Wednesday, July 6, 2011

Bantahan terhadap Tarikat

Ulama dan ilmuwan Indonesia yang gigih meluruskan bahkan membantah keras tentang tarekat di antaranya HSA Al-Hamdani dari Pekalongan Jawa Tengah dengan bukunya Bantahan Singkat terhadap Kelancangan Pembela Tashawuf dan Tarekat, 1972; Sorotan-sorotan terhadap Kitab-kitab Wirid -Dzikir- Hizb Doa dan Salawat; juga Sanggahan terhadap Tashawuf dan Ahli Sufi dan Sorotan terhadap Kisah Maulid, Nishfu Sya'ban, manakib Seikh Abdul Kadir Djailany. Sanggahan lain juga ditulis oleh Drs Yunasril Ali, dengan tajuk Membersihkan Tashawwuf dari Syirik, Bid'ah, dan Khurafat. Sedang Abdul Qadir Jaelani da'i dari Bogor Jawa Barat menulis bantahan dengan judul Koreksi terhadap Tasawuf. Juga bantahan-batahan yang ditulis dalam tanya jawab, misalnya oleh Ustadz Umar Hubeis dalam kitabnya, Fatawa dll.

Berikut ini kami kutip sebahagian bantahan Drs Yunasril Ali, kemudian HSA Al-Hamdany. Sedang bantahan dari kitab-kitab Arab banyak pula, namun kerana masalah tarekat ini orang Indonesia juga terikut-ikut mendirikannya (menciptakannya) bahkan mengorganisasikannya, maka kami kemukakan bantahan dari ulama dan ilmuwan Indonesia.

Drs Yunasril Ali dalam bukunya Membersihkan Tashawwuf dari Syirik, Bid'ah, dan Khurafat menjelaskan, masing-masing tarekat itu merumuskan amalan-amalan tersendiri , sehingga antara satu dengan yang lain saling berbeza cara amaliahnya. Namun demikian amaliah yang berbeza-beza itu semuanya mereka nisbahkan kepada dua sahabat besar: Ali bin Abi Thalib dan Abu Bakar Shiddiq. Entah mana yang benar di antara tarekat-tarekat itu yang berasal dari Ali dan Abu Bakar, wallahu a'lam.

Dasar mereka mendirikan tarekat ialah:

1. Firman Allah SWT:
Ertinya: "Dan bahwasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu, benar-benar Kami akan memberi minum mereka dengan air yang segar. " (QS Al-Jinn/ 72:16).

2. Firman Allah SWT:
Ertinya: "Maka barangsiapa yang ingin berjumpa dengan Allah, hendaklah ia mengerjakan amal shalih dan janganlah ia mempersekutukan siapa pun dalam beribadah kepada Tuhan." (QS Al-Kahfi/ 18:110).

3. Hadits:
Qoola 'Aliyyubnu Abii Thoolib: Qultu: Yaa Rasuulallaah, ayyut thoriiqoti aqrobu ilallooh? Faqoola Rasuulullaahi SAW: Dzikrulloohi.

Ertinya: Ali bin Abi Thalib berkata: saya bertanya: Ya Rasulallah, "Manakah tarekat yang sedekat-dekatnya mencapai Tuhan? Maka Rasulullah SAW menjawab, "dzikir kepada Allah." (Dr Mustafazahri, Kunci Memahami Tasawwuf, halaman 87, seperti dikutip Drs Yunasril Ali halaman 54).

koreksi (dari Drs Yunasril Ali): Di dalam Al-Quran didapati kata "thariqah" dan musytaqnya (pecahan kata yang berasal darinya) di sembilan tempat iaitu:

1. firman Allah SWT:
Ertinya: "Mereka berkata: hai kaum kami, sesungguhnya kami mendengar kitab (Al-Quran) yang telah diturunkan sesudah Musa, yang membenarkan kitab-kitab yang sebelumnya lagi memimpin kepada kebenaran dan kepada jalan yang lurus." (QS Al-Ahqaaf/ 46:30).

2. Firman Allah SWT:
Ertinya: "Sesungguhnya orang-orang yang kafir dan melakukan kezaliman, Allah sekali-kali tidak akan mengampuni (dosa-dosa) mereka dan tidaklah akan menunjukkan jalan kepada mereka." (QS An-Nisaa/ 4:168).

3. Firman Allah SWT (sambungan ayat no.2):
Ertinya: "Kecuali jalan ke neraka jahanam; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Dan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah". (QS An-Nisaa'/ 4:169).

4. Firman Allah SWT:
Ertinya: "Kami lebih mengetahui apa yang mereka katakan, ketika berkata orang yang paling lurus jalannya di antara mereka!" Kamu tidak tinggal (di dunia) melainkan sehari saja." (QS Thaha/ 20:104).

5. Firman Allah SWT:
Ertinya: "Dan sesungguhnya telah Kami wahyukan kepada Musa: "Pergilah kamu dengan hamba-hambaKu (Bani Israel) di malam hari, maka buatlah untuk mereka
[1]jalan[1] yang kering di laut itu, kamu tidak usah khawatir akan tersusul dan tidak usah takut (akan tenggelam)." (QS Thah/ 20:77).

6. Firman Allah SWT:
Ertinya: "Mereka berkata: "Sesungguhnya dua orang ini adalah benar-benar ahli sihir yang hendak mengusir kamu dari negeri kamu dengan sihirnya dan hendak melenyapkan kedudukan kamu yang utama." (QS Thaha/ 20:63).

7. Firman Allah SWT:
Ertinya: "Dan bahwasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu benar-benar Kami akan memberi minum mereka dengan air yang segar." (QS Al-Jinn/ 72:16).

8. Firman Allah SWT:
Ertinya: "Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan di atas kamu tujuh buah jalan (tujuh langit); dan Kami tidaklah lengah terhadap ciptaan (Kami)". (QS Al-Mu'minuun/ 23:17).

9. Dan Firman Allah SWT:
Ertinya: "Dan sesungguhnya di antara Kami ada orang-orang yang shalih dan di antara Kami ada pula orang yang tidak demikian halnya. Adalah kami menempuh jalan yang berbeza-beza." (QS Al-Jinn/ 72:11).

Demikianlah penulis kutip di sini 9 buah kata "thariqah" dan musytaqnya yang terdapat dalam kitab suci Al-Quran. Tidak satupun yang menunjukkan kepada tarekat yang dipropagandakan oleh penganutnya, yang mereka berdzikir tanpa sedar diri dan tidak pula ingat kepada Tuhan lagi.

Untuk lebih jelas, penulis kemukakan erti thoriqoh dalam ayat-ayat di atas dengan mengutipnya dari tafsir-tafsir yang mu'tabar, sebagai berikut:

1. Kata "thariqin" dalam surat al-Ahqaf ayat 30 ertinya ialah "Agama Islam" (Al-Qasimy, Tafsir Mahasinut Ta'wil, juz XV hal. 94).
2. Kata "thariqon" dalam surat An-Nisaa' ayat 168 ertinya ialah "satu jalan dari jalan-jalan menuju jahannam". (Al-Jalalain, Tafsir Al-Quranil Kariem, juz I, hal. 94).
3. Kata "thoriqo jahanam" dalam Surat An-Nisaa' ayat 169 ertinya ialah "jalan yang menyampaikan orang menuju jahannam". (ibid).
4. Kata "thoriqoh" dalam Surat Thaha ayat 104 ertinya ialah "jalan" (ibid, juz II, hal 26). Ada pula ahli tafsir yang mengatakan "jalan yang lurus" di sini ialah orang yang agak lurus pikirannya atau amalnya di antara orang-orang yang berdosa itu.

(Departemen Agama RI, Al-Quran dan Terjemahnya, note hal. 488).

5. Kata "thoriqon" dalam S Thaha ayat 77 bererti "Allah mengeringkan bumi sebagai jalan bagi Musa dan kaumnya." (Al-Jalalain, opcit, juz II, hal. 24).
6. Kata "thoriqoh" dalam S Thaha ayat 63 ada yang mengertikannya dengan "keyakinan (agama)" (Departemen Agama RI, Opcit, hal. 482). Dan ada pula yang menafsirkannya dengan "Bani Israel". (Az-Zamakhsyary, Tafsir Al-Kassyaf, Jilid II, hal. 543).
7. Kata "thoriqoh" dalam S Al-Jinn ayat 16 ertinya "jalan kebenaran dan keadilan". (Al-Qasimi, Tafsir Mahasinut Ta'wil, juz XVI, hal. 5950).
8. Kata "thoroiq" dalam surat al-Mu'minun ayat 17 ertinya "langit", thoroiq kata jama' dari thoriqoh, kerana ia adalah jalan-jalan malaikat." (Al-Jalalain, opcit, juz II, hal. 45).
9. Kata "thoroiq" dalam S Al-Jinn ayat 11 ertinya "Golongan yang berbeza pendapat di kalangan muslimin dan kafir." (ibid, hal. 240).

Inilah ertinya kata "thoriqoh" dan musytaqnya yang ada dalam Al-Quran. Tidak satupun dari kata-kata itu yang menunjukkan method ibadah dalam tasawwuf. Memang ada thoriqoh yang bererti golongan-golongan di kalangan kaum muslimin, tetapi maksudnya ialah golongan yang berbeza pendapat dalam menafsirkan Al-Quran dan Al-Hadits. Bukan golongan yang membuat-buat tarekat tertentu yang dihasilkan oleh renungan guru.

Kalaulah benar bahawa yang dimaskud dengan tariqat di dalam ayat-ayat itu ialah penjelasan dari Al-Quran dan As-Sunnah yang secara langsung dituntunkan dan dipraktekkan oleh seorang guru kepada muridnya, seperti membimbing bagaimana cara berdiri betul dalam solat, bagaimana cara takbir, ruku', sujud, duduk antara dua sujud, duduk tahiyyat, cara membaca bacaan-bacaan solat, dan lain-lain; sesuai dengan cara yang ditentukan oleh Rasul SAW. kepada para shahabatnya, maka tarekat seperti ini dapat penulis terima, kerana tarekat ini adalah sebahagian dari as-sunnah, yang disebut dengan sunnah fi'liyah. Jadi tarekat dalam pengertian seperti ini termasuk sunnah. Dan memang tarekat (sunnah fi'liyah) yang seperti inilah yang disuruh dalam mengajarkan agama. Rasulullah SAW pernah membimbing seorang Badwi dalam pelaksanaan solat, kerana orang Badwi tersebut belum tepat cara ia melaksanakan solat. (Lihat Ibnu Qudamah Al-Maqdisi, al-Muharrar, hal. 42).

Adapun membuat-buat ibadah dengan cara baru, lalu dinamakan tarekat, ini bid'ah. Contohnya ialah seperti mengadakan dzikir lisan, dzikir qolbu dan dzikir sirr; semuanya itu tidak pernah ada diriwayatkan dari Rasul SAW. atau dari para shahabat beliau. Jadi perbuatan ibadah seperti itu adalah bid'ah yang dibuat-buat oleh para penganut tarekat untuk mendekatkan diri kepada Allah. Padahal agama Islam, baik aqidah mahupun tatacara ibadatnya sudah sempurna, tidak usah ditambah-tambah. (Drs Yunasril Ali, Membersihkan Tasawwuf dari Syirik, Bid'ah, dan Khurafat, Pedoman Ilmu Jaya, Jakarta, cet. III 1992, hal. 53-59).

Bantahan terhadap tarekat dalam polemik

Bantahan terhadap tarekat lainnya, boleh disemak polemik antara HSA Al-Hamdani dengan doktor (thabib) Rohani Sjech H Djalaluddin Ketua Umum seumur hidup Pengurus Besar PPTI di Medan.

HSA Al-Hamdani membantah orang yang menjadikan Surah Al-Fajr ayat 28 sebagai landasan tarekat sebagai berikut:

"...Anda (Thabib-Rohani Djamaluddin) antara lain menulis: Arti ma'na Tharekat pada istilah (adalah) perjalanan rohani (nurani, jiwa, hati robani) berjalan mencari Allah. Perjalanan yang bertingkat-tingkat dari satu tingkat demi satu tingkat, hingga ia bertemu Allah. Lihatlah QS al-Fajari ayat no. 28; maksudnya kira-kira: kembali (pergilah, berjalanlah, bertarekatlah kepada Tuhanmu (Allah). Kemudian Anda menulis: Mengingat ayat yang tersebut merupakan amar wajib, tentulah wajib bagi kita ber-Tharekat."

Komentar HSA Al-Hamdani ulama Al-Irsyad Pekalongan terhadap lawan polemiknya, Thabib Djamaluddin, itu sebagai berikut:

Semoga Allah mengampuni dosa anda (Thabib-Rohani Djamaluddin), kerana anda telah menafsirkan ayat Tuhan sesuka hati anda! Bacalah tafsir ayat itu menurut rangkaian ayat sebelumnya, jangan terus mendabik dada dan berkata: Saya sudah hafal bertahun-tahun di dalam fikiran saya di waktu saya mempertahankan tasawuf di masa silam... dan seterusnya. Jangan anda menafsirkan se-enaknya sendiri, dan jangan pula semahu-mahunya menta'wilkan erti ayat al-Quran menurut selera yang dikehendaki nafsu anda!!

Tahukah anda bahawa ayat itu (yang anda buat dalil perintah bertarekat) adalah kesinbungan daripada ayat yang sebelumnya yang berbunyi:

Yaa ayyatuhan nafsul muthmainnah, irji'ii ilaa robbiki roodhiyatam mardhiyyah, fadkhulii fii 'ibaadii wadkhulii jannatii.

Yang ertinya: Hai jiwa yang tenang (suci). Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas (kerana amal-amalmu yang baik semasa hidup) lagi diridhainya (oleh Allah). Maka masuklah ke dalam jama'ah hamba-hambaku (yang soleh) dan masuklah ke dalam syurgaKu. (QS Al-Fajri).

Jelas bahawa khitob (ajakan bicara) itu ditujukan kepada jiwa-jiwa manusia yang sempurna imannya yang muslimin mukminin dan muttaqin nantikan pada hari kiamat kelak sebagai penghargaan Allah atas amalan mereka yang baik dan soleh. Dan kalau ayat itu anda katakan sebagai amar wajib bertarekat, maka wajib bertarekatkah anda pada hari kiamat nanti untuk mencari Allah?

HSA Hamdani melanjutkan tulisannya: Memang orang-orang ahli tharekat atau ahli sufi suka lancang dalam menafsirkan ayat-ayat semahunya sendiri seperti yang anda katakan: "Di Pakistan Barat dikatakan sulukan naksyabandi, unsurnya QS An-Nahl no. 69, maksudnya kira-kira: Dan laluilah jalan (Tharekat) Allah dengan patuh. Sedang ayat yang dimaksud ertinya sebagai berikut:

Ayat 68 S An-Nahl: Tuhanmu telah mewahyukan kepada lebah: Buatlah rumah di atas bukit dan di atas pohon kayu dan pada apa-apa yang mereka jadikan atap.

Ayat 69: Kemudian makanlah bermacam-macam buah-buahan dan laluilah jalan Tuhanmu, dengan mudah akan keluar dari dalam perutnya minuman (madu) yang berlain-lainan warnanya, untuk menyembuhkan penyakit manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu menjadi keterangan (atas kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkan.

Jelas khitob ayat itu menyatakan bahawa Allah memerintahkan kepada lebah untuk mengikuti ilham yang diberikan oleh Allah kepadanya, sehingga lebah itu dapat menghasilkan madu. Maka ini anda gunakan untuk dalil tarekat? (HSA Al-Hamdani, bantahan Singkat terhadap Kelantjangan pembela Tashawuf dan Tarekat,

Penerbit HSA Al-Hamdani, Pekalongan, cetakan pertama, 1972, halaman 14-15).

Pertanyaan selanjutnya, pembaca boleh mengajukan sendiri, misalnya: Kenapa tarekat-tarekat yang ternyata tidak ada landasannya dari Al-Quran mahupun al-Hadits itu justru dihidup-hidupkan? Dan kenapa justru ada organisasi yang memayungi dengan bentuk organisasi pula seperti tersebut di atas? Tugas para alim ulama --yang istiqomah mengikuti Al-Quran dan As-Sunnah-- lah untuk melanjutkan dakwah terhadap mereka dengan hikmah dan mau'idhah hasanah, dan kalau perlu dengan wajadilhum, iaitu membantah mereka dengan hujjah yang lebih baik.


H Hartono Ahmad Jaiz

islamic media info ibnuisa files

banksufi.blogspot.com


0 comments:

Post a Comment