Wednesday, March 21, 2012

KEDUSTAAN KISAH TABARRUK IMAM ASY-SYAFI’I TERHADAP MAKAM IMAM ABU HANIFAH

KEDUSTAAN KISAH TABARRUK IMAM
ASY-SYAFI’I TERHADAP MAKAM IMAM ABU HANIFAH

Alhamdulillah, segala puji hanya untuk
Allah Subhaanahu Wa Ta’ala. Semoga salawat dan salam sentiasa tercurah
pada pembimbing yang mulia Rasulullah Muhammad shollallaahu ‘alaihi
wasallam, keluarga, para Sahabat, dan orang-orang yang mengikuti
Sunnahnya dengan baik.

Saudaraku kaum muslimin…..
Al-Imam Asy-Syafi’i rahimahullah (semoga
Allah sentiasa merahmati beliau) tidak diragukan lagi adalah salah
seorang ulama’ Ahlussunnah. Beliau adalah salah seorang pewaris Nabi.
Para penentang dakwah Ahlussunnah banyak yang menukil ucapan atau
perbuatan beliau. Namun sayangnya, nukilan tentang beliau juga tidak
sedikit yang berdasarkan riwayat yang lemah bahkan palsu.
Salah satu kisah yang hampir selalu ada
bersamaan dengan syubhat tentang tawassul dan tabarruk adalah kisah
tabarruknya Imam Asy-Syafi’i di kuburan Abu Hanifah. Di dalam salah
satu blog penentang dakwah Ahlussunnah terdapat tulisan berjudul
‘Tawassul / Istighatsah (1); Sebuah Pengantar’ di sana
disebutkan kisah tersebut.
Tulisan ini akan membahas secara ilmiah
sisi kelemahan riwayat kisah tersebut disertai bukti pertentangannya
dengan keyakinan Imam Asy-Syafi’i, mahupun Abu Hanifah dan pengikut
madzhabnya sendiri terkait hal-hal yang dibenci dilakukan terhadap
kuburan, disertai dengan dalil hadits Nabi yang melarang perbuatan
pengagungan terhadap kuburan. Semoga Allah sentiasa mengaruniakan
hidayahNya kepada kita semua….

(Untuk selanjutnya, kutipan di antara tanda “[[ .........]]”
adalah isi tulisan dari blog penentang Ahlussunnah)

Syubhat :

[[

Imam Ibn Idris as-Syafi’i sendiri permnah menyatakan: “Sesungguhnya aku
telah bertabarruk dari Abu Hanifah (pendiri mazhab Hanaf) dan
mendatangi kuburannya setiap hari. Jika aku memiliki hajat maka aku
melakukan solat dua rakaat dan lantas mendatangi kuburannya dan meminta
kepada Allah untuk mengabulkan doaku di sisi (kuburan)-nya. Maka tidak
lama kemudian akan dikabulkan” (Lihat: Kitab Tarikh Baghdad jilid 1
halaman 123 dalam bab mengenai kuburan-kuburan yang berada di Baghdad)

]]

Bantahan :
Mengenai sanad riwayat tersebut Syaikh
Muhammad Nashiruddin al-Albaany menyatakan: “ Ini adalah
riwayat yang lemah bahkan batil. Kerana sesungguhnya perawi yang
bernama Umar bin Ishaq bin Ibrahim tidaklah dikenali. Tidak ada
penyebutan tentangnya sedikitpun dalam kitab-kitab tentang perawi.
Boleh jadi yang dimaksud adalah ‘Amr (dengan fathah pada ‘ain) bin
Ishaq bin Ibrohim bin Humaid bin as-Sakn Abu Muhammad at-Tuunisi.
Al-Khotib (al-Baghdady) menyebutkan biografinya dan menyatakan bahawa
ia adalah Bukhary (berasal dari Bukhara) datang ke Baghdad dalam rangka
menunaikan haji pada tahun 341 H. Tetapi (al-Khotib) tidaklah
menyebutkan jarh(celaan), tidak pula ta’diil (pujian) sehingga dalam
kondisi ini ia adalah majhuulul haal (keadaanya tidak dikenal).
(Tetapi) kemungkinan (bahawa ia adalah ‘Amr) jauh, kerana tahun
kematian syaikhnya : Ali bin Maymun pada tahun 247 H menurut kebanyakan
pendapat. Sehingga jarak kematian antara keduanya adalah sekitar 100
tahun, sehingga jauhlah kemungkinan bahawa keduanya pernah bertemu” (
Lihat Silsilah al-Ahaadits Adh-Dhaifah juz 1 halaman 99).
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah menyatakan
dalam Iqtidho’ Shirothol Mustaqiim halaman 165:

وهذا كذلك معلوم كذبه بالاضطرار عند من له معرفة بالنقل ، فإن الشافعي لما
قدم بغداد لم يكن ببغداد قبر ينتاب للدعاء عنده البتة ، بل ولم يكن هذا
على عهد الشافعي معروفا ، وقد رأى الشافعي بالحجاز واليمن والشام والعراق
ومصر من قبور الأنبياء والصحابة والتابعين ، من كان أصحابها عنده وعند
المسلمين أفضل من أبي حنيفة وأمثاله من العلماء . فما باله لم يتوخ الدعاء
إلا عنده . ثم أصحاب أبي حنيفة الذين أدركوه مثل أبي يوسف ومحمد وزفر
والحسن بن زياد وطبقتهم ، ولم يكونوا يتحرون الدعاء لا عند أبي حنيفة ولا
غيره .
ثم قد تقدم عند الشافعي ما هو ثابت في كتابه من كراهة تعظيم قبور
المخلوقين خشية الفتنة بها ، وإنما يضع مثل هذه الحكايات من يقل علمه
ودينه .

“ yang demikian ini telah dimaklumi kedustaannya secara idlthirar bagi
orang yang memiliki pengetahuan tentang penukilan. Kerana sesungguhnya
As-Syafi’i ketika datang ke Baghdad tidak ada di Baghdad kuburan yang
sering dikunjungi (khusus) untuk berdoa di sisinya sama sekali. Bahkan
tidak pernah dikenal yang demikian di masa Asy-Syafi’i. Asy-Syafi’i
telah melihat di Hijaz, Yaman, Syam, Iraq, dan Mesir
kuburan-kuburan para Nabi, Sahabat, Tabi’in, dan orang-orang
terdekatnya yang sebenarnya menurut beliau dan menurut kaum muslimin
lebih mulia dari Abu Hanifah dan semisalnya dari kalangan para Ulama’.
Maka mengapa beliau tidak menyengaja datang kecuali ke sana (kubur Abu
Hanifah). Kemudian, para Sahabat Abu Hanifah sendiri yang sempat
mendapati kehidupan Abu Hanifah semisal Abu Yusuf, Muhammad, Zufar,
al-Hasan bin Ziyaad dan yang seangkatan dengan mereka. Mereka tidak ada
yang menyengaja berdoa di sisi kuburan, baik kuburan Abu Hanifah
ataupun yang lainnya. Kemudian, telah berlalu penjelasan dari
Asy-Syafi’i hal yang telah disebutkan dalam kitab beliau
tentang dibencinya pengagungan terhadap kubur para makhluq kerana
dikhawatirkan boleh menimbulkan fitnah. Sesungguhnya hikayat yang
semacam ini diletakkan oleh orang yang sedikit ilmu dan (pemahaman)
Diennya”.
Memang benarlah apa yang dikatakan
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah –rahimahullah- bahawa salah satu bukti
jelas kedustaan kisah tersebut adalah Imam Asy-Syafi’i menyebutkan
dalam kitabnya tentang dibencinya pengagungan terhadap kuburan. Hal ini
sebagaimana disebutkan oleh al-Imam Asy-Syafi’i sendiri :

وأكره ان يعظم مخلوق حتي يجعل قبره مسجدا مخافة الفتنة عليه وعلي من بعده
من الناس

“ dan aku benci makhluq diagungkan sampai kuburannya dijadikan
sebagai masjid, (kerana) dikhawatirkan adanya fitnah untuk dirinya dan
untuk orang-orang setelahnya” (lihat al-Majmu’ karya Imam
AnNawawi juz 5 halaman 314, al-Umm karya Imam Asy-Syafi’i sendiri juz 1
halaman 317).

Benar pula perkataan Syaikhul Islam Ibnu
Taimiyyah bahawa di masa hidup Imam Asy-Syafi’i tidak ada kuburan yang
dibangun dan disediakan tempat yang memungkinkan untuk berdoa khusus
di sisinya. Hal ini kerana memang para pemerintah muslim pada waktu itu
memerintahkan untuk menghancurkan bangunan-bangunan pada kuburan, dan
sikap pemerintah muslim tersebut tidak dicela oleh para fuqaha’ (ahli
fiqh) pada waktu itu, sebagaimana dinyatakan oleh al-Imam Asy-Syafi’i:
وقد رأيت من الولاة من يهدم بمكة ما يبنى فيها فلم أر الفقهاء يعيبون ذلك
“ dan aku telah melihat para waliyyul amri (pemimpin muslim)
di Mekkah yang menghancurkan bangunan-bangunan yang dibangun di atas
kuburan. Aku tidak melihat para Fuqoha’ (Ulama’ ahli fiqh) mencela hal
itu” (Lihat kitab al-Umm karya Imam Asy-Syafi’i juz 1 halaman 316,
al-Majmu’ karya Imam AnNawawy juz 5 halaman 298).

Sikap para pemimpin muslim yang
menghancurkan bangunan-bangunan yang dibangun di atas kuburan tersebut
memang sesuai dengan hadits Nabi:
عَنْ جَابِرٍ قَالَ نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ يُجَصَّصَ الْقَبْرُ وَأَنْ يُقْعَدَ عَلَيْهِ
وَأَنْ يُبْنَى عَلَيْهِ
“ dari Jabir beliau berkata : Rasulullah shollallaahu ‘alaihi
wasallam melarang kuburan di’lepa’ (semen/kapur), diduduki di atasnya,
dan dibuat bangunan di atasnya”(H.R Muslim)

عَنْ أَبِي الْهَيَّاجِ الْأَسَدِيِّ قَالَ قَالَ لِي عَلِيُّ بْنُ أَبِي
طَالِبٍ أَلَا أَبْعَثُكَ عَلَى مَا بَعَثَنِي عَلَيْهِ رَسُولُ اللَّهِ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ لَا تَدَعَ تِمْثَالًا إِلَّا
طَمَسْتَهُ وَلَا قَبْرًا مُشْرِفًا إِلَّا سَوَّيْتَهُ
“ dari Abul Hayyaj al-Asady beliau berkata: Ali (bin Abi
Tholib) berkata kepadaku: Mahukah kau aku utus sebagaimana Rasulullah
shollallaahu ‘alaihi wasallam mengutusku? Janganlah engkau tinggalkan
patung/gambar bernyawa kecuali engkau hapus dan jangan tinggalkan
kuburan yang diagungkan kecuali diratakan” (H.R Muslim.

Sedikit faedah yang boleh diambil, ketika mensyarah hadits ini Imam
AnNawawy menyatakan: ‘di dalamnya terdapat perintah mengganti/merubah
gambar-gambar makhluk bernyawa’).


Perhatikan pula kalimat dalam kisah
tersebut bahawa Asy-Syafi’i mendatangi kuburan Abu Hanifah setiap
hari. Ya, disebutkan dalam kisah itu ‘setiap hari’. Bagi orang yang
berakal, dan faham tentang perjalanan hidup Asy-Syafi’i jelas akan
melihat sisi lain dari kedustaan kisah tersebut. Al-Imam Asy-Syafi’i
banyak melakukan perjalanan menuntut ilmu dari satu negeri ke negeri
yang lain.
Beliau dilahirkan di daerah Gaza (Syam) dan membesar di tanah suci
Mekkah (sebagaimana dijelaskan Adz-Dzahaby dan al-Imam AnNawawi dalam
Tahdzib Asma’ Wal Lughot (1/49)). Beliau mempelajari fiqh awalnya di
Mekkah dari Muslim bin Kholid Az-Zanji dan Imam-imam Mekkah yang lain
seperti Sufyan bin Uyainah dan Fudhail bin ‘Iyaadl. Kemudian beliau
pindah ke Madinah menuntut ilmu pada Imam Maalik. Selanjutnya beliau
pindah ke Yaman untuk berguru pada Muthorrif bin Maazin, Hisyam bin
Yusuf al-Qodhy, dan beberapa ulama’ lain. Dari Yaman beliau menuju Iraq
(Baghdad) untuk bermulaazamah (fokus menuntut ilmu) pada ahli fiqh
Iraq iaitu Muhammad bin al-Hasan. Beliau mengambil ilmu juga pada
Isma’il bin ‘Ulyah, Abdul Wahhab ats-Tsaqofy, dan beberapa Ulama’ yang
lain. Setelah beberapa lama di Iraq, beliau kemudian pindah ke Mesir,
dan di Mesir inilah pendapat-pendapat baru (qoul qodiim) Imam
Asy-Syafi’i sering dijadikan rujukan (Lihat Siyaar A’laamin Nubalaa’
pada bahagian yang mengisahkan biografi Imam Asy-Syafi’i).
Perhatikanlah, demikian sibuk
Imam Asy-Syafi’i dengan menuntut ilmu dari satu Syaikh (guru) ke syaikh
yang lain. Beliau juga menempuh perjalanan lintas negeri. Bagaimana
mungkin setiap hari beliau berdoa di makam Abu Hanifah? Bagaimana
mungkin –jika memang berdoa di sisi makam dengan tawassul pada penghuni
kuburan tersebut diperbolehkan menurut beliau- dikhususkan pada makam
Abu Hanifah, padahal salah satu tempat menuntut ilmu beliau adalah
Madinah, tempat dimakamkannya manusia terbaik, Nabi Muhammad
shollallaahu ‘alaihi wasallam. Negeri-negeri lain yang beliau singgahi
banyak kuburan para Nabi, para Sahabat Nabi, tabi’in dan orang-orang
yang jauh lebih utama dari Abu Hanifah, maka mengapa beliau
mengkhususkan pada kuburan Abu Hanifah? Padahal beliau tidaklah pernah
mengambil ilmu langsung dari Abu Hanifah. Bagaimana boleh mengambil
ilmu, jika tahun kematian Abu Hanifah bertepatan dengan tahun kelahiran
beliau?
Selanjutnya, akan disebutkan penjelasan
dari Ulama’ lain bahawa kisah tersebut memang dusta. Al-Imam Ibnul
Qoyyim al-Jauziyyah menyatakan : “ hikayat yang dinukilkan dari
Asy-Syafi’i bahawa beliau memaksudkan doa di sisi kuburan Abu Hanifah
adalah kedustaan yang jelas” (Lihat Ighatsatul Lahafaan (1/246)).
Sebenarnya bagi orang yang mengerti
kadar keilmuan Ibnul Qoyyim al-Jauziyyah, cukuplah hal itu sebagai
penjelas. Kami akan nukilkan ucapan ahlut tafsir Ibnu Katsir tentang
guru sekaligus sahabatnya tersebut, Ibnul Qoyyim al-Jauziyyah agar
orang-orang yang meremehkannya menjadi sedar (InsyaAllah suatu saat
akan dikaji penjelasan tentang beliau khusus sebagai bantahan bagi
orang-orang yang membencinya).
Al-Hafidz Ibnu Katsir menyatakan tentang beliau :

ولد في سنة إحدى وتسعين وستمائة وسمع الحديث واشتغل بالعلم وبرع في علوم
متعددة لا سيما علم التفسير والحديث والأصلين ولما عاد الشيخ تقي الدين ابن
تيمية من الديار المصرية في سنة ثنتي عشرة وسبعمائة لازمه إلى أن مات
الشيخ فأخذ عنه علماً جما مع ما سلف له من الاشتغال فصار فريداً في بابه في
فنون كثيرة مع كثرة الطلب ليلاً ونهاراً وكثرة الابتهال وكان حسن القراءة
والخلق كثير التودد لا يحسد أحداً ولا يؤذيه ولا يستعيبه ولا يحقد على
أحد وكنت من أصحب الناس له وأحب الناس إليه ولا أعرف في هذا العالم في
زماننا أكثر عبادة منه وكانت له طريقة في الصلاة يطيلها جداً ويمد ركوعها
وسجودها

“beliau dilahirkan pada tahun 691 H. Banyak mendengar hadits, sibuk
dengan ilmu, mahir dalam ilmu yang bermacam-macam khususnya ilmu
tafsir, hadits, dan ilmu-ilmu Ushul. Dan ketika Syaikh Taqiyuddin Ibnu
Taimiyyah kembali dari Mesir pada tahun 712 H, beliau bermulazamah
(memfokuskan diri untuk belajar pada Ibnu Taimiyyah), sampai
meninggalnya Syaikh (Ibnu Taimiyyah), maka beliau mengambil darinya
ilmu yang banyak, bersamaan dengan kesibukan beliau sebelumnya,
sehingga jadilah beliau orang yang istimewa dalam beberapa bidang yang
banyak. Bersamaan dengan banyaknya kesibukan beliau menuntut ilmu siang
malam, banyak beribadah, dan beliau baik bacaan (Quran)nya, baik
akhlaqnya, memiliki sifat penyayang, tidak pernah dengki pada siapapun,
tidak pernah menyakiti siapapun, tidak pernah mencari aib orang lain,
tidak pernah dendam pada seorangpun, dan saya termasuk sahabat
terdekatnya, dan manusia yang paling dicintainya, dan saya tidak
mengetahui di zaman kami ada orang yang lebih banyak ibadahnya
dibandingkan beliau. Beliau jika solat (sunnah) sangat lama,
memanjangkan waktu ruku’ dan sujudnya” (Lihat al-Bidaayah wan Nihaayah
juz 14 halaman 270).
Simaklah persaksian Ibnu Katsir tentang
keilmuan dan akhlaq Ibnul Qoyyim al-Jauziyyah. Jika Ibnul Qoyyim
al-Jauziyyah menyatakan bahawa hikayat itu dusta, tidaklah penilaian
beliau itu bersifat tendensius kerana membenci kelompok tertentu
sehingga kemudian tidak objektif. Beliau bukanlah orang yang berakhlak
buruk, suka dendam dan mencari aib orang lain. Beliau menilai kedustaan
tersebut atas dasar keilmuan beliau.
Hal lain yang menunjukkan sisi kelemahan
kisah itu –sebagaimana dijelaskan oleh Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah-
adalah tidak adanya Sahabat/ murid dekat Abu Hanifah yang melakukan hal
itu. Tidak ada di antara mereka yang sering datang ke kuburan Abu
Hanifah untuk berdoa dan bertawassul agar doanya lebih mudah
dikabulkan. Bagaimana tidak, jika perbuatan semacam itu dibenci oleh
Abu Hanifah. Beliau tidak suka jika makhluk dijadikan perantara dalam
doa seorang hamba kepada Allah. Al-Imam Abu Hanifah berkata:

لا ينبغي لاحد أن يدعو الله إلا به ، والدعاء المأذون فيه ، المأمور به ،
ما استفيد من قوله تعالى : { ولله الأسماء الحسنى فادعوه بها وذروا الذين
يلحدون في أسمائه سيجزون ما كانوا يعملون{

“ tidak sepantasnya bagi seseorang untuk berdoa kepada Allah
kecuali denganNya, dan doa yang diizinkan dan diperintahkan adalah apa
yang boleh diambil faedah dari firman Allah: ‘Hanya milik Allah
asmaa-ul husna,, maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut asmaa-ul
husna itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran
dalam (menyebut) nama-nama-Nya. Nanti mereka akan mendapat balasan
terhadap apa yang telah mereka kerjakan’ (Lihat Ad-Durrul Mukhtaar min
Haasyiyatil Mukhtaar(6/396-397)).


يكره أن يقول الداعي : أسألك بحق فلان أو بحق أنبيائك ورسلك وبحق البيت
الحرام والمشعر الحرام

adalah suatu hal yang dibenci jika seorang berdoa:’ aku
memohon kepadaMu dengan hak Fulaan, atau dengan hak para Nabi dan
RasulMu dan hak Baitul Haram, dan Masy-‘aril Haraam “ (Lihat Syarh
Fiqhil Akbar lil Qoori halaman 189).

Kalau kita melihat sikap para Ulama’
Salaf, justru mereka mengingkari perbuatan orang yang berdoa di sisi
makam untuk bertawassul. Kita ambil satu contoh yang dilakukan oleh
‘Ali bin Husain yang merupakan cucu Sahabat Nabi ‘Ali bin Abi Tholib.
Diriwayatkan oleh Abdurrozzaq dalam Mushannafnya dan juga Ibnu Abi
Syaibah :
عن علي بن الحسين أنه رأى رجلا يجئ إلى فرجة كانت عند قبر النبي صلى الله
عليه وسلم فيدخل فيها فيدعو فقال ألا أحدثك بحديث سمعته من أبي عن جدي عن
رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : (لا تتخذوا قبري عيدا ولا بيوتكم
قبورا وصلوا علي فإن صلاتكم تبلغني حيثما كنتم(
“ dari ‘Ali bin Husain bahwasanya ia melihat seorang lelaki
mendatangi sebuah celah dekat kuburan Nabi shollallaahu ‘alaihi
wasallam kemudian ia masuk ke dalamnya dan berdoa. Maka Ali bin Husain
berkata: ‘Mahukah anda aku sampaikan hadits yang aku dengar dari ayahku
dari kakekku dari Rasulullah shollallaahu ‘alaihi wasallam beliau
bersabda: ‘Janganlah kalian menjadikan kuburanku sebagai ‘ied, dan
jangan jadikan rumah kalian sebagai kuburan. Dan bersalawatlah kepadaku
kerana salawat kalian akan sampai kepadaku di manapun kalian berada’
(diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah dalam
Mushonnaf-nya(2/268),
dan Abdurrozzaq dalam mushonnaf-nya juz
3 halaman 577 hadits nombor 6726).
Hadits tersebut dihasankan oleh
al-Hafidz As-Sakhowy (murid Ibnu Hajar al-‘Asqolaany). Silakan dilihat
pada kitab al-Qoulul Badi’ fis Sholaati ‘ala habiibisy Syafii’ halaman
228.
Demikianlah saudaraku kaum muslimin,
sedikit penjelasan tentang kedustaan kisah tabarruk Imam Asy-Syafi’i di
makam Imam Abu Hanifah. Perlu difahami, bahawa jika kita menyatakan
secara ilmiah bahawa kisah itu dusta bukan bererti kita menuduh
al-Khotib al-Baghdady sebagai pendusta. Beliau sekadar menyebutkan
riwayat. Dalam penyebutan riwayat, beliau mendapat khabar tersebut dari
orang yang menyampaikan kepadanya, orang yang menyampaikan kepada
beliau mengaku mendapat khabar dari orang yang di ‘atas’nya dan
seterusnya. Telah dijelaskan di atas bahawa pada rantaian perawi kisah
tersebut terdapat orang yang majhul (tidak dikenal di kalangan para
Ulama’ Ahlul Hadits yang ahli dalam meneliti periwayatan).
Sebagai penutup, ada baiknya kita
menyimak kalimat-kalimat indah yang disampaikan oleh al-Imam
Asy-Syafi’i sebagai pelajaran penting bagi kita semua. Beliau
menyatakan kalimat-kalimat berikut ini:

إذا وجدتم في كتابي خلاف سنة رسول الله صلى الله عليه وسلم
فقولوا بها، ودعوا ما قلته

“ jika kalian mendapati dalam kitabku sesuatu yang menyelisihi
Sunnah Rasul shollallaahu ‘alaihi wasallam maka berbicaralah dengan
Sunnah itu dan tinggalkanlah ucapanku” (Lihat Hilyatul Awliyaa’ karya
Abu Nu’aim (9/106) dan Siyaar a’laamin Nubalaa’ karya
Adz-Dzahaby juz 10 halaman 34).


متى رويت عن رسول الله حديثا صحيحا ولم آخذ به، فأشهدكم أن عقلي قد ذهب

“ bila saja aku meriwayatkan dari Rasulullah hadits shahih
kemudian aku tidak berpegang (berpendapat) dengannya, maka
persaksikanlah bahawa akalku telah pergi” (Lihat Siyar a’laamin
Nubalaa’ juz 10 halaman 34).


كل ما قلته فكان من رسول الله صلى الله عليه وسلم خلاف قولي مما صح، فهو
أولى، ولا تقلدوني

“ semua yang aku ucapkan, jika ada (khabar) yang shohih dari
Rasulullah shollallaahu ‘alaihi wasallam menyelisihi ucapanku, maka itu
lebih utama (untuk diikuti), dan janganlah taklid kepadaku” (Lihat
Siyaar A’laamin Nubalaa’ juz 10 halaman 34, al-Manaaqib karya
Adz-Dzahaby (1/473)).


Ditulis oleh Abu Utsman Kharisman untuk situs
www.darussalaf.or.id


banksufi.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment