Wednesday, March 21, 2012

AQIDAH ASMA’ WASSHIFAT ALLAH YANG DIANUT IBNU KATSIR DALAM TAFSIRNYA

AQIDAH
ASMA’ WASSHIFAT ALLAH YANG DIANUT IBNU KATSIR DALAM TAFSIRNYA

(BANTAHAN TERHADAP laman web DAN BLOG PENENTANG MANHAJ SALAFY
AHLUSSUNNAH (bagian ke-3))

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah memberikan petunjuk
kepada hamba-Nya. Semoga salawat dan salam sentiasa tercurah pada
tauladan yang mulia, manusia terbaik, Rasulullah Muhammad shollallaahu
‘alaihi wasallam….

Pada bahagian ke-3 ini, akan dijelaskan tentang ‘aqidah Asma’ Was
Shifat Ibnu Katsir ( Abul Fida’ Isma’il bin ‘Umar bin Katsir alQurasyi
adDimasyqi) – salah seorang murid Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah- dalam
kitab tafsirnya : Tafsir al-Qur’aanil ‘Adzhiim yang dikenal luas dengan
sebutan Tafsir Ibnu Katsir. Sesungguhnya Ibnu Katsir memiliki
pemahaman yang sama dengan gurunya, Ibnu Taimiyyah tentang Asma’ Was
Sifat Allah. Pemahaman tersebut bukanlah pemahaman baru. Namun,
pemahaman yang sama dengan aqidah Ahlussunnah dari sejak para Sahabat
Nabi, tabi’in, dan seterusnya diwariskan oleh para Imam Ahlussunnah.

Syubhat

Terdapat dalam salah satu blog penentang dakwah Ahlussunnah suatu
tulisan sebagai berikut :

[[ Aqidah Ibnu Katsir tidak sama dengan Ibnu Taimiyyah Dan Ibnu Qayyim

lihat Dalam Tafsir Ibnu Katsir dan kitab Lainnya :

Sekarang akan disebutkan sebahagian penafsiran lafaz istawa dalam surah
ar Ra’d:
1- Tafsir Ibnu Katsir:

(ثم استوى على العرش ) telah dijelaskan maknanya sepertimana pada
tafsirnya surah al Araf, sesungguhnya ia ditafsirkan tanpa kaifiat
(bentuk) dan penyamaan

Disini Ibnu Katsir mengunakan ta’wil ijtimalliy iaitu ta’wilan yang
dilakukan secara umum dengan menafikan makna zahir nas al-Mutasyabihat
tanpa diperincikan maknanya. sebenarnya memahami makna istiwa ini
sebenarnya ]]

Bantahan

Tafsir Ibnu Katsir terhadap Surat Al-A’raaf ayat 54

Benarkah aqidah Ibnu Katsir tidak sama dengan Ibnu Taimiyyah? Mari kita
kaji tulisan Ibnu Katsir dalam tafsirnya tersebut. Ketika menafsirkan
AlQur’an surat al-A’raaf ayat 54, akan terlihat jelas bagaimana
pemahaman beliau tersebut. Beliau menyatakan :
وأما قوله تعالى: { ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ } فللناس في هذا
المقام مقالات كثيرة جدا، ليس هذا موضع بسطها، وإنما يُسلك في هذا المقام
مذهب السلف الصالح: مالك، والأوزاعي، والثوري، والليث بن سعد، والشافعي،
وأحمد بن حنبل، وإسحاق بن راهويه وغيرهم، من أئمة المسلمين قديما وحديثا،
وهو إمرارها كما جاءت من غير تكييف ولا تشبيه ولا تعطيل. والظاهر المتبادر
إلى أذهان المشبهين منفي عن الله، فإن الله لا يشبهه شيء من خلقه، و {
لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ } [ الشورى:11 ]
بل الأمر كما قال الأئمة -منهم نُعَيْم بن حماد الخزاعي شيخ البخاري -:
"من شبه الله بخلقه فقد كفر، ومن جحد ما وصف الله به نفسه فقد كفر". وليس
فيما وصف الله به نفسه ولا رسوله تشبيه، فمن أثبت لله تعالى ما وردت به
الآيات الصريحة والأخبار الصحيحة، على الوجه الذي يليق بجلال الله تعالى،
ونفى عن الله تعالى النقائص، فقد سلك سبيل

" Adapun makna firman Allah Ta'ala : (yang ertinya) : 'Kemudian Dia
(Allah) beristiwaa' di atas 'Arsy'. Maka manusia dalam hal ini
terbahagi dalam (perbezaan) pendapat yang sangat banyak. Bukanlah di
sini tempat menjabarkannya. Sesungguhnya (jalan yang seharusnya
ditempuh) adalah madzhab as-Salafus Sholih : Maalik, al-'Auzaa-i,
ats-Tsauri, al-Laits bin Sa'ad, asy-Syaafi'i, Ahmad bin Hanbal, Ishaq
bin Raahuyah, dan yang selain mereka dari para Imam kaum muslimin baik
yang terdahulu mahupun yang sekarang, iaitu : menetapkannya sebagaimana
adanya, tanpa takyiif (menetukan/menanyakan kaifiyyatnya), tidak
menyerupakan, dan tidak pula menolak (ta’thiil). Pemikiran yang
tergambar dalam benak orang-orang yang menyerupakan Allah (dengan
makhluk) ditiadakan dari Allah. Kerana sesungguhnya tidak ada suatu
makhlukpun yang serupa dengan Allah, dan : { Tidak ada sesuatupun yang
sama dengan Allah, dan Dialah (Allah) Yang Maha Mendengar lagi Maha
Melihat (Q.S Asy-Syuura:11) }. Bahkan, seperti yang diucapkan oleh para
Imam, diantaranya Nu'aim bin Hammad -salah seorang guru Imam
al-Bukhari- berkata : "Barangsiapa yang menyerupakan Allah dengan
makhluq-Nya maka dia telah kafir, barangsiapa yang mengingkari segala
yang telah Allah Sifatkan untuk diri-Nya maka dia kafir", dan segala
yang telah Allah Sifatkan diriNya mahupun yang disifatkan oleh
Rasulullah (untuk Allah) bukanlah penyerupaan (tasybih), barangsiapa
yang menetapkan untuk Allah Ta'ala berdasarkan ayat – ayat yang jelas
dan khabar-khabar (hadits) yang shohih, sesuai dengan Keagungan Allah
Ta'ala, dan meniadakan kekurangan dari-Nya, maka dia telah menempuh
jalan petunjuk"
(Lihat Tafsir Ibnu Katsir juz 3 hal 426).

Dari penjelasan Ibnu Katsir tersebut jelaslah bahwa :

1. ‘Aqidah Ibnu Katsir sama dengan aqidah Ibnu Taimiyyah.
Dalam menafsirkan ayat tersebut Ibnu Katsir menyatakan bahawa Aqidah
Salafus Sholeh (yang seharusnya diikuti) dalam Asma’ WasSifat Allah
adalah :
menetapkannya sebagaimana adanya, tanpa takyiif (menanyakan/menentukan
kaifiyyatnya), tidak menyerupakan, dan tidak pula menolak (ta’thiil)
sedangkan Ibnu Taimiyyah menyatakan dalam kitab arRisaalah atTadmuriyah
halaman 4:

فالأصل في هذا الباب أن يوصف الله بما وصف به نفسه، وبما وصفته به رسله،
نفيا وإثباتا، فيثبت لله ما أثبته لنفسه، وينفي عنه ما نفاه عن نفسه وقد
علم أن طريقة سلف الأمة وأئمتها إثبات ما أثبته من الصفات من غير تكييف
ولا تمثيل ومن غير تحريف ولا تعطيل وكذلك ينفون عنه ما نفاه عن نفسه

" Landasan utama dalam pembahasan ini adalah mensifatkan Allah sesuai
dengan yang Allah sifatkan Dirinya dengan Sifat tersebut, dan dengan
yang disifatkan oleh Rasul-Nya, baik dalam bentuk peniadaan ataupun
penetapan. Maka ditetapkan untuk Allah sesuatu yang Allah tetapkan untuk
DiriNya, dan meniadakan dari Allah sesuatu yang Allah tiadakan dari
DiriNya. Telah diketahui bahawa metode Salaful Ummah dan para Imamnya
adalah menetapkan apa yang Allah tetapkan, tanpa takyiif, tidak pula
tamtsiil, tanpa tahriif (menyimpangkan lafadz/maknanya), dan tidak pula
menolak (ta’thiil). Demikian juga (para Imam tersebut) meniadakan apa
yang Allah tiadakan terhadap DiriNya".

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah juga menyatakan dalam kitab al-Fatwa
al-Hamawiyyah al-Kubro halaman 16 :

ومذهب السلف: أنهم يصفون الله بما وصف به نفسه وبما وصفه به رسوله من غير
تحريف ولا تعطيل ومن غير تكييف ولا تمثيل

" dan madzhab Salaf bahawasanya mereka mensifatkan Allah dengan apa
yang Allah Sifatkan Dirinya, dan dengan apa yang RasulNya sifatkan
tanpa tahrif (menyimpangkan lafadz/makna), tidak pula menolak, tanpa
takyiif, dan tidak pula menyerupakan (dengan makhluk).

Pernyataan Ibnu Taimiyyah semacam ini boleh dilihat dalam kitab-kitab
beliau yang lain semisal al-Aqiidah al-Wasithiyyah, Minhaajus Sunnah
anNabawiyyah juz 3 halaman 129, Bayaanu Talbiis al-Jahmiyyah juz 2
halaman 40.

2. Aqidah Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Katsir tersebut adalah aqidah para
Ulama’ Salaf.

Dalam penjelasan surat Al A’raaf ayat 54 tersebut, Ibnu Katsir
menyatakan beberapa contoh Ulama’ terdahulu yang dijadikan sebagai
rujukan, di antaranya :Imam Malik dan Ishaq bin Raahuyah. Kita akan
lihat bagaimana penjelasan Imam Maalik dan Ishaq bin Raahuyah tersebut.
Imam Maalik menyatakan :

الإستواء معلوم والكيف مجهول والايمان به واجب والسؤال عنه بدعة

"al-Istiwaa’ sudah diketahui (difahami maknanya secara bahasa Arab),
kaifiyatnya tidak diketahui, beriman terhadapnya adalah wajib, dan
menanyakan tentang kaifiyatnya adalah bid’ah (Lihat Tadzkirotul Huffadz
juz 1 halaman 209).

Ishaaq bin Raahuyah (dikenal juga sebagai Ishaaq bin Ibrahim) –salah
seorang guru Imam al-Bukhari- menyatakan :

إِنَّمَا يَكُونُ التَّشْبِيهُ إِذَا قَالَ يَدٌ كَيَدٍ أَوْ مِثْلُ يَدٍ
أَوْ سَمْعٌ كَسَمْعٍ أَوْ مِثْلُ سَمْعٍ فَإِذَا قَالَ سَمْعٌ كَسَمْعٍ
أَوْ مِثْلُ سَمْعٍ فَهَذَا التَّشْبِيهُ وَأَمَّا إِذَا قَالَ كَمَا
قَالَ اللَّهُ تَعَالَى يَدٌ وَسَمْعٌ وَبَصَرٌ وَلَا يَقُولُ كَيْفَ
وَلَا يَقُولُ مِثْلُ سَمْعٍ وَلَا كَسَمْعٍ فَهَذَا لَا يَكُونُ
تَشْبِيهًا وَهُوَ كَمَا قَالَ اللَّهُ تَعَالَى فِي كِتَابهِ

{ لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ }

"Hanyalah dikatakan sebagai sikap penyerupaan (Allah dengan makhluk)
adalah jika seseorang menyatakan tangan (Allah) bagaikan tangan
(makhluk), atau seperti tangan (makhluk), pendengaran (Allah) seperti
(pendengaran) makhluk. Jika menyatakan bahawa pendengaran (Allah)
seperti pendengaran (makhluk), maka itu adalah sikap penyerupaan.
Adapun jika seseorang berkata sebagaimana perkataan Allah : Tangan,
Pendengaran, Penglihatan, dan tidak menyatakan ‘bagaimana’
(kaifiyatnya), dan tidak mengatakan seperti pendengaran (makhluk), maka
yang demikian ini bukanlah penyerupaan. Yang demikian ini adalah
sebagaimana yang Allah nyatakan dalam KitabNya :

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ

"Tidak ada yang semisal denganNya suatu apapun, dan Dia adalah Yang
Maha Mendengar lagi Maha Melihat" (Lihat Sunan AtTirmidzi bab Maa Jaa-a
fi fadhli as-Shodaqoh juz 3 halaman 71).

Tafsir Ibnu Katsir terhadap Surat AlBaqoroh ayat 210

هَلْ يَنْظُرُونَ إِلَّا أَنْ يَأْتِيَهُمُ اللَّهُ فِي ظُلَلٍ مِنَ
الْغَمَامِ وَالْمَلَائِكَةُ وَقُضِيَ الْأَمْرُ وَإِلَى اللَّهِ تُرْجَعُ
الْأُمُورُ

"Tiada yang mereka nanti-nantikan melainkan datangnya Allah dan
malaikat (pada hari kiamat) dalam naungan awan, dan diputuskanlah
perkaranya. Dan hanya kepada Allah dikembalikan segala urusan"(Q.S
al-Baqoroh:210).

Al-Hafidz Ibnu Katsir menyebutkan dalam tafsirnya :

وقال أبو جعفر الرازي، عن الربيع بن أنس، عن أبي العالية: { هَلْ
يَنْظُرُونَ إِلا أَنْ يَأْتِيَهُمُ اللَّهُ فِي ظُلَلٍ مِنَ الْغَمَامِ
وَالْمَلائِكَةُ } يقول: والملائكة يجيئون في ظلل من الغمام، والله تعالى
يجيء فيما يشاء

" dan berkata Abu Ja’far arRaazi dari arRabii’ bin Anas dari Abul
‘Aliyah : ( Q.S al-Baqoroh : 210 tsb) " dan para Malaikat datang dalam
naungan awan, dan Allah Ta’ala datang sesuai dengan kehendakNya"

Di dalam tafsir ayat tersebut Ibnu Katsir menukil pendapat Abul
‘Aliyah. Abul ‘Aliyah (nama aslinya adalah Rufai’ bin Mihran) adalah
seorang Tabi’in murid dari beberapa Sahabat Nabi di antaranya : Umar
bin alKhottob, Ali bin Abi Tholib, Ubay bin Ka’ab, Abu Dzar
al-Ghiffary, Ibnu Mas’ud, ‘Aisyah, Abu Musa, Abu Ayyub, Ibnu Abbas, dan
Zaid bin Tsabit (Lihat Siyaar A’laamin Nubalaa’ juz 4 halaman 207).
Perhatikanlah bahawa Abul ‘Aliyah menetapkan sifat ‘datang’ bagi Allah
pada hari kiamat nanti sebagaimana yang Allah tetapkan dalam ayatNya
tersebut tanpa melakukan tahrif (memalingkan) makna atau lafadznya
seperti yang dilakukan golongan al-Asya-iroh (Asy-‘ariyyah). Pendapat
Abul ‘Aliyah inilah yang dinukil oleh Ibnu Katsir dalam tafsirnya
sekaligus sebagai pemahaman beliau terhadap Asma’ WasSifat Allah.

Tafsir Ibnu Katsir Surat ArRahmaan ayat 26-27

كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَانٍ (26) وَيَبْقَى وَجْهُ رَبِّكَ ذُو الْجَلَالِ
وَالْإِكْرَامِ (27)

Ibnu Katsir menyatakan :

وقد نعت تعالى وجهه الكريم في هذه الآية الكريمة بأنه ذُو الْجَلالِ
وَالإكْرَامِ

" dan sungguh Allah Ta’ala telah mensifatkan WajahNya Yang Mulia di
dalam ayat yang mulia ini sebagai ‘yang memiliki keagungan dan
kemulyaan’

Di dalam tafsirnya tentang ayat ini Ibnu Katsir telah menetapkan Wajah
bagi Allah, kerana memang Allah sendiri yang menetapkannya dalam
AlQur’an. Beliau tidak menolak, memalingkan maknanya, melakukan takyiif
(menentukan/menayakan kaifiyatnya), ataupun menyamakannya dengan
makhluk.

Tafsir Ibnu Katsir Surat al-Fajr ayat 22

وَجَاءَ رَبُّكَ وَالْمَلَكُ صَفًّا صَفًّا (الفجر:22)

" dan datanglah TuhanMu sedang malaikat berbaris-baris"

Ibnu Katsir menyatakan :

وَجَاءَ رَبُّكَ يعني: لفصل القضاء بين خلقه

" dan datanglah Tuhanmu, iaitu : untuk mengadili para makhlukNya"

Dalam tafsir ayat ini Ibnu Katsir menjelaskan bahawa Allah datang
secara hakikat. Beliau tidak melakukan tahrif, tidak pula takyiif,
ta’thiil, dan tasybiih.

Tafsir Ibnu Katsir Surat AdzDzaariyaat ayat 47

Sebahagian orang menganggap Ibnu Katsir berpemahaman Asy’ariyyah kerana
menafsirkan ayat ini berdasarkan penjelasan Sahabat Nabi Ibnu Abbas.
Dalam ayat ini Allah berfirman :

وَالسَّمَاءَ بَنَيْنَاهَا بِأَيْدٍ وَإِنَّا لَمُوسِعُونَ


"Dan langit itu Kami bangun dengan kekuatan dan sesungguhnya Kami
benar-benar memperluasnya"

Ibnu Katsir menyatakan di dalam tafsirnya bahawa makna بِأَيْدٍ artinya
adalah ‘dengan kekuatan’ sebagaimana perkataan Ibnu Abbas, Mujahid,
Qotadah, atsTsaury dan selainnya.

Penafsiran ini dianggap sebagai pembenaran terhadap metode
al-Asyaa-iroh (Asy’ariyyah) yang mentakwil ayat-ayat tentang Sifat
Allah. Mereka menganggap kata بِأَيْدٍ adalah bentuk jamak dari kata
يَدٌ yang berarti ‘tangan’. Padahal persangkaan itu adalah keliru.

Syaikh AsySyinqithy menjelaskan di dalam kitab tafsirnya Adl-waaul
Bayaan:

قوله تعالى في هذه الآية الكريمة { بَنَيْنَاهَا بِأَيْدٍ } ، ليس من آيات
الصفات المعروفة بهذا الاسم ، لأن قوله { بِأَيْدٍ } ليس جمع يد : وإنما
الأيد القوة ، فوزن قوله هنا بأيد فعل ، ووزن الأيدي أفعل ، فالهمزة في
قوله { بأَيْدٍ } في مكان الفاء والياء في مكان العين ، والدال في مكان
اللام . ولو كان قوله تعالى : { بأَيْدٍ } جمع يد لكان وزنه أفعلاً ، فتكون
الهمزة زائدة والياء في مكان الفاء ، والدال في مكان العين والياء
المحذوفة لكونه منقوصاً هي اللام . والأيد ، والآد في لغة العرب بمعنى
القوة ، ورجل أيد قوي ، ومنه قوله تعالى { وَأَيَّدْنَاهُ بروح القدس } [
البقرة : 87 و 253 ] أي قويناه به ، فمن ظن أنها جمع يد في هذه الآية فقد
غلط غلطاً فاشحاً

" Firman Allah di dalam ayat yang mulia ini : { بَنَيْنَاهَا بِأَيْدٍ }
bukanlah termasuk ayat-ayat tentang Sifat yang dikenal dengan isim
(kata benda) ini. Kerana kata بِأَيْدٍ bukanlah bentuk jamak dari يد
(tangan). Sesungguhnya ia adalah (dari kata) الأيد yang berarti
kekuatan. Maka wazan بِأَيْد di sini adalah فَعَلَ dan wazan الأيدي
adalah أَفْعَلَ . Sehingga huruf hamzah dalam kata بِأَيْد menempati
posisi fa’, ya’ pada posisi ‘ain, dan dal pada posisi lam. Kalau
seandainya بِأَيْد jama’ dari يد maka wazannya adalah أفعلاً sehingga
hamzah tambahan dan ya’ pada posisi fa’, dal pada posisi ‘ain, dan ya’
dibuang kerana keberadaannya manqush pada posisi lam. Dalam bahasa Arab
الأيد dan الآد bermakna kekuatan. (Seperti ucapan seseorang) ورجل أيد
قوي, di antara (penggunaan kata ini) adalah dalam firman Allah :

وَأَيَّدْنَاهُ بِرُوحِ الْقُدُسِ


" dan Kami kuatkan ia dengan Ruhul Qudus" (Q.S AlBaqoroh ayat 87 dan
253).

Maknanya adalah ‘Kami kuatkan ia dengannya’. Barangsiapa yang menyangka
bahawa kata tersebut adalah bentuk jamak dari ‘tangan’ pada ayat ini,
maka ia telah salah dengan kesalahan yang melampaui batas ( Lihat
Tafsir Adlwaa-ul Bayaan juz 8 halaman 11).


Dari sini nampak jelaslah kesalahan dari tulisan yang ada di salah satu
blog penentang Ahlussunnah pada tulisannya :


[[ Kemudian mengenai lafadz mutasyabihat biaidin (dengan
tangan)

ertinya : " Dan langit, kami membinanya dengan Tangan(bi aidin =
Kekuasaan) Kami…." (Qs adzariyat ayat 47) ]]

sehingga penulis dalam blog penentang Ahlussunnah tersebut mengira Ibnu
Katsir telah melakukan takwil terhadap ayat Sifat.

Demikianlah saudaraku kaum muslimin, dari penjelasan di atas boleh
disimpulkan bahawa al-Hafidz Ibnu Katsir dalam tafsirnya berpedoman
dengan manhaj Salafus Sholeh dalam memahami ayat-ayat tentang Nama dan
Sifat-Sifat Allah. Pemahaman beliau ini sama dengan pemahaman gurunya,
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah, yang sebenarnya pemahaman tersebut
bukanlah manhaj baru. Bukanlah pemahaman yang diada-adakan oleh Ibnu
Taimiyyah, namun pemahaman para Imam Ahlussunnah. Telah dikemukakan di
atas ucapan-ucapan dari para Imam tersebut di antaranya Abul ‘Aliyah
(seorang tabi’i murid para Sahabat Nabi), Imam Maalik (guru Imam
AsySyaafi’i), Ishaq bin Raahuyah dan Nu’aim bin Hammad (dua-duanya
adalah guru Imam al-Bukhari).

Semoga Allah sentiasa memberikan rahmat dan hidayahNya kepada kita
semua....................

Ditulis Oleh : Abu Utsman Kharisman untuk situs
www.darussalaf.or.id

0 comments:

Post a Comment