengajak musuh no1 nya iaitu dr MAZA untuk berdebat....
 
 
 
 
 Kenyatan Media ASWAJA:
1. Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ASWAJA) menyambut baik langkah Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) dan Kerajaan Negeri Johor memperkasa akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan menyekat 16 penceramah yang menyebarkan fahaman Salafi Wahhabi disana. Ia adalah hak mutlak dan keputusan eksklusif dibawah bidang kuasa Tuanku Sultan Johor. Tahniah Yang MuliaTuanku, EXCO kerajaan negeri dan MAIJ. Negeri lain sewajarnya mencontohi skuad Ahli Sunnah JDT.
2. Mengenai kenyataan Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainal Abidin yang mendakwa saya mempengaruhi MAIJ bagi menghalangnya berceramah di Johor adalah dakwaan yang tidak benar sama sekali. Tuduhannya ternyata tidak berasas dan bersifat melulu. Ini kerana MAIJ merupakan pihak berkuasa agama yang berstruktur, telus dan bebas membuat keputusan secara ekslusif tanpa memerlukan campur tangan pihak luar.Saya pula tidak pernah berusaha utk meracuni sesiapapun dlm soal larangan berceramah.
3. Tuduhan yang dibuat oleh Mufti Perlis juga dilihat tidak beradab dan tidak senonoh dengan statusnya sebagai seorang Mufti Negeri. Beliau sepatutnya menyelidik dulu fakta berkaitan, mendapatkan sumber yang sahih serta menganalisis isu berkenaan sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan. Sayangnya, beliau terlalu gopoh dan sering menyerang peribadi seseorang yang tidak sehaluan dengan pemikiran Salafi - Liberalnya.
4. Sebenarnya, saya sudah lama dijadikan sasaran serangan oleh Dr Asri. Ia bermula apabila saya menerbitkan buku Salafiah Wahabiah Satu Penilaian pd tahun 2001. Beliau mula menyerang dan menuduh saya sbg pro syiah apabila saya mengkritik aliran wahhabi menerusi buku itu. Maka bermulalah episod tuduhannya semenjak itu hinggalah ke saat ini. Tohmahan dan umpatannya terhadap saya tak pernah berhenti dari lidahnya walaupun dua kali bergelar Mufti Dato Dr... Sehinggalah kes ini diheret ke mahkamah dan dapat diselesaikan cara baik.
5. Namun, Mufti bermulut celupar ini tidak pernah insaf. Sebaliknya sering merasakan dirinya 'terlajak pandai' bahkan sentiasa egois dalam sesuatu perkara. Saya terus dituduh sbg pro syiah, ahbash dan ekstremis takfir (mengkafirkan orang) apabila membicarakan isu2 semasa akidah, pemikiran dan isu keselamatan.Terutamanya berkaitan dgn ancaman kumpulan militan Islamic State. Tidak cukup dengan itu, beliau juga mengaitkan Dato Ayub Khan (peg kanan,Bhgian Counter Terrorisme, PDRM) sbg pro syiah. Allahu Allah.
6. Selain itu, Beliau juga seringkali dilihat memprovokasi pihak tertentu supaya saya dikenakan tindakan disiplin penjawat awam. Hakikatnya Allah Maha Mengetahui,Maha Menyaksi lagi Maha Adil.
7. Berhubung dakwaan beliau yang menuduh saya pro syiah, ekstremis takfir dan sesat. WALLAHI, saya berlepas diri dari perutuduhannya itu. Saya juga tidak ragu2 untuk mengambil tindakan undang-undang civil terhadap beliau. Ini kerana tuduhan mengaitkan saya dengan elemen diatas merupakan pertuduhan yang amat berat, menjejaskan kredibiliti saya sebagai penjawat awam dan menyebabkan saya dipandang serong oleh masyarakat.
8. Saya juga bersedia 24 jam untuk berdebat secara ilmiah dengan beliau atas apa saja topik sekalipun. Beliau boleh memilih mana-mana tajuk berkaitan, lokasi, peserta dan format. Saya tidak pernah gentar untuk berhujah dgn Mufti sepertinya. jika tewas, beliau perlu meletak jawatan sebagai seorang mufti dan berhenti memfitnah saya.
8. Saya cukup yakin bawa ALLAH SWT Maha mengetahui kebenaran dan DIA juga yang mengadili kita di dunia dan akhirat. Dan tukang fitnah akan menerima balasan yang setimpal di atas apa yang dilakukannya. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas tiap segala sesuatu.
Contact personal saya: 012 213 5518 @ alsalafi76@yahoo.com.
Sekian terima kasih
Zamihan Mat Zin al-Ghari.
Presiden ASWAJA (04.02.2016)
https://m.facebook.com/zamihan/posts/1313024762056593
 
Apa pula tindakkan MAZA setelah tahu zamihan ajak debat???
 
 
SHAH ALAM – Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin sedia, menyahut cabaran Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Waljamaah Malaysia (Aswaja), Zamihan Mat Zin untuk berdebat dalam isu ekstremisme agama di negara ini.
Memetik posting terbaharu Dr Mohd Asri yang juga dikenali sebagai Dr Maza itu, beliau telahpun menempah tiket pesawat pada tarikh debat tersebut diadakan.
Debat dirancang berlangsung pada Rabu depan di Auditorium ICU, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya yang akan menampilkan Pengarang Astro Awani, Nazri Kahar sebagai moderator.
Dalam surat jemputan daripada setiausaha Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim, objektif penganjurannya dikatakan bertujuan menolak budaya label melabel dan menggalakkan perbincangan ilmiah.
Selain itu, ia bertujuan membersihkan salah faham termasuk menerangkan perkara sebenar agar tindakan selepas ini bukan berdasarkan sangkaan buruk.
Undangan itu dibuat setelah Zamihan, yang juga seorang pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Facebook sebelum ini menyatakan kesediaannya berdebat dengan Asri.
Dr Maza dalam petikan Facebooknya yang sama mengakui telah menunda program-program lain pada tarikh tersebut.
“Kedudukan saya sebagai mufti lebih terikat dan ketat dari segi jadual, tapi saya cuba sebaiknya untuk membolehkan saya hadir pada tarikh berkenaan. Bukan untuk siapa menang dan kalah, tapi untuk memberikan penjelasan kepada umat,” katanya.
Jelas Dr Maza lagi, beliau sedia berdebat secara terbuka dengan ustaz kontroversi itu dan berharap ia disiarkan langsung di TV dan Internet.
“Alhamdulillah saya sudah menerima jemputan dan beliau juga sudah menerima. Saya harap disiarkan secara langsung oleh stesen TV ataupun Internet.
“Dirakam agar semua pihak dapat menontonnya. InsyaALLAH moga ada kebaikan,” katanya.
 
http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/dr-asri-setuju-debat-sudah-tempah-tiket-pesawat-1.482144
 
 
ZAMIHAN YANG TERKEJUT BERUK KERANA TAK SANGKA CABARAN DISAHUT OLEH MAZA PUN MEMBUAT BEBERAPA STRATEGI UNTUK ELAK DEBAT:
 
1: nak bagi ceramah dekat banduan
 
Saya kata saya tak dapat hadir 10 haribulan kerana memulihkan pengganas dan penjenayah tegar di Penjara Machang, Kelantan,” katanya lagi
  http://malaysiadateline.com/index.php/berita-list/15-berita/1327-debat-zamihan-mahu-bongkar-penyelewangan-agama-mufti-perlis
 
 
2: tak dapat surat jemputan
 
Assalamualaikum semua.
1. Sekali lagi saya tegaskan dan maklumkan buat yang ke 1000 kalinya (jgn baca literal) bahawa saya berbesar hati dan bersedia menyertai diskusi Ilmiah yg dianjurkan oleh ds shahidan kassim.
2. Walaupun sehingga hari ini format detail diskusi ilmiah terus menjadi misteri, surat jemputan rasmi juga belum saya terima, saya tetap bersedia dan bersemangat utk diskusi ilmiah kerana tidak bimbang apabila kita di pihak yg benar
3. sama ada terbuka atau tertutup juga saya berikan penganjur buat keputusan. Masa dan tarikh serta tempat juga saya berikan penganjur buat keputusan kerana alhamdulillah biro penyelidikan ASWAJA sudah menyediakan materi diskusi yg sangat solid dan mantap.
4. Sedikit kekecewaan saya ialah apabila sudah ditangguhkan dari 10hb ke 17hb dgn harapan pihak pengurusan bolehlah uruskan dengan teratur dan profesional namun disaat akhir ds shahidan umumkan mahu buat diskusi berskala kecil.
5. Setelah mereka dan maza setiap hari memburukkan saya di media sosial akhirnya di saat akhir mereka mahu buat diskusi tertutup berskala kecil?
6. Macam ada muslihat sahaja? Saya tegaskan semula. Ada muslihat atau tidak, format misteri atau tidak, saya harap pengurusan buat kerja betul2. Jika tidak biarkan kami sahaja yang anjurkan. Namun, saya maklumkan pada semua.. saya bersedia walaupun penganjuran ini diselubungi misteri....
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1321911004501302&id=269868566372223&refid=17&_ft_=top_level_post_id.1321911004501302%3Atl_objid.1321911004501302%3Athid.269868566372223%3A306061129499414%3A2%3A0%3A1456819199%3A-8441027987963526347
 
3: nak mintak persetujuan bos dulu surat mesti bagi kat bos
 
 
 
 
 4: rasa2 ada muslihat, lepas tu zamihan pura2 berani ajak debat
 
 
 
 
 
5: nak debat tertutup, sebab nasihat ketua polis?
 
 
 Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Waljamaah Malaysia (Aswaja) Zamihan Mat Zin berkata beliau akan berdebat dengan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin di tempat tertutup.                              
Katanya, beliau membuat keputusan itu selepas dinasihatkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar supaya debat tersebut tidak diadakan di lokasi terbuka yang dikhuatiri hanya mencetuskan perbalahan sesama umat Islam.
"Saya dinasihati oleh IGP supaya debat itu diadakan secara tertutup.
"Kita tak nak cetuskan perbalahan yang merugikan orang Islam, nanti timbul persepsi negatif terhadap orang Islam," katanya dalam satu sidang
media di Kuala Lumpur.
Katanya, ia bermakna hanya tetamu yang terdiri daripada ahli akademik, agamawan dan pegawai agama sahaja yang dibenarkan menyaksikan debat tersebut.
Zamihan sebelum ini didakwa menyerang Asri dengan mengaitkannya dengan aliran Wahabi dan keganasan. Asri menafikan perkara itu dan menyifatkan Wahabi sebagai sebuah istilah "misteri".
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim memilih menamatkan perbalahan mereka dengan menawarkan untuk menganjurkan debat antara kedua-duanya pada 10 Februari.
Walaupun Asri menerima cadangan itu, Zamihan bagaimanapun berkata beliau tidak dapat hadir pada tarikh tersebut kerana dijadualkan untuk memberi ceramah kepada banduan.
Beliau berkata akan mengadakan pertemuan dengan setiausaha Shahidan malam ini untuk membincangkan bagaimana debat itu akan dijalankan.
Zamihan berkata demikian selepas seminar bersama antara polis dan Aswaja untuk melatih anggota Aswaja dalam mendidik orang ramai memerangi ideologi militan IS.
Turut hadir Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
https://m.malaysiakini.com/news/329820
 
 
 
 
 
 
Itulah dia banyak cara zamihan elak debat, sebenarnya masih banyak lagi tapi cukup ini sahaja...
 
Namun hakikatnya.....
Sebenarnya zamihan sudah tahu tentang format dan sudah tandatangan persetujuan dan sudah pasti si zamihan bersetuju, sebenarnya tak ada muslihat apa pun, tapi biasalah... Sakit otak
Ini adalah screenshot dr facebook dr ustaz rozaimi
 
 
 
Selepas sahidankasim membatalkan diskusi antara maza dan zamihan atas sebab-sebab arahan pihak tertentu, maka sinar harian menghidupkan nafas diskusi ini kembali, jadi DISKUSI ZAMIHAN VS ASRI tetap berlangsung pada 17hb2/16,,,
 
 
 
Tetapi kelibat zamihan ingin ikut diskusi juga tidak ada, hanya post dekat facebook dia siap diskusi je,  bagaikan bergantung tidak bertali,,, ini bermakna zamihan telah tewas tanpa bertanding dan tempat zamihan telah digantikan dengan ahli penel yang lain,
 
 
 
Namun yang paling lawaknya, kawan zamihan iaitu abu syafiq yang mukanya tak ada hidayah macam zamihan juga tu melompat2 gembira dalam facebook dan mengatakan maza telah kalah tak berani debat, ini adalah sesuatu yang lucu, kenalkah anda semua kepada abu syafiq??? Diharap jangan tergelak kalau lihat muka syafiq ni.....
                     
 
 
 
 
 
 
 
 
 
  Jika anda membaca tulisan abu syafiq ni memang anda akan tergelak sebab perkataan abu syafiq seperti budak terencat akal
 
 
Bagaikan jatuh di timpa tangga, selepas tewas sebelum berdebat zamihan telah diberi notis pindah ke bahagian sumber manusia , jakim, itupun zamihan tak puas hati dan menuduh itu adalah konspirasi menutup mulut dia, tapi zamihan tak pernah fikir orang dah meluat tengok perangai dia yang macam samseng......memalukan jabatan....hmmmm
 
 
 
Selepas diarahkan tidak meneruskan perdebatan dengan Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, pegawai agama Kementerian Dalam Negeri (KDN) Zamihan Mat Zin kini menerima arahan ditukar serta-merta ke Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkuatkuasa Khamis ini.
Bagaimanapun, menurut Zamihan, beliau akan mendapatkan kepastian daripada KDN dengan berjumpa menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang juga timbalan perdana menteri, kerana ditukar tanpa alasan.
Malah katanya, sekiranya khidmatnya tidak lagi diperlukan di KDN, beliau tidak teragak-agak untuk secara sukarela menamatkan khidmatnya sebagai penjawat awam.
"Saya ditukar serta-merta lapor diri 18 haribulan ini. Saya tidak buat rayuan apa-apa. Saya akan merayu kepada Allah dan Rasul. Mereka tukar saya tanpa alasan.
"Saya akan tanya bos saya dahulu (Zahid). Kalau beliau perlukan khidmat saya di KDN, saya akan kekal. Kalau dia tidak perlu khidmat saya, saya keluar angkat kakilah. Saya keluar sebagai penjawat awam," katanya kepada The Malaysian Insider.
Tambahnya, yang sebelum ini ditugaskan khusus menangani isu pelampau agama, meskipun tidak menjadi penjawat awam, beliau masih lagi boleh meneruskan perjuangan sebagai pendakwah.
"Saya tetap boleh berdakwah secara proaktif. Kita ini kerja dengan Allah bukan kerja dengan manusia.
"Saya aktif dengan badan bukan kerajaan (NGO), kita pun banyak program serta tak menang tangan.
"Kita buat program dakwah dan banteras ajaran menyeleweng ini," katanya yang juga presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Waljamaah Malaysia (Aswaja).
Terdahulu hari ini, Zamihan mendedahkan wacana ilmu mengenai ekstremisme agama yang menggandingkan beliau dan Asri dibatalkan pada saat-saat akhir ekoran arahan daripada pimpinan tertinggi negara.
"Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Shahidan Kassim pun sedia maklum, (debat) pada 17 haribulan itu, atas arahan pimpinan tertinggi negara, dibatalkan," katanya yang enggan mendedahkan siapa kepimpinan tertinggi yang dimaksudkan.
Sementara itu, Zamihan berkata, beliau mengesyaki punca penukaran beliau ke Jakim adalah kerana ada pihak yang mahu menutup suaranya.
"Puncanya, ada orang guna kuasa politik dia untuk menekan ketua jabatan saya, supaya saya ini jangan bersuara dan jangan lawan menteri.
"Apa yang saya hendak bincangkan, wacana ilmiah ini, untuk ilmu. Bukan saya pertahankan hak peribadi atau benda yang remeh temeh," katanya.
Sebelum ini, Zamihan dan Asri dilihat sering berhujah dan bertikam lidah di media sosial dan ketika berceramah.
Ia membuatkan Shahidan mengambil inisiatif cuba meredakan keadaan yang meruncing dan menimbulkan kegusaran umat Islam dengan menemukan mereka dalam satu perdebatan terbuka. – 16 Februari, 2016.
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ditukar-tanpa-alasan-zamihan-mahu-bertemu-menteri
 
Bagaikan kanak2 minta belas kasihan... Minta belas TPM 
 
 
 
Namun dr maza tidaklah sebusuk abu syafiq ni, dr maza tidaklah seganas zamihan dan saya juga bukanlah peminat dr maza, namun secara berterus terang saya mengakui pendapat2 yang diutarakan maza lebih sederhana dan boleh diterima oleh orang ramai,
Dan yang paling terharu dr maza tetap anggap zamihan saudara seagama dan dr maza melarang komen2 keras di media2 sosial terhadap zamihan
Sudahkah anda menerima hakikat sebuah cinta ini?????