Sunday, July 3, 2011

contoh kelompok sufi

kita dapat membahagi ajaran tasawuf yang ekstrem ke dalam 3 kelompok:

Pertama, kumpulan Al Isyraqi , kumpulan ini didominasi oleh ajaran falsafah bersama sifat zuhud. Yang dimaksud dengan Al Isyraqi (penyinaran) adalah penyinaran jiwa yang memancarkan cahaya dalam hati, sebagai hasil dari pembinaan jiwa dan penggemblengan roh disertai dengan penyiksaan badan untuk membersihkan dan menyucikan roh, namun ajaran ini sebenarnya ada pada semua golongan2 tasawuf, akan tetapi ajaran kumpulan ini cuma hanya pada penyimpangan ini saja dan tidak sampai membawa mereka kepada ajaran Al Hulul (menitisnya Allah Azza wa Jalla ke dalam diri makhluk-Nya) dan Wihdatul Wujud (bersatunya wujud Allah Azza wa Jalla dengan wujud makhluk. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sifatkan), meskipun demikian ajaran kumpulan ini bertentangan dengan ajaran islam, kerana ajaran ini diambil dari ajaran agama-agama lain yang menyimpang, seperti agama Budha dan Hindu.


Kedua, kumpulan Al Hulul, yang berkeyakinan bahawa Allah Azza wa Jalla boleh bertempat/menitis dalam diri manusia .Maha Suci Allah Azza wa Jalla dari sifat ini-. Keyakinan ini diserukan oleh beberapa tokoh-tokoh ekstrem ahli Tasawuf, seperti Hasan bin Manshur Al Hallaj, dan disebabkan itulah, para Ulama memfatwakan kafirnya orang ini dan dia harus dihukum mati, dan kemudian dia dibunuh dan disalib .Alhamdulillah Azza wa Jalla - pada tahun 309 H. Dan di dalam Syair yang disandarkan kepadanya dia berkata (kitab At Thawasiin, tulisan Al Hallaj hal.130):


Maha suci (Allah Azza wa Jalla ) yang Nasut (unsur/sifat kemanusiaan)-Nya telah menampakkan rahsia cahaya Lahut (unsur/sifat ketuhanan)-Nya yang menembus

Lalu Tampaklah Dia dengan jelas pada (diri) makhluk-Nya
dalam bentuk seorang yang sedang makan dan sedang minum
Hingga (sangat jelas) Dia terlihat oleh makhluk-Nya
seperti (jelasnya) pandangan alis mata dengan alis mata

Dalam syair lain (kitab Al Washaaya, tulisan Ibnu Arabi (hal.27), dia berkata:

Aku adalah yang mencintai dan yang mencintai adalah aku
kami adalah dua ruh yang tinggal di dalam satu jasad
Maka jika kamu melihatku (bererti) kamu melihat Dia
Dan jika kamu melihat Dia (bererti) kamu melihat kami


Memang Al Hallaj -seorang tokoh besar dan glamor di kalangan pengikut dan ahli tasawuf ini- adalah penganut kumpulan Al Hulul, dia meyakini dualisme hakikat ketuhanan dan beranggapan bahawa Al Ilah (Allah Azza wa Jalla ) memiliki dua tabiat iaitu: Al Lahut (unsur/sifat ketuhanan) dan An Nasut (unsur/sifat kemanusiaan/kemakhlukan), yang kemudian Al Lahut menitis ke dalam An Nasut, maka roh manusia menurut Al Hallaj- adalah Al Lahut ketuhanan yang sebenarnya dan badan manusia itu adalah An Nasut.


Kemudian meskipun badut besar ini telah dihukum mati kerana kezindiqannya sehingga sebahagian ahli tasawuf menyatakan berlepas diri darinya -, masih ada ahli tasawuf yang menganggapnya sebagai tokoh besar ahli tasawuf, bahkan mereka membenarkan keyakinan sesat dan perbuatannya, dan mengumpulkan serta membukukan ucapan-ucapan kotornya, mereka itu di antaranya adalah Abul Abbas bin Atha Al Baghdadi, Muhammad bin Khafif Asy Syirazi dan Ibrahim An Nashrabadzi, sebagaimana hal tersebut dikutip oleh Al Khathib Al Baghdadi dalam kitab beliau Tarikh Al Baghdad (8/112).



Ketiga, kumpulan Wihdatul Wujud, iaitu keyakinan bahawa semua yang ada pada hakikatnya adalah satu dan segala sesuatu yang kita lihat di alam semesta ini tidak lain merupakan perwujudan/penampakan Zat Ilahi (Allah Azza wa Jalla ) . maha suci Allah Azza wa Jalla dari segala keyakinan kotor mereka. Ibnu Arabi Al Hatimi Ath Thai (Nama lengkapnya adalah Abu Bakr Muhammad bin Ali bin Muhammad bin Ahmad Ath Thai Al Hatimi Al Mursi Ibnu Arabi, yang binasa pada tahun 638 H dan dikuburkan di Damaskus. (Lihat Siar Al Alam An Nubala tulisan Imam Adz Dzahabi 16/354)


Dalam kitabnya Al Futuhat Al Makkiyah (seperti yang dinukilkan oleh DR. Taqiyuddin Al Hilali dalam kitabnya Al Hadiyyatul Haadiyah hal. 43) dia menyatakan keyakinan kufur ini dengan ucapannya:

Hamba adalah tuhan dan tuhan adalah hamba
duhai gerangan, siapakah yang diberi tugas (melaksanakan syariat)?
Jika kau katakan: hamba, maka dia adalah tuhan

Atau kau katakan: tuhan, maka mana mungkin tuhan diberi tugas?!

Dan dalam kitabnya yang lain Fushushul Hikam (hal.192) dia mencarut: Sesungguhnya orang-orang yang menyembah anak sapi, tidak lain yang mereka sembah kecuali Allah.

Meskipun demikian, ahli Tasawuf malah memberikan gelar-gelar terhormat yang tinggi kepada Ibnu Arabi, seperti gelaran Al Arif Billah (orang yang mengenal Allah Azza wa Jalla dengan sebenarnya), Al Quthb Al Akbar (pemimpin para wali yang paling agung), Al Misk Al Adzfar (minyak kesturi yang paling harum), dan Al Kibrit Al Ahmar (Permata yang merah berkilau), padahal orang ini secara terang-terangan mengumumkan keyakinan Wihdatul Wujud dan keyakinan-keyakinan kufur dan rosak lainnya, seperti pujian dia terhadap Firaun dan keyakinannya bahawa Firaun mati di atas keimanan, celaan dia terhadap Nabi Harun alaihi salam yang mengingkari kaumnya yang menyembah anak sapi -dan semua ini jelas-jelas bertentangan dengan nash Al Quran, dan keyakinan dia bahawa kafirnya orang-orang Nasrani adalah kerana mereka hanya mengkhususkan Nabi Isa alaihi salam sebagai Tuhan, di mana seandainya mereka tidak mengkhususkannya maka mereka tidak dikafirkan.



maha suci Allah dari apa yang penyesat2 itu katakan.....




Keterkaitan Antara Sufi dengan Kelompok “JI”

Keterkaitan antara Sufi dengan kelompok “JI” (Jama'ah Tabligh dan Ikhwanul Muslimin) sangatlah erat kerana pendiri kelompok “JI” ini adalah seorang Sufi. Jama'ah Tabligh, didirikan oleh Muhammad Ilyas Al-Kandahlawi seorang Sufi dari tarekat Jisytiyyah. Dan seiring berlalunya waktu, Jama'ah Tabligh kemudian berbai’at di atas empat tarekat Sufi: Jisytiyyah, Qadiriyyah, Sahruwardiyyah, dan Naqsyabandiyyah. (Lihat kitab Jama’atut Tabligh Mafahim Yajibu An Tushahhah, karya Asy-Syaikh Hasan Janahi, hal. 2, 12.)
Adapun Ikhwanul Muslimin, pendirinya adalah Hasan Al-Banna, seorang Sufi dari tarekat Hashafiyyah, sebagaimana yang ia katakan sendiri: “…Di Damanhur aku bergaul dengan kawan-kawan dari tarekat Hashafiyyah dan setiap malamnya aku selalu mengikuti acara hadhrah yang diadakan di Masjid At-Taubah…”
Ia juga berkata: “Terkadang kami berziarah ke daerah Azbah Nawam, kerana di sana terdapat makam Asy-Syaikh Sayyid Sanjar, salah seorang dari tokoh tarekat Hashafiyyah.” (Mudzakkiratud Da’wah Wad Da’iyah, hal. 19, 23, dinukil dari kitab Fitnatut Takfir Wal Hakimiyah, karya Muhammad bin Abdullah Al-Husain, hal. 63-64)

Wallahu a’lam bish shawab.


Artikel berkaitan:

0 comments:

Post a Comment